"Apa ntah nama anak Bearcat ni, Tok ingat-ingat lupala," kata Tok sambil pandang muka aku.
Aku sengih saja.
"Aaa...UMI....Baru Tok ingat....nama dia UMI," kata Tok bersungguh.
Aku "Erkk!."
"Ammar, mai sini....hang tolong tengok si MAWAN ni sat," Tok panggil Ammar yang sedang asyik tengok tv.
Aku "La...MAWAN tu anak Paknjang la Tok."
Aku dan Ammar tergelak-gelak.
Tok memang tak ingat langsung nama Iman.
Tapi Tok suka 'uli' dan dukung Iman...Sat Umi, sat Mawan...takpalah Tok hehe.
Wednesday, March 10, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Mengembalikan Nostalgia Crazy2.
Bila aku korek balik album-album gambar, aku terjumpa banyak gambar yang lawa-lawa.
Antaranya gambar-gambar di atas ni.
Berbeza betui. Tengoklah gambar adik aku dulu, macho, hensem bak Fahrin Ahmad.
Sekarang, sikit lagi adik aku dah mirip si Afdlin Shauki.
Tu bas pi London Kinah, bukannya bas pi Scotland...ohh.
Aku yang sebenarnya teringin giler nak bergambar dalam train yang comel ni...tapi sebab segan aku tak comel, aku ambik gambar adik dan sepupu aku ja lah.
Lain kali hangpa berdua tak dapat tiket nak balik Penang, hangpa naik ja train ni...gerenti pinggang hangpa keras bila sampai rumah.
Monday, March 8, 2010
Si Pencukur
Aku seriau sepanjang pencukuran. Tukang cukur ada masalah dengan kakinya. Tengok gambar kedua. Tapi alhamdulillah, kerja pencukuran berjalan lancar biarpun terhenti-henti untuk pencukur mengubah posisi. Terima kasih daun keladi :-)
Pakngah pulak tahnikkan Iman. Insyaallah, moga jadi macam Pakngah bila Iman dah besar nanti.Terima kasih daun keladi gak.
Bearcat : Tukang cukur kena pi urut kaki bagi baik. Hehe.
Sebelum dan Selepas
sebelum
selepas
Bearcat : Bila kamera aku aktif semula itu bermakna aku mula kembali normal...syukur, syukur...alhamdulillah.
Sunday, March 7, 2010
Double Standard
Aku selalu jadi serba salah. Kalau pi tempat mengurut, ada pesakit lain, selalunya aku akan masuk ke situ dan bersalam dengan pesakit lain tu.
Bila pi klinik, ramai pesakit duduk tunggu giliran nak jumpa doktor. Awat aku tak pi salam dengan depa semua?
Bila pi klinik, ramai pesakit duduk tunggu giliran nak jumpa doktor. Awat aku tak pi salam dengan depa semua?
Saturday, March 6, 2010
Anda ada check-list?
Hai, aku ni nak nasihat orang bukannya pandai, diri sendiri pun bengkang-bengkok lagi. Tapi sebagai orang tua (yang tak berapa sedar diri) kenalah juga aku nasihatkan kawan @ adik aku nih.
Aku tak tahu lelaki macam mana lagi yang dia cari. Semuanya macam tak kena. Dia nak yang perfect. Ha! Ternganga mulut aku. Kena kahwin dengan malaikatlah gamaknya macam tu.
Uish! Tak logiklah. Mana ada manusia yang perfect dalam dunia ni. Kadang kala luaran saja nampak perfect, bila dah kahwin, tinggal bersama baru tahu 'berlubang' sana-sini, tak perfect pun.
Mungkin perfect bagi kawan aku ini maksudnya lelaki yang mempunyai ciri-ciri dalam senarai check-list dia.
Ok, tak ramai yang bertuah untuk dapatkan pasangan seperti dalam check-list depa. Biasanya lelaki yang ada check-list ni...betui dak? Baik ngaku.
Mai tengok check-list aku dulu sebelum kahwin. Jangan gelak, ini cerita lama, sebagai panduan saja. Aku senaraikan check-list fizikal saja..bab-bab lain tak maula senaraikan, sendiri tahu dah la.
- Warna kulit mesti putih, allergik yang gelap-gelap (aku dapat yang kelabu asap).
- Mesti pakai cermin mata sebab nampak pandai (zaman aku penggunaan contact lens tak dak pun....aku dapat yang memang rabun tapi tak mau pakai cermin mata...ish apala).
