Pages

Saturday, October 13, 2012

Mari Menabung

Iman dari kecik kami dah ajar dia menabung. Pantang nampak duit syiling jer Iman akan masukkan ke dalam tabung. Dah dua tabung Iman pecah sebab terlalu banyak duit syiling. Ini tabung Iman yang ketiga. Asalnya bekas isi jelly yang boleh dibuat tabung.
 
Iman memang gigih simpan duit dalam tabung sampai dah jadi peras ugut pulak nak kutip duit syiling punya pasal haha. Duit tabung Iman kami simpan dalam Tabung Haji. Rasanya Iman la yang akan pi haji dulu berbanding kami yang tiap-tiap awal bulan simpan duit, pastu hujung bulan kami pi keluarkan semula huhuhu.



Friday, October 12, 2012

Tahniah Adikku

Tahniah buat adikku Izat. Kami berempat ke PICC Putrajaya untuk bersama-sama meraikan majlis konvokesyen yang diadakan pada 6 Oktober 2012.
Sangat-sangat letih sebab rushing ke sana ke mari tapi hati tetap gembira untuk Izat. Lenkali nak pi KL dengan kereta jer. Penat nak mampuih naik flight. Naik MAS pun flight delay, sampai KL pukul 12 tengah malam huwaaaaa. Esok pagi-pagi buta dah ke majlis konvokesyen.
Kakak minta maaf sebab terlalu letih sampai tak snap gambar dok mengharap jurugambar pro lah konon.
Dalam hati tersentuh mengenangkan mak dan ayah tak dapat bersama-sama meraikan kejayaan adik-adik aku. Masa Izat naik ke pentas, air mata aku bertenang-tenang....jenuh dok mengelap sok sek sok sek.
Alhamdulillah...kedua-dua adikku sudah punya kerjaya. Sekarang ni aku gigih berdoa moga depa bertemu jodoh yang terbaik untuk depa di dunia dan akhirat; yang akan membawa kebahagiaan selamanya...insyaAllah.

 Sewaktu Izat menerima ijazah daripada KDYTM Tengku Mahkota Pahang,
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Chancellor UniKL)...penat menaip nama panjang sangat :P 
Iman dah bosan tahap gaban...sibuk makan choki choki...nasib baik ada kakak yang dok promote bisnes goodie bag...dapat jajan free.
Adik bongsu aku setia mendukung Pakcik Pink Hippo untuk Izat. Beli bunga memang sia-sia..mesti si Izat lempar masuk tong sampah...Bagi Pakcik Hippo ni kalau rindu-rindu kami boleh Izat wat peluk time tido takpun teman bersembang dalam keta time boring-boring (?)

Sori, gambar Izat yang menerima ijazah tak sempat snap....hahaha. Zholim betui aku.

Saturday, September 22, 2012

Terima Kasih Anakku...

Semalam aku pening, terus nak termuntah.
 
Abg duduk di sisi aku tolong urutkan belakang sambil berjaga-jaga takut aku rebah sekali lagi.
 
"Iman, tolong ambik bekas....mama nak muntah ni!," jerit Abg kepada Iman yang asyik menonton channel 613.
 
Masa tu aku dan Abg ada di bilik sebelah.
 
Anak aku ni memang boleh harap walaupun umur baru 2 tahun setengah. Kalau aku nak muntah dialah yang akan berlari ke dapur ambik bekas muntah. Kalau aku pening, dia sibuk cari minyak angin untuk sapu ke kepalaku. Nampak sangat mamanya selalu tak sihat...emm.
 
"Nah Mama....nak muntah? Nak muntah ya? Nah."
 
Daripada pening nak muntah terus aku tergelak-gelak geli hati.
 
 
 
 Bekas yang Iman bagi pada aku


Agaknya Iman tengah concentrate tengok tv sampai terambil bekas ni untuk aku muntah. Mungkin juga Iman nak suruh tapis tengok kot-kot ada emas dalam muntah aku.

