Pages

Friday, January 17, 2014

Bulan Terang

15 haribulan...bulan penuh...
Kalau beli ketam, isinya pasti penuh.
Kalau jiwa tak kuat, tengok bulan pasti jadi sasar.
Oh! Bulan...sangat cantik kamu ini. Subhanallah.


Tuesday, January 14, 2014

Sambal Makndak

Percayalah...walaupun rupa sambal ni tak berapa lawa tapi rasanya...aku bagi 5 bintang!
 
 
Waktu cuti sekolah baru ni, Makndak yang tinggal di Kelantan balik ke Penang. Makndak ada sediakan sejenis sambal yang aku rasa sangat sedap dan kena dengan selera aku.
 
Kata Makndak, sambal tu sambal Siam/Thai. Huhuhu...aku memang tak boleh dengan makanan Siam/Thai ni. Pada aku semua jenis makanan Siam/Thai dari kuih-muih sampailah ke lauk-pauk semuanya sedap-sedap belaka.
 
Ok...hari ni aku dah dapatkan resepi daripada Makndak. Aku buat sambal ni untuk makan tengahari tadi.
 
Disebabkan kesedapan sambal Makndak ni, aku yang tak tahan kepedasan ni sampai makan bertepuk meja dan menangis-nangis kekeke.
 
Sambal ni rasanya pedas, masam dan manis. Huh! Cukup rasa. Kata Makndak lagi, sambal ni boleh disediakan dalam jumlah yang banyak pastu simpan dalam peti sejuk. Kata Makndak lagi, bila keesokan harinya sambal ini akan lebih sedap sebab semua rasa akan bersatu (betui ke perkataan ni hihihi)
 
 
SAMBAL MAKNDAK
 
15 biji cili padi
3 biji cili merah (aku tak masukkan sebab cili merah abih)
1 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 biji limau nipis (perah dan ambil jusnya)
2 ulas bawang putih (saiz besar)
1 biji bawang besar (boleh tambah jumlahnya jika suka)
Sedikit belacan - dibakar (aku tak masukkan)
 
CARA MEMBUATNYA
 
Bawang besar dan bawang putih dibakar. Aku potong kasar-kasar semua bawang dan goreng dalam kuali tanpa minyak.
 
Potong cili padi dan cili merah.
 
Kisar cili, bawang dan belacan dengan sedikit air masak.
 
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. Tambahkan air limau nipis, cuka, garam dan gula. Gaul hingga sebati.
 
Siap untuk dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman...Kalau nak makan bersama-sama bihun sup pun sedap sambal ni.
 
Cubalah resepi yang mudah ni...pasti tak menyesal :)


Saturday, January 11, 2014

Belajar Melukis

 
Di hotel Abg berusaha mengajar Iman melukis. Cantik! Follow daripada youtube... hihi


Wednesday, January 8, 2014

Beli Coklat Sambil Menderma Untuk Gaza

Aku kurang sihat. Ke Klinik Syifa. Sempat minta Abg belikan coklat ni di sana. Harganya RM3.50 sekeping.
 
Rasanya sedap. Ada satu lagi perasa strawberi dan cornflakes. Tak sempat diambil gambar sebab sudah masuk ke dalam mulut.
 
Marilah kita sama-sama membeli coklat ini sambil menderma untuk Gaza.
 

 
 

Thursday, December 26, 2013

Anak dan Anak Kucing

"Minion! Tengok depan! Mama nak ambik gambar!." Terjelir anak kucing kena cekik dek Iman haha. 

 "Minion! Senyum! Senyum!."
 
 "Eee Minion! Senyum macam Iman ni..." Kesian kucing tu kena paksa tersenyum haha.
 
 "Tak nak senyum takperlah."
 
"Pakai topi ni! Tak nak?? Takper saya pakailah."
 
 
(Antara dialog anak aku dan anak kucing sewaktu aku nak snap gambar depa...haha)

Saturday, December 21, 2013

Sikucing

Anak patung kucing ni hadiah daripada mak dan ayah masa aku berumur 16 tahun. Masa tu aku dapat masuk sekolah berasrama penuh. Aku sedih sangat sebab tak boleh bawak kucing kesayangan aku bersama. Aku dah terbiasa tidur malam dengan kucing. Takkan aku nak usung kucing aku ke asrama. Sah-sah dengan aku, dengan kucing aku kena tendang keluar dari sekolah tu.
 
Suatu hari, balik saja dari BM, mak berikan patung kucing ni pada aku. Korang janganlah gelak, walaupun umur aku masa tu dah 16 tahun, aku masih simpan banyak teddy bear yang mak dan ayah belikan untuk aku. Aku rasa terharu sangat. Kata mak dan ayah ni anak patung terakhir untuk aku. Nanti mak dan ayah tak nak belikan lagi anak patung untuk aku.
 
Maka jadilah sikucing ini peneman setia aku atas katil. Aku sayang sangat sikucing ni. Kalau picit di bahagian perut, kucing ni akan bunyi "Miau, miau." Bila ada time aku susah hati atau ada masalah, aku akan mengadu pada sikucing. Nak mengadu pada mak dan ayah tak boleh sebab mak masa tu mengidap sakit jantung sementara ayah mengidap darah tinggi.
 
Setelah 21 tahun berlalu, sikucing pun dah beralih tuan. Sekarang, sikucing jadi milik Iman. Tapi aku cukup sensitif bila Iman lempar sikucing ni sana sini. Sebabnya inilah satu antara benda yang masih ada yang mengingatkan aku kepada kasih sayang arwah mak dan ayah. Rindu pada mak dan ayah.

