Pages

Saturday, April 16, 2011

Amanah : versi nak marah.

Dah lama aku tak update blog. Sibuk. Balik kerja, pukul 9 malam kami sekeluarga sudah dibuai mimpi. Esoknya, seawal 5 pagi aku sudah perlu bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Aku juga nak bercerita tentang amanah; macam yang Pak Njang cerita dalam blognya. Sebut senang, AMANAH. Nak melaksanakannya, ramai yang failed tanpa kita sedari.

Tiga minggu lepas adalah hari yang betul-betul menguji kesabaranku. Apalagi kalau bukan kerana staf yang paling aku 'sayang' tu.

Sebenarnya dah lama jugak aku tak buat spotcheck di waktu cuti untuk pantau staf-staf yang buat OT. Yalah, aku pun berteraskan kepercayaan terhadap depa. Kalau aku jadi depa pun mesti rimas kalau sat-sat kena spotcheck dengan bos. Macam orang dah tak percaya kepada kita.

Tapi hari Sabtu tu, aku turun ofis. Wohoho! Tak ada manusia. Semuanya haiwan sahaja. Yang anehnya, dalam buku catatan kehadiran, ada tercatat makhluk yang bekerja hari itu. Halimunan kot. Aku tunggu sampai waktu OT tamat. Sekonyong-konyongnya datanglah seorang makhluk dengan muka dah pucat toreh tak berdarah. Senyum pun serba tak kena tengok aku tercegat di depan pintu masuk utama.

Dia cuba berbasa basi dengan aku. Aku buat muka stern. Sambil senyum sinis. Ni keja hang no. Dulu aku dah tangkap sekali. Aku dok cakap sorang-sorang dalam hati.

Esoknya aku call ofis. Tak laratla tiap-tiap hari nak pi ofis. Dapat tangkap lagi. Makhluk tu tak mai OT lagi. Bila check Isnin, buku kehadiran dah siap ditulis dari hari Sabtu rupanya. Aku dah nak jadi gorila (saiz memang dah macam gorila).

Akhirnya bos besar yang turun spot check minggu berikutnya. Ambik hang. Dia menipu lagi. Kali ni tak dak nak kesian-kesian lagi. Surat amaran pertama dikeluarkan.

Punya kuang ajaq, aku bagi surat pada dia, dia mai balik letak surat sambil buat muka toya tak nak isi. Ooo nak test aku ya.

Maka muka aku pun bertukar merah, badan menjadi lebih besar daripada biasa. Tipu ja.

First time dia tengok aku marah. Ha, ambik. Ingat aku macam lembut, boleh pijak-pijak ya. Mementang hang tu lelaki. Barulah dia slow down, dan minta maaf terus isi borang tu.

Macam siol. Suami sapalah ni ha!!!.
Kesian bini dan anak-anak dia. Selama ni diberi makan duit haram. Titik.

Saturday, March 19, 2011

Kedai Runcit Itu

Kat tempat aku ada empat buah kedai runcit dalam deretan yang sama. Semua kedai orang Islam. Cumanya tiga kedai Melayu, satu tu Mamak's.

Aku cukup tak puas hati dengan kedai-kedai Melayu ni. Muka ketat jangan cakaplah. Susunan barang tak ada sistem. Barangan expired pun kadang-kadang ada.

Yang paling tak tahan, kita sebagai pelanggan dilayan macam pergi kedai depa nak ambik barang free; tak nak bayar. WTH betoi la. Baru jadi cashier dah belagak macam akauntan Bank Negara (aku rasa akauntan Bank Negara pun tak belagak macam cashier ni).

Aku tak salahkan tuan punya kedai sebab sepanjang pemerhatian aku depa ni memang sopan dan pandai melayan pelanggan. Masalahnya dengan pekerja-pekerja tuan punya kedai yang belagak macam share depa dalam kedai 90%. Pada pendapat aku semua pekerja ni kena hantar kursus; Kursus Melayan Pelanggan, Kursus Sopan Santun dan pelekat poster besar-besar dalam kedai Kami Tak Nak Kerek.

Yang tetap best kedai Mamak's. Walaupun kecik, padat dengan barang, barang baru selalu, tak dak expired. Kalau beli telur pun, telur kuning terletak cantik dan berkilat. Kalau kedai-kedai lain tu, beli telur, pecahkan, dah tak tahu beza mana putih telur, mana kuning telur.

Mamak's juga pandai layan pelanggan. Cepat-cepat hulurkan bantuan kalau barang yang dicari tak jumpa. Kalau kedai-kedai itu, baru tanya dah kena tenung macam "Eh, hang ni buta ka apa? Barang macam tu pun tak nampak!!".

Masa pembayaran pun cepat walaupun ramai orang beratur. Kalau kedai-kedai itu, harap saja buka dua kaunter, time nak bayar rasa menyampah bila orang belakang dok himpit-himpit sampai tergesel barang depa ke punggung kita.