Friday, September 21, 2012

Cucur Udang Rangup

Kami sekeluarga memang gemar makan cucur udang.
 
Dah macam-macam resepi aku cuba untuk dapatkan cucur udang macam yang jiran mak aku selalu buat dulu tapi gagal. Cucur udang jiran mak aku buat tu rangup di luar dan lembut isinya di dalam. Sampai petang pun tekstur cucur tu tak berubah. Sedap sungguh.
 
Aku pernah cuba letak air suam, mauripan, telur, air ais, bikarbonat tapi semuanya masih gagal. Masih dapat cucur udang yang biasa-biasa.
 
Aku buat tebal muka tanya resepi/rahsia cucur udang rangup tu pada jiran mak aku yang dah lama pindah ke KL. Tanya melalui FB la...takkan nak pi rumah dia kot.
 
Akhirnya....terjawab sudah segala persoalan.
 
MASUKKAN SEDIKIT MINYAK PANAS DALAM BANCUHAN TEPUNG CUCUR TU.
 
Inilah hasilnya. Memang rangup dan sedap; habis dalam masa yang singkat.
 
 Cucur udang rangup


Bagus punya hidang utk breakfast, sapra pun tak dak hehe.
Kuah satey tu lebih kuah satey Ah Basri.
 

Sunday, September 2, 2012

Apakah ini?

 
Cuba teka...telur apa kat bawah ni. Aku suka dan sayang sangat pada 'telur' ni. Macam best hehe
 
 
 
'Telur' ini dapat berdiri tegak dengan sendirinya tanpa tergolek-golek. Tak ada misteri pung.
 
 


'Telur' ini ada rekahan di sisi satu lagi.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
'Telur' ini adalah alat pembuka surat....hehe.

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Jadi!

Selamat Hari Jadi Abg! Dah 38 tahun pun Abg. Tapi wajah Abg awet muda; macam baru 20-an. Jeles betul aku tau hehe.
 
Aku cuma mampu celebrate birthday Abg dengan sebiji kek Secret Recipe. Pastu aku gagahkan diri untuk masak Mee Kuah Resepi Mak yang memang menjadi kegemaran Abg. Letak tulang dan daging banyak-banyak. Baru sedap.


Kek Birthday. Terpaksa pilih yang coklat jer. Kalau perasa lain kebarangkalian kek tidak dimakan adalah tinggi.

 
Budak ini ingat kek ni kek birthday dia...sibuk nak potong kek dan sibuk makan kek sampai 2 slices pastu vomit! Hehe.
 
 
Aku masih letih. Dah 2 minggu aku macam ni semenjak Raya ke-3 aku muntah, sakit kepala dan sakit belakang. Takperlah...nanti-nanti baiklah tu, insyaAllah :-)
 
Selamat Hari Merdeka yang ke-55 tahun untuk semua. Jangan lupa diri dan sentiasalah bersyukur di atas rahmat yang telah Allah kurniakan selama ini.

Thursday, August 16, 2012

Berkemas-kemasan

Bersepah-sepah ruang tamu. Aku tengah mengemas baju dan barang-barang untuk bawak pulang ke kampung. Beg Iman dah ready. Beg mak dan pak budak tak ready lagi. Lembik betul ler nak kemas-kemas time puasa ni. Kalau hari biasa aku kemas baju macam The Flash. Zapp zupp zapp. Ready berdiri 3 buah beg hehe.

Perangai tak senonoh aku adalah, jika pukul 8 pagi nak bertolak, pukul 6 pagi baru aku kemaskan beg pakaian. Mana tak macam The Flash. Nampaknya di bulan puasa ni gagal aku menjadi The Flash. Dekat tiga jam dah aku termenung tengok baju-baju. Nasib baik aku tak golek-golek dalam timbunan baju tu jer (perangai tak senonoh aku sejak kecik) Seronok golek-golek dalam longgokan baju yang baru diambil dari ampaian....rasa selesa macam kucing bersantai. Tak percaya cuba try!

Sedapnya gerbil-gerbil aku tido di bulan puasa. Bukan depa posa pun.

