Pages

Wednesday, April 9, 2014

Cameron Highland : Restoren Al Raudhah (Arabian Food)

Terdapat sebuah restoren Nasi Arab yang sedap di Tanah Rata, Cameron Highland. 
Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Century Pines Resort.
Restoren ini terletak di hujung deretan kedai-kedai di situ.

Mulanya was-was jugak kami nak masuk ke situ.
Tengok takder pelanggan lain pun.
Almaklumlah Nasi Arab ni mahal, kalau tak sedap nanti kami sedih hehe.

Tapi alhamdulillah. Berbaloi. Memang sedap makanan kat situ.





Nasi Lamb Mandy yang aku order. Seperti restoren Nasi Arab yang lain, portion memang besar. Megah nak abiskan.

Aku tak ingat nama makanan ni. Daging kambing yang digoreng bersama-sama sayuran dan french fries. Sedap!

Ini Nasi Ayam Big Plate kalau tak salah aku...huhu sori tak ingat nama lagi. Tapi kata Abg dan adik iparku nasi ni pun sedap. Portion besar jugak.

Simple jer decoration dalam restoren ni.

Iman pelik tengok Acu minum air Barbican. Berkali-kali dia tanya soalan.


Tuesday, April 1, 2014

Sejuklah Anakku!

Waktu malam di Cameron Highlands dalam hujan anakku minta mahu makan aiskrim.
Dah dapat aiskrim strawberry dia tersenyum riang.
Alhamdulillah dia tak batuk atau demam keesokan harinya.

Sejuklah anakku sayangggg.....ish ish.

Wednesday, March 12, 2014

Telur Separuh Masak

Pagi-pagi kalau nak buatkan telur separuh masak selalu terbabas jadi telur rebus...tak pun telur yang  langsung tak masak haha. Apa tidaknya...rendam telur dalam air panas, tutup pastu pergi buat benda lain. Tup tup teringat telur... dah jadi telur rebus.

Akhirnya inilah yang aku buat...

Masukkan telur ke dalam mangkuk yang boleh dimikrowavekan. Mikrowave level sederhana untuk 25 saat.


Taraaa! Telur separuh masak yang sempurna.
I
Inilah telur separuh masak versi nak cepaatttt ajeee! Haha.


Saturday, March 1, 2014

Sabah : Tanjung Aru


 Tanjung Aru seakan-akan Pantai Cenang di Langkawi. Tempat tumpuan pelancong. Banyak kedai-kedai makan, bar dan kedai yang menjual cenderamata. Kami ke sini sebab teruja untuk mengambil gambar matahari terbenam yang dikatakan nombor tiga tercantik di dunia. Wow! Memang teruja.


 Boleh pilih gerai makan mana yang digemari.

 Ini kawasan food court yang terletak di hujung pantai. Ada dijual pelbagai makanan dan minuman di sini. Yang femes di Sabah ni pastilah kepak ayam. Aku cuma pesan satey ayam beberapa cucuk dan air kelapa. Masa memesan makanan tu tak ku bagitahulah yang nak air kelapa dalam gelas atau kelapa sebiji. Sekali bila air sampai...alamak kelapa sebijiklah pulak. Jenuhlah aku nak habiskan. Air kelapanya pulak tak berapa sedap...akhirnya kelapa tinggal kelapa di atas meja. Satey pun aku jamah 3 cucuk saja.

Di sebelah food court ini ada disediakan surau dan tandas

 Pantainya luas dan memanjang.

 Kanak-kanak ini aku rasa anak-anak peniaga di kawasan food court. Depa tak peduli pun orang ramai yang ada. Penat main kuda depa buka baju dan seluar togel jer terjun ke dalam laut. Abg suruh aku snap gambar..aku kata tak mo aaa hehehe.

 Kebetulan hari tu awan tebal berarak. Awan terasa amat rendah masa kami di sini.

 Orang memang ramai di sepanjang persisiran pantai. Semuanya membawa kamera. Tujuan mereka sudah pasti sama dengan kami; bergambar hehe.

