Pages

Tuesday, January 3, 2012

Tingkatkan Servis Setinggi Gunung Jerai

Hari ni masih cuti. Kami bosan di rumah jadi mengambil keputusan berjalan-jalan. Ke mana? Ke Gunung Jerai! Sebabnya? Adik-adik belum pernah jejak ke situ. Lagipun The Regency Jerai Hill resort dah cantik sekarang. Kenapa namanya The Regency Jerai Hill Resort? Bukan Jerai Mountain Resort? Emm...entahlah.

Sampai di puncak Gunung Jerai, adik-adik dah terpegun...wah cantiknya. Sayang, semua gambar kurang cantik...cuaca agak mendung. Macam tak ceria jer gambar.

Disebabkan sudah tengahari, kami mengambil keputusan makan di situ. Nampak tempatnya macam ada kelas...harga makanan reasonable lah dengan kedudukannya di puncak yang tinggi. Tapi servis agak hancus. Yang ambil ordernya entah apa-apa...pesan lain, yang datangnya cuma 2 makanan. Nasib baik aku tanya...kalau tidak ngangalah Amir dan Abg. Makanan pun ok-ok jer. Mintanya Nasi Ayam Hainan, datangnya Nasi Ayam Madu...ler. Itu rupanya nasi ayam hainan gunung jerai. Izat dan Abg minta Nasi Goreng Bagus tapi nasinya tak berapa bagus macam namanya hehehe. Tapi minuman memang ok. Sedap.


Nasi Goreng Bagus yang tak berapa nak bagus :-)
 Seharusnya pihak yang terbabit meningkatkan lagi kualiti servis di sini. Baru ada ummphh...Kelakar pulak si pelayan yang ambik order tu bila aku sebut Hainanese Chicken Rice sampai sudah dia tak faham. Bila sebut Nasi Ayam Hainan baru dia faham. Lain kali suruh staf hafal semua menu tu dulu ya sebelum ambil order hihihi.

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Salam. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun ini diri kita lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah.

Nampaknya cuti tahun baru ni, cuti paling panjang buat aku. Apa tidaknya, si Iman tu taskanya tutup agak lama. Abg pulak tak boleh bercuti, terpaksalah aku yang bercuti. Seronok bila dapat bersama dengan Iman di rumah. Kalau tak kerana keperluan, dah lama aku berhenti kerja dan menjaga Iman di rumah.

Semalam boleh dikatakan sejarah, aku kononnya naklah tengok pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2012. Tak ke mana pun...di QB saja bersama adik-adik. Tu pun dalam kereta jer pusing tiga empat round sampai pukul 12 tengah malam. Orang punyalah ramai. Macam-macam spesies yang ada. Yang baru keluar dari gua pun ada hehehe; geli tengok.

Iman pulak excited, menjerit-jerit tengok belon, layang-layang dan lampu. Tapi minta maaflah...tengok jer lah...nak turun ramai sangat manusia dan polis trafik.

Tepat 12 tengah malam bunga api pun dilepaskan. Haiyaaaa!!! Macam hampeh haha. Bunga api meletup mau tak mau. Macam dah masuk angin. Memang lawak ler. Dah la 5 bunga api jer kot yang digunakan. Kami dalam kereta tak larat nak gelak. Lagi kesian pada jurugambar yang siap setting tripod dan kamera macam nak apa jer. Mesti depa dok ingat bunga api super canggih yang nak keluar.  Cukuplah...sekali ni saja aku tunggu pertunjukan bunga api di malam tahun baru.

Friday, November 4, 2011

Apa Khabar?

Salam. Apa khabar? Terlalu lama betul tak update blog ni...sampai berhabuk, bersawang...nasib baik harimau tak bertapa hehe.

Biasalah, kesibukan duniawi, atau buat-buat sibuk sebenarnya ditambah laptop aku yang 'sakit' buatkan aku sukar untuk bercerita di sini. Rindu nak tulis itu ini, biarpun aku tahu tak ada siapa yang jenguk blog ni hehe.

Laptop aku mula buat hal bila ianya terhempas di lantai semasa aku menghadiri bengkel di Kuala Lumpur. Berderau darah aku bila lihat laptop + anak aku terhempas ke lantai pada masa tu. Tentulah concern aku pada masa itu pada anak aku yang menangis sampai selop. Alhamdulillah, segalanya dipelihara oleh Allah.