Ramadhan kali ni aku asyik nak berbuka dengan Nasi Arab jer...sikit-sikit Lamb Mandy. Sedap nikmatnya tak leh nak cerita. Sayangnya di sini aku tak jumpa lagi Nasi Lamb Mandy sehebat di Bangi dan Kuala Lumpur. Sebabnya nasi yang dijual di sini dimasak menggunakan beras biasa, bukan beras panjang @ basmathi. Nak jimat kos kot tapi harga sama jer macam kat KL tu. Dengan itu aku telah mencari resepi nasi Arab dan akan ku kerjakan untuk membuatnya selepas raya ni. Yeay! Boleh makan sampai pengsan. Sayangnya, Abg tak minat nasi ni. Diakan orang Siam...asyik dengan Tom Yam tak abih-abih. Kiranya aku orang Arablah kan...kan...kan...  keh keh.


Nasi Lamb Mandy versi Iraq. Daging kambing tu memang marvellous!



Yang putih tu dessert (sedap), kuah kentang dan baked beans. Tak reti nak describe.

Biasanya nasi ni aku makan waktu berbuka dan bersahur. Portion besar. Mana larat nak perabih walaupun tengok pada badan aku nampak macam makan banyak tapi aku makan sikit jer. Kambingnya sangat sedap lembut. Dessert tu pun sedap. Buat daripada susu, ditabur kelapa kering. Dua kuah tu pun sedap, pekat tapi aku tak tahu nama depa.

Sunday, August 12, 2012

Persiapan Raya Yang Tak Pernah Siap

Minggu depan dah nak raya. Aku tak ada buat persiapan apa pun. Sekadar beli baju raya untuk kami sekeluarga dan beli biskut lapan jenis. Kalau buat persiapan betul-betul agaknya habis satu Giant aku borong kot.

Jangan ngumpat aku sebab beli biskut banyak sebelum mendengar penjelasannya. Aku beli banyak biskut sebab nak bawak balik bagi kepada mertua, untuk Abg bawak ke ofis dan untuk jamuan raya ofis aku dan untuk adik-adik aku yang berdua tu makan.

Kali ni aku main order jer tanpa bagitahu Abg. Bukannya apa, sat lagi dia bising. Tapi bila dia nak bawak biskut raya ke ofis aku pulak jadi bising sebab biskutnya selalu tak ada kalau beli 3-4 balang sahaja. Tak kisahlah, untuk semua biskut memang totally aku yang bayarkan.
Tahun ni agak sedih jugak sebab aku terpaksa balik Terengganu dan tinggalkan adik-adik aku beraya di rumah Tok aka rumah Maklang. Kesian pulak pada depa. Harapnya depa faham. Aku dah berkeluarga...macam tu lah. Aku suruh adik-adik tinggal di rumah aku sebab masa raya rumah Tok aka rumah Maklang penuh dibooking oleh sepupu serta mak sedara. Suasana di rumah Tok pun pasti suram sebab Tok masih dalam wad; beraya di hospitallah gamaknya Maklang dan yang lain-lain tu. Terkenang arwah Mak. Mak meninggal sehari sebelum Hari Raya Korban. Aish! Dah dah. Kang tersedih-sedih lagi.

Untuk rumah, aku tak buat persiapan apa pun. Sebelum ni dah suarakan kepada Abang nak cat rumah, nak tukar langsir yang dah 5 tahun tak berganti (sentiasa bersih dibasuh) tapi macam biasa Abg buat senyap jer. Maka aku pun senyaplah. Memang teringin nak hias/kemas rumah cantik-cantik macam arwah Mak dan Ayah selalu buat menjelang raya. Tapi apakan daya, aku bukan tinggal dengan Mak dan Ayah lagi. Lagipun kudrat aku ni tak macam isteri-isteri orang lain. Kalau tidak dah lama aku buat semuanya sendiri.