Thursday, December 19, 2013

Pasport Haiwan Kesayangan

Korang ada haiwan kesayangan? Pastikan haiwan kesayangan korang tak jadi pendatang tanpa izin maka dengan itu silalah daftarkan haiwan tersebut hehe.

Sekarang ni Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dah sediakan khidmat untuk daftarkan haiwan kesayangan korang...kiranya depa nanti akan ada pasportlah. Ingat tuan haiwan jer yang boleh ada pasport?

Haiwan kesayangan yang dimaksudkan ialah daripada spesies kucing, anjing, arnab dan kuda. Kalau korang ada bela unta atau biawak, maaflah...nampaknya tak der dalam list haiwan yang boleh buat pasport lagi ngeee.

Boleh ke link di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Tuesday, December 10, 2013

Apa Ada Dalam Beg?

Aku jarang bawak 'handbag'. Kecuali di majlis-majlis formal atau dalam erti kata lain terpaksa sangat.
 
Pi mana-mana pun aku usung 'backpack' aku. Tak pun 'recycle bag'.
 
Janganlah pelik.
 
Handbag tak muat untuk aku isi "barang-barang" aku.
 
Masa mula-mula kawin Abg geleng-geleng kepala gak tengok perangai aku.
Dah lama kawin, Abg pun dah lali.
Terjawablah persoalan  masa pertama kali Abg bertemu aku di stesen KTM Kuala Lumpur aku sedang mengusung 'backpack' ke sana sini ngeeee.
 
Dalam backpack aku ada purse, wet tissue, payung yang boleh lipat, tab@laptop.
Dan yang paling utama aku tak pernah tinggal kamera dan satu beg hitam kecil yang penuh dengan charger untuk tab, handphone dan kamera.
 
Kalau ikut hati, tripod pun aku nak sumbat dalam backpack.
 
Masa bujang dulu, kasut pun aku sumbat dalam 'backpack'.
Tapi Alhamdulillah...masa kasut aku kena cilok di surau stesen KTM, aku ada kasut 'spare'.
 
Normal kah aku?


Sunday, December 1, 2013

Anak Kucing

Abg janji dengan Iman, kalau Iman dah tak pakai dyper Iman akan dapat kucing oren. Iman memang suka kucing oren lepas dia tengok cerita Garfield. Kebetulan sama pulak dengan aku yang suka sangat dengan Garfield yang gemuk dan pemalas tu hehe.
 
Dua hari lepas masa nak beli nasi aku ternampak seekor anak kucing oren kat tepi kedai gunting rambut. Nampak anak kucing tu macam kelaparan...kesian.
 
Abg berhenti dan ambik anak kucing tu ke dalam kereta.
 
Iman tak payah ceritalah punya seronok. Nak tergelak aku tengok Iman excited.
 
Abihnya bila aku tanya Iman nama untuk anak kucing tu, Iman dah berubah fikiran.
 
"Tak nak letak nama Garfield dah. Saya nak panggil dia Minion."
 
Pulak dah...
 
 Muka sedih dan letih...kesian.


Lepas makan Minion terus tidur. Esok nak mandikan dia.


Thursday, November 28, 2013

Kontraktor Melayu

Kontraktor Melayu 1
 
Abg minta depa mai tengok rumah, buat anggaran dan bagi quotation.
 
Dah 2 bulan berlalu....senyap.
Bila contact dok cakap nanti-nanti.
Kalau tak boleh buat bagitau sajalah. Menyusahkan orang betul.
Kami konon-konon beriya nak tolong orang Melayu.
Jawabnya lepas ni mahap ler.
Dah blacklist terus.
 
Kontraktor Melayu 2
 
Tempat kerja aku perlu pengubahsuaian. Dekat 2 bulan aku dah laporkan kepada jurutera yang berkenaan.
Kontraktor tak datang-datang.
 
Akhirnya semalam baru kontraktor datang untuk buat kerja-kerja pengubahsuaian.
Itupun setelah jurutera kejar depa dan ugut untuk terminate kontrak.
 
Apa kena dengan kontraktor Melayu ni?
Bila dah dapat projek tak nak buat betul-betul.
Kalau buat kerja pun macam melepaskan batuk di tangga.
 
Macam kat ofis aku, selesai kerja pengubahsuaian atau mengecat, depa akan tinggalkan segala simen, kotoran dan tin cat macam tu saja.
Pastu hang reportla sepuluh kali pun depa takkan datang lagi.
Mahu tak mahu terpaksa cleaner jugak angkut semua benda dan buang.
 
Aku perati kalau kontraktor Cina, walaupun sekadar tukar pintu, depa akan buat sehabis baik.
Pintu dicat dan lepas tu tempat depa kerja depa akan bersihkan.
 
Satu lagi, kontraktor Melayu suka cakap macam bagus.
Siap panggil aku dan terangkan macam-macam.
Aku hangguk-hangguk jer; tahu itu cuma cakap air liur jer.
Bila kerja siap....macam *tut*
Apa yang dia terangkan tu sikit pun tak sama macam apa yang dihasilkan.
 
Satu lagi, kontraktor Melayu suka gaji orang Bangladesh, Mynmar dan Indonesia.
Tahu sajalah kualiti kerja depa macam mana.
Pernah aku marah sorang Bangla tu yang buat cover exhaust fan macam hapa.
Nasib time tu aku ternampak masa tengah ronda-ronda.
Yang mamat Bangla ni sengih-sengih siap nak balik dah.
Padan muka kena buka balik dan buat semula semuanya.
Yang aku marah sangat si kontraktor ni langsung tak monitor kerja-kerja anak buah depa.
 
Ish, ish. Memang Layu!
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...