Kesimpulannya, dalam urusan perniaagaan Mamak's juga the best. Orang Melayu ni memang hampehla. Err ini pandangan aku untuk kedai-kedai di tempat aku saja. Hehe.

Monday, March 14, 2011

Malam Jumaat, Malam Hantu

Trend malam Jumaat. Boleh dikatakan kebanyakan siaran tv ada cerita seram. Sapa yang ajar depa bidaah ni entahlah. Malam Jumaat penuh keberkatan, terbalik pulak jadi malam keseraman.

Kadang-kadang bosan betul. Aku tekan punat remote Astro pi mai pi mai, semua yang keluar muka hantu.

Yang paling aku bosan, cerita klise. Dan orang yang berhadapan dengan hantu semuanya ngok ngek sampai nak baca bismillah pun tak reti ke? Logiklah sikit.

Last-last adalah tok imam kopiah putih datang menjadi wira.

Yang kesiannya, asyik-asyik Ruminah Sidek jadi hantu.

Teringat pulak aku kat Mak Yem :-)

Sunday, March 6, 2011

Hati ini masih sayang

Dah 5 tahun aku pakai handphone ni. Aku sayang betul nak tukar-tukar handphone selagi ianya masih boleh berfungsi dengan baik. Memanglah handphone aku jauh beza dengan handphone adik aku. Dia punya handphone yang canggih.

Ntahlah, dah banyak kali handphone aku Iman baling macam bola, tapi fungsinya tetap kukuh. Walaupun calar-balar, ianya tetap tak ada tanda-tanda akan rosak.

Sebenarnya aku teringin nak pakai handphone baru, tapi aku masih sayangkan handphone lama ni. Tak apalah, tunggulah sampai handphone aku ni 'mati' baru aku akan beli handphone baru. Dia dah banyak berjasa pada aku.

(Orang lelaki yang gigih nak berbini baru, ada fikir macam aku fikir tentang nak beli handphone tak? kui kui).

Monday, February 28, 2011

Sagon

Aku teringin sangat nak makan sagon, macam yang arwah tok aku buat dulu-dulu. Ini sagon yang buat dengan kelapa, gula dan apa ntah satu bahan lagi. Biasanya arwah tok akan jemur, goreng dan tumbuk bahan-bahan ni untuk dibuat sagon.

Kemudian tok akan bungkus sagon dalam plastik aiskrim Malaysia. Aku pulak akan makan sagon sambil main dengan kawan-kawan di depan rumah.

Cuma satu, kalau makan sagon dilarang bercakap. Sat lagi habis bersembur keluar sagon dari mulut ke muka kawan.

Eh! Apasal pulak tiba-tiba teringin sagon...hehe.

Saturday, February 26, 2011

Datang Lagi

Dah seminggu aku menahan sakit kepala yang keterlaluan. Ubat dah tak larat telan. Sakit tak hilang. Aku lekat coolfever di kepala, bukan sejuk yang aku rasa tapi lagi panas. Di ofis, aircond yang dipasang biasanya buat aku sejuk tapi sebaliknya yang berlaku. Aku rasa panas terutama di bahagian kepala sampai aku rasa nak hentak-hentak kepala ke dinding.

Musibat apa pulak kali ini aku tak pasti. Aku rasa seperti ada benda melekat di bahagian muka. Dah beberapa kali aku nak tarik keluar benda tu tapi tak ada apa yang terjadi. Sekejap-sekejap aku rasa badan aku berduri-duri, ya, biar seminggu lagi aku pasti jadi Wolverine.

Memang mengganggu tugas aku di ofis dan hubungan aku dengan semua orang. Bos bagi arahan, aku jadi blur, cakap ntah hapa-hapa dengan dia. Kesian aku. Nasib baik aku dah maklumkan awal-awal pada Bos; dia faham. Tapi aku dah berkira-kira, kebarangkalian kerja aku terbang melayang kali ini mesti tinggi. Macam yang selalu-selalu. Bila elok saja aku bertugas di satu-satu tempat pasti ada hal (datang lagi).

Aku jadi lebih patah semangat dengan kata-kata yang dilemparkan kepadaku. Aku faham, depa tak pernah merasa apa yang aku rasa, depa tak akan faham. Ada perkara senang kita cakap bila ianya tak berlaku pada diri sendiri. Alhamdulillah, aku masih ada suami yang cukup memahami. Dulu aku ada mak dan ayah. Hanya insan-insan ini yang faham dan sentiasa tak putus membantu aku. Bila mak dan ayah tak ada, aku lihat suami aku seolah-oleh hilang arah. Selama 10 tahun lepas, kami berusaha satu famili tanpa harapkan bantuan sesiapa. Pendam segala kesakitan, kedukaan. Setiap yang berlaku biasanya akan buat kami bersama menangis, tapi kami tak putus asa, mohon pada Allah. Kini, yang tinggal cuma aku dan abang. Aku sudah putus asa, cuma mengharapkan abang yang terus beri semangat pada aku.