Selepas itu baru perhatian beralih kepada laptop yang tercedera di lantai. Termenung aku. Begitu susah untuk aku beli sebuah laptop, bersabar bertahun. Sekarang laptop aku dah nyawa-nyawa ikan. Sudah 5 tahun aku guna laptop ini. Laptop yang tak pernah buat hal. Aku guna dengan berhati-hati. Entah bila dapat aku beli laptop baru pula selepas ini.

Hari Raya Korban dalam 2,3 hari lagi. Semalam, aku terlalu terkenangkan arwah mak dan ayah. Arwah mak meninggal sehari sebelum Aidiladha. Cukup setahun pemergiannya. Semoga roh mak dan ayah berada dalam kebahagiaan dan ketenangan di sana. Cuma aku masih menanti, bila aku akan bertemu mereka. Aku terlalu rindu, kekosongan yang ditinggalkan sepemergian mereka tidak pernah terisi.

Untuk rakan blog, IM, Selamat Hari Raya Aidiladha. Buat korban ke tahun ni? (Ya, aku cuma ada seorang rakan blog hehe). Sampai ketemu lagi.

Saturday, July 2, 2011

Sedapnya KFC hingga menjilat kaki....huh!



Kenapa kalau buat benda-benda bodoh macam ni kebanyakan anak muda kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam??

Aku harap bila budak ni pegi fastfood lain....ada orang letak tahi dalam pizza atau Mcflurry yang dia order. Dasar bangang!

Clean

X-Men akan ada tak masa perhimpunan BERSIH?

Aku rasa seram sejuk.
Sebab aku ada di KL time tu.

Mintalah Allah turunkan hujan selebat-lebatnya.

Turun salji pun ok gak....


Bersih? Pi toilet pun tak cebok.

Friday, July 1, 2011

Selamat Makan Angin



Ramai orang sekarang suka pergi bercuti. Tak kiralah di dalam atau di luar negara. Ikut kemampuan masing-masing. Bercuti bersama keluarga itu bagus untuk eratkan perhubungan. Almaklumlah orang zaman sekarang sentiasa sibuk @ buat-buat sibuk dengan hal-hal duniawi.

Cuma yang aku nak higlightkan di sini ialah sikap sesetengah manusia yang suka sangat nak announce percutiannya sampai kalau boleh seluruh dunia patut tahu. Emmm...apa yang depa dapat daripada announcement tu aku tak tahulah. Rasanya dapat kemenyampahan daripada kawan-kawan atau sedara-mara yang lain adalah :-p Itu pun kalau depa sedar.

Kalau sekadar pemberitahuan untuk mengingatkan tu no hal. Boleh diterima. Tapi bila dah cakap pun macam riak dia sorang jer boleh pergi bercuti makan angin, mulalah aku rasa nak termuntah.

Tolonglah....lain kali beritahu orang lain....tak payah beritahu aku. Aku tak excited langsung nak tahu. Jakun betul spesies manusia macam ni.

Sunday, June 26, 2011

Orang Gemuk Selalu Kena Ejek

Dulu aku kurus kering. Tak tahu macam mana perasaan jadi gemuk. Aku pun tak pernah usik atau ejek kawan-kawan yang gemuk. IQ rendah jer bab-bab fizikal pun nak ejek-ejek orang.

Sekarang aku dah masuk kategori gemuk. Baru aku tahu perasaan orang gemuk. Sedihnya bila tiap-tiap hari kena kutuk, dijadikan bahan gurauan.

Walaupun mulut aku tersenyum, hati aku menangis dan rasa nak PANG jer orang yang dok buat lawak plastik terhadap aku.

Rupanya orang gemuk sensitif ye.....

Sunday, June 12, 2011

Lamanya Tak Update

Wow! Lamanya aku tak update blog. Niat di hati hari-hari nak update blog, nak cerita tentang itu ini malangnya tak berkesempatan.

Sabtu dan Ahad ni aku tak ke mana-mana. Keluar jalan-jalan pun sekitar kawasan berdekatan rumah saja. Itupun sebab si kecik tu bukannya boleh memerap lama-lama di dalam rumah. Mulalah dia buat perangai. Sepah barang, buat-buat baring tak nak bangunlah. Yang paling tak tahan dia akan ketuk dan cakar aku dan abg. Sabar jerlah si ketot ni.