Maka dengan sendirinya aku jadi malas nak jemput orang beraya di rumah aku tambahan pulak kawan-kawan ofis atau staf. Jadilah raya ini macam raya-raya yang lepas. Tak dapatlah aku nak masak sedap-sedap jamu tetamu yang datang. Tak bestkan? Tetamu yang datang ke rumah tu kan membawa rezeki bersama mereka. Aku berdoa agar suatu hari nanti keadaan ini akan berubah, insyaAllah. Ni yang terasa nak tinggal di kondominium. Tu dah sah-sah orang takkan boleh datang ke rumah sesuka hati; ada gak alasannya.

Alhamdulillah. Raya tahun ni anak aku dah semakin besar. Terhibur dengan keletahnya walaupun kadang-kadang geram sampai rasa nak bertukar jadi Mak Ultraman.




Bersama sepupu-sepupu dari Kelantan

Oklah. Hidup kena positif selalu. Raya kali ni memang aku berazam nak ziarah semua mak dan pak sedara sebelah Mak dan Ayah, insyaAllah. Juga aku nak ziarah sedara-mara yang dulu selalu Ayah bawak kami sekeluarga ziarah sebabnya aku tahu depa memang tak akan berkesempatan nak ziarah rumah aku aku kan tinggal di alam bunian.

Saturday, August 11, 2012

Tok di Intensive Care Unit

Tok masih di ICU. Pernafasannya juga masih bergantung kepada ventilator. Petang semalam aku sempat melawat Tok semasa waktu rehat. Kerongkong Tok sudah ditebuk. Tok pun masih lena, diberi ubat sedation. Muka Tok agak bengkak kesan daripada water retention.

Sedih tengok Tok dalam keadaan macam tu.

Pada tahun 2007, Tok mengalami keadaan yang sama. Bezanya pada waktu tu Tok masih kuat, tak selemah sekarang di atas faktor usia.

Aku masih ingat ketika Tok berjuang untuk sembuh dulu, Mak, Maknjang dan Ayah turut bersedih. Tapi kuasa Allah tidak ada siapa dapat menduga. Tok panjang umur sebaliknya Mak, Maknjang dan Ayah yang pergi dahulu.

Aku agak emosi bila terpaksa ke ICU Hospital Pulau Pinang. Di sebelah ICU, terletaknya CCU; tempat Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sedaya upaya aku tahan air mata daripada menitis; baik untuk keadaan Tok atau untuk kenangan kehilangan arwah Mak di situ. Aku harus redha dengan ketentuan Ilahi. Sedangkan diri ini pun akan ke 'sana' juga suatu hari nanti.

Doaku semoga segala urusan Tok dipermudahkan dan membawa kebaikan kepadanya. Aku sangat sayang Tok.


Walaupun Tok kadang-kadang lupa dan uzur, solat tak pernah Tok abaikan. Gambar ni masa Tok bersama Maksu. Tok masih sihat ketika ini.

Wednesday, August 8, 2012

Falafel

Semalam aku teringin nak makan Falafel. Dari minggu lepas aku beli Falafel ni tapi aku masih tak berkesempatan untuk memasaknya.

Falafel adalah sejenis makanan Arab, ala-ala Masalodeh. Bezanya Falafel dibuat dari kacang kuda dan ditambah rempah-rempah. Satu rempah yang confirm ada adalah ketumbar sebab aku ternampak biji ketumbar masa nak makan Falafel ni hehe.

First time aku kenal Falafel masa tengok satu rancangan masakan di tv. Nampak macam best. Tapi yang aku beli di kedai Arab ni dah ready made mix. Cuma perlu tambah 200 ml air untuk 2 bungkus campuran Falafel tu.


Beli 2 kotak Falafel percuma acuan untuk bentukkan Falfel


Acuan Falafel


Rupa bancuhan Falafel

Falafel yang telah siap digoreng
Kalau tanya pendapat aku, aku lebih sukakan Masalodeh. Rasanya ada sikit-sikit pahit disebabkan rempah yang diletakkan di dalamnya. Tapi si anak kecik aku tu sukalah pulak kuih ni :-P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...