Aku terkenangkan arwah Maknjang. Seksa yang arwah Maknjang rasa tidak ambil masa yang lama. Sedangkan aku terus menerus merasai itu. Cuma, air mata telah kering, aku terus senyum dan ketawa. Redha sajalah.

Tuesday, February 15, 2011

Apa Nak Jadi.

Gaya hidup pasangan suami isteri zaman sekarang sangat aneh.
Rasanya suami atau isteri lebih banyak menghabiskan waktu dengan rakan sepejabat berbanding pasangan / keluarga masing-masing.

Bangun pagi, pukul 7 pagi sudah keluar rumah menuju ke tempat kerja masing-masing.
Anak-anak dihantar ke taska / pusat asuhan kanak-kanak / sekolah.

Petang, sampai rumah dalam pukul 6.30 petang.
Dah selesai semua perkara wajib, ada yang layan tv, ada yang layan komputer.
Anak-anak buat kerja sekolah atau main-main sikit-sikit sebelum disuruh tidur.

Bila masa suami, isteri dan anak-anak ini berkomunikasi?
Makan malam bersama bukan lagi perkara wajib.
Solat berjemaah lagilah boleh dikira dengan jari.

Hari minggu ada pula suami atau isteri yang sibuk dengan MLM atau ke gym atau ke mana-mana ntah.
Anak-anak, ikut dan, ikut kawan, memerap sendirian di rumah.

Apa nak jadi ya?

Monday, January 31, 2011

Wow! Dah tua

Hari ni birthday Izat. Happy Birthday!

Masa umur aku 11 tahun, budak Izat ni lahir ke dunia. Bayangkan, selama 11 tahun aku seorang diri tiba-tiba ada budak kenit yang cute hadir dalam hidup aku.

Mulanya aku memberontak. Walaupun aku suka budak kenit yang cute tu tapi ego aku mengatasi segalanya. Tambah-tambah pulak bila mak minta tolong aku jaga dia.

Pernah aku berlari sambil tolak stroller, kemudian aku tersasar dan stroller terpelanting dengan isi-isinya sekali (iaitu Izat dan bantal). Sedih bila aku tengok muka Izat penuh pasir. Dia menangis sekejap saja. Aku angkat Izat, sapu pasir di mukanya dan timang-timang. Izat diam. Mungkin sebab itu Izat jadi tough sampai sekarang. Pada Amir aku tak sempat buat macam tu, adakah sebab itu Amir kurang tough? Emm.

Lepas pada kejadian itu aku mula sayangkan Izat. Sebab dia terlalu comel, macam muka Iman sekarang. Kawan baikku di kampung panggil Izat kura-kura. Sebabnya...dia kata dagu Izat pendek, macam kura-kura. Ler.

Kemudian bermulalah episod aku jadi kuda untuk Izat dan aku belikan anak patung kertas untuk dia waktu balik dari sekolah. Eee main anak patung kertas budak Izat ni hehe.

Eh! Nanti tak busy kak beli hadiah pada Izat. Nak yang Spongebob ka yang Polka Dot? Hehe.

Saturday, January 29, 2011

Moga Tenang

Banyak perkara tak dijangka berlaku sejak sebulan lepas. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Syukur pada Allah kerana aku masih ada bapa dan mak sedara yang mengambil berat tentang aku dan keluarga.

Aku doakan Allah akan balas segala kebaikan yang depa lakukan pada kami.

3hb ni perancangan kami untuk ke Kelantan (doa-doa biarlah aku sihat). Mesti riuh kalau dah berkonvoi ramai-ramai. Harap segala perancangan akan berjalan dengan lancar.

Harapan aku juga hidup aku akan kembali berada di batasan normal. Aku sudah letih. Aku nak hidup dengan tenang di samping suami dan anak tercinta.

INSYAALLAH....kata Maher Zain.

Thursday, January 20, 2011

Untuk Rambut yang Bermasalah

Sebenarnya untuk rambut yang bermasalah, contohnya kelemumur, kulit kepala gatal, hanya perlu gunakan syampu berubat sekali sahaja seminggu.

Maknanya, kita perlu ada dua botol syampu di rumah; satu syampu anti-kelemumur (berubat), satu lagi syampu untuk rambut normal.

Gunakan syampu berubat seminggu sekali sahaja. Untuk hari lain, gunakanlah syampu biasa. Kalau kita berterusan gunakan syampu berubat, masalah rambut yang lain pula akan timbul. Kalau kulit kepala sudah sihat, tiada kelemumur, tak payah susah-susah nak pakai syampu anti kelemumur dengan alasan untuk prevent kelemumur. Konsep yang salah.

Itulah nasihat pakar pendandan rambut yang pernah aku dengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...