Memanglah rumah aku kecil, sempit. Aku sendiri pun tak selesa. Ditambah dengan ketidaklaratan, maka jadilah rumah macam kapal pecah. Dah banyak kali merayu kepada abg, minta khidmat kemas rumah berbayar tapi tak diizinkan. Almaklum, zaman sekarang ni agak menakutkan manusia-manusia yang ada. Takut silap upah orang lain pulak jadinya. Tapikan....dalam rumah aku bukannya ada benda-benda berharga pun....emmm....entahlah.

Belakang aku pulak masih tak berapa kuat. Baru sibuk buat kerja di dapur, basuh baju haaa....mulalah. Sakit teramat. Terpaksa pulak berehat sebelum sambung semula kerja-kerja tadi.

Sesekali aku terfikir untuk buat 'Garage Sales'. Aku rasa macam banyak sangat benda-benda yang aku dah tak pakai di dalam rumah ni. Buat menyemak saja aku simpan. Jual dapat gak duit. Jual pun suka-suka saja, kalau bagi percuma nanti depa ambik buang.

Sampai hari ni aku masih dok tergelak-gelak teringat blog Paknjang....kisah pasal babi hutan tu. Paknjang ni dari kecik sampai tua tak abih dengan perangai nakal dia hehe.

Untuk sepupu-sepupu serta mak/pak sedara penyokong pasukan Kelantan, hari ni tidurlah puas-puas. Bagi mata merah dan bengkak tu normal kembali kui kui kui.

Aaaa tak larat. Nantilah sambung....nak kemas rumah kapal karam ni sikit-sikit.

Saturday, May 7, 2011

Rindu Tak Pernah Padam.

Hari Ibu....buat air mataku bergenang.
Jika tidak sudah pasti kami adik-beradik sibuk nak bawa mak makan di luar.
Sibuk nak belikan hadiah.

Entah, aku bagaikan terlupa mak dan ayah sudah tiada.
Pulang dari kerja, aku cepat-cepat memasak. Lepas memasak aku nak call mak, ada perkara menarik di tempat kerja yang aku nak ceritakan. Sambil tersenyum-senyum aku pegang hp.

Kemudian baru aku tersedar, mak dah tak ada. Aku rasa sangat-sangat lemah. Air mata terus mengalir. Aku renung hp. Renung nombor hp ayah yang sampai kini aku tak delete. Aku terlalu rindukan mereka. Terlalu....

Sekarang aku dah sihat. Aku mahu hadir sebagai anak yang sihat pada mak dan ayah. Aku mahu mohon maaf kiranya ada perbuatan aku selama ini yang aku sendiri tak sedar, di bawah kawalan diri.

Sunday, April 17, 2011

Wa love Bahasa Melayu


Sapa setuju dengan aku yang kalau boleh, orang Cina dan India tak teringin pun nak berbahasa Melayu? Kalau setuju sile angkat tangan macam awok.

Ya, mereka lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sekadar di pinggiran, cuma sebab terpaksa. Kalau tak dipaksa, haram depa nak guna. Silap haribulan kita pulak yang kena bercakap dalam bahasa ibunda depa.

Perkara ini benar. Paling tak boleh diterima bila aku abis belajar dan mahu mohon kerja di Penang, syaratnya kena pandai berbahasa Mandarin. Dari salah satu segi memang bagus, menggalakkan kita belajar banyak bahasa. Dari segi yang lain pulak, nampak sangat itu cara menindas sesebuah kaum dengan cara yang halus.

Apa kena-mengena aku nak kerja di Malaysia aku kena pandai cakap Mandarin? Ini bukan Hong Kong atau Singapura. Sungguh tak masuk akal. Adakah semua pekerja di situ bersekolah Cina dan duduk di dalam lingkungan kaum depa saja? Atau depa ni semua puak komunis terpendam?

Tapikan, sekarang...orang Cina dan India lebih gigih nak belajar bahasa Melayu. Uh! Bagusnya kan?

Sebab : nak ngorat pompuan Indon yang pakai ala-ala Lady Gagak tu.

Di KFC, masa a.m hour aku tengok begitu gigih dua lelaki cina separuh umur melayan jokes daripada dua perempuan Indon yang berpakaian tak kena masa betuila. Pakaian macam nak pi clubbing. Aku tak tahulah depa dok gelak-gelak tu sama ada faham jokes masing-masing atau gelak sebab sama-sama tak faham apa depa cakap.

Yang pasti ada satu benda ja tak payah cakap pun depa masing-masing dah faham sangat nak buat macam mana. Uweekk....muntah burger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...