- Tinggi, kurus dan tak dak muscle macam body builder (aku dapat yang tinggi kerepeng sampai mak sedara aku suspek dia drug addict...ishhh....dan akhirnya berjaya aku tambah lemak-lemak di badan dia sampai jadi sedap mata memandang).
- Rambut ikal atau kerinting skit, yang rambut lurus no, no, no (amik....dapat yang rambut straight giler sampai guna jari pun boleh).
- Tak simpan misai atau janggut...menggelikan (dapat yang ada misai dan janggut...nasib baik nipis saja).
- Banyak pakai jeans, yang pakai slack saja tak nak, kononya tak ganas.
- Tak nak orang Pantai Timur, Perlis, Kedah dan Penang, prefer Perak dan ke selatan (dapat orang Pantai Timur gak..aik!)
Allah juga selalu menguji kita dengan memberikan kita pasangan yang sebaliknya dari yang kita inginkan. So, kalau ada lelaki/wanita yang baik terima sajalah. Takut-takut kalau asyik jual mahal, Allah bagi ujian kaw-kaw punya. Tak mahu sangat yang baik, banyak cengkadak...nah...try yang suka pijak-pijak pulak. Eee nauzubillah.
Renung-renungkanlah kawan@adikku....
Bearcat : Alhamdulillah bahagia dengan Binturung walaupun lari 70% dari check-list asal.
Friday, March 5, 2010
Rahsia Ramping Wanita Jepun (panjang artikel ni)
RAHSIA WANITA JEPUN RAMPING
Tabiat makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.
Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.
Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.
Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.
Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.
Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.
Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.
Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.
Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kedua, sajian makanan adalah kecil.
Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.
Keempat, memasak secara sederhana.
Kelima, nasi menggantikan roti.
Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.
Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.
Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.
Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.
"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.
Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).
Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.
"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.
Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.
Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.
"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk 'makan dengan mata' dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan."
"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang," katanya.
Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika.
Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.
Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika.
Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan.
Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.
Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.
Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.
Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.
Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.
Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis.
Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don't Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.
Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.
Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan.
Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu.
Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan.
Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.
Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.
Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi.
Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.
Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain.
Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.
Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini.
Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.
Bearcat : Patutlah sorang kawan aku yang 'bulat' pi duduk Korea beberapa bulan, balik kurus kering. Dia kata keja makan ikan dengan Kimchi.
Musim Pijak
Seorang lagi budak lelaki berumur 18 bulan mati dipijak oleh suami pengasuhnya. Alasan, irihati sebab depa tak ada anak.
Sedih. Menakutkan.
Ramai orang kelihatan normal sebenarnya gila.
Apa kata tangkap suspek. Ikat dan baringkan. Ramai-ramai kita pijak suspek dengan memakai kasut yang ada spike. Jangan pijak berjemaah. Kita pijak ikut giliran. Biar dia mati dalam sakit dan derita. Manusia celaka.
Thursday, March 4, 2010
Itu Bukan Susu
Mak merungut-rungut kat aku. Kata mak tak sedap pulak nescafe dia bancuh sekarang ni.
Mak ingat coffeemate tu macam susu tepung; ganti susu tepung. Bila bancuh nescafe atau milo, mak cuma bubuh air, milo, gula dan coffeemate.
Satu gelas nescafe, mak bubuh 2 sudu besar coffeemate....La.....
"Mak, coffeemate bukan susu tepung. Kandungan zat dia mana sama dengan susu tepung. Abih banyak pun orang letak 2 sudu kecik ja."
"La, sungguh ka? Awat hang tak habaq awai-awai."
Aku sengih jer.
"Ish, kenala aku beli susu tepung balik."
Aku tak tahulah kat mana mak dapat maklumat nutrisi tentang coffeemate tu.
Mak ingat coffeemate tu macam susu tepung; ganti susu tepung. Bila bancuh nescafe atau milo, mak cuma bubuh air, milo, gula dan coffeemate.
Satu gelas nescafe, mak bubuh 2 sudu besar coffeemate....La.....
"Mak, coffeemate bukan susu tepung. Kandungan zat dia mana sama dengan susu tepung. Abih banyak pun orang letak 2 sudu kecik ja."
"La, sungguh ka? Awat hang tak habaq awai-awai."
Aku sengih jer.
"Ish, kenala aku beli susu tepung balik."
Aku tak tahulah kat mana mak dapat maklumat nutrisi tentang coffeemate tu.
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)