 Lapangan Terbang (Terminal 2) kat sebelah tu jer. Aku kagum betul dengan pilot yang boleh landing kapal terbang elok jer tak masuk ke dalam laut hehe. Kalau aku gamaknya bawak kapal terbang tu dah lama jadi macam cerita "Aeroplane...aeroplane." haha.

Iman mencapai kepuasan tersendiri kat sini. Pertama kali dia minta izin nak main pasir aku benarkan. Apa lagi budak kecik ni...main pasir sesungguhnyalah. Kebetulan kedengaran muzik gendang Tarian Singa...Iman pun main pasir sambil menari Tarian Singa haha. Menurun sapalah gamaknya ni :P

Subhanallah...cantikkan. Sayangnya hanya ini yang dapat aku snap. Takder rezeki hari tu. Awan tebal...matahari nampak ciput jer. Aku rasa bukan aku sorang yang kecewa, ramai lagi yang kecewa nak tengok matahari terbenam hari tu. Takper...lain kali kami datang lagi hehehe.

Saturday, February 22, 2014

Makan Muntah Sendiri


Pada suatu hari tu kami sekeluarga macam biasa buat kenduri pisang pada monyet-monyet. 
Maka adalah seekor monyet ni, dok melilau sekoq-sekoq dia. Kesiann...

Aku pun bagi monyet ni pisang.
Dia makan...pastu termuntah.
Pastu dia makan balik muntah dia.

Eeeeiiww!

Mungkin monyet ni sakit sebab tu dia terpisah dari ahli kumpulan yang lain.
Dalam kumpulan haiwan, haiwan yang sakit, lemah dan kalah bergaduh akan ditinggalkan kumpulannya.

Mungkin juga monyet ni berperangai aneh dan jijik. 
Makan, muntah dan makan semula muntahnya.
Sebab itu dia disisihkan haha...

Bolehlah ganti peribahasa meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri.
Peribahasa itu ialah sendiri makan sendiri muntah dan sendiri jilat muntah sendiri.

Macam tak kenaaaaa jer peribahasa aku haha.



Thursday, February 20, 2014

Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah

Rumah yang dibina terbalik termasuk alatan di dalamnya

Kalau betul-betul ada tandas terbalik begini eeee geli.

Taman yang terbalik

Nasib baik budak kecik ni tak terbalik sama hehe.

Seriusnya aku pening kepala semasa masuk ke dalam rumah terbalik ni. Agaknya otak aku pun dah terbalik masa tu haha.
Di dalam rumah gambar tidak dibenarkan untuk dirakam.
Hanya kawasan luar rumah saja dibenarkan untuk gambar dirakam.

Harga tiket RM5 seorang.
Akan ada seorang tour guide yang akan bawa pengunjung masuk ke dalam rumah ini.

Kata tour guide rumah terbalik ni kononnya memang ada  suatu masa dahulu.
Di sebuah kampung ada seorang anak yang derhaka terhadap ibu bapanya.
Akhirnya macam sumpahanlah kot rumah semua jadi terbalik.

Aku rasa rumah berembat-rembat juga masa masuk.
Sapa yang tak tahu maksud berembat tu sila semak kamus bahasa utara hehehe.

Gambar kereta kancil terbalik pun ada tapi aku malas letak kat sini sebab ada muka Abg.

Tolong Berpada-pada

Apa perasaan anda semua bila ada kawan-kawan yang hanya menghubungi anda bila masa dia perlukan pertolongan?

Aku dah banyak kali menghadapi situasi ini. Kadang kala aku jadi bosan. Di hari biasa satu sms pun tak pernah aku terima untuk bertanya khabar, apatah lagi panggilan telefon.

Akhirnya kali ini aku buat kayu. Bukannya tak ada teksi yang boleh dia ambil, siap boleh claim lagi. Lagipun aku dalam waktu kerja, bukannya aku boleh nak keluar ke sana ke sini sesuka hati.

Aku suka menolong orang tapi aku terpaksa mengambil sikap berhati-hati. 

Cukuplah. Kadang- kadang madu yang kita beri, tuba pula yang dibalasnya. 

Friday, February 7, 2014

Bersabarlah Sahabatku...

Petang semalam aku berwhatsapp dengan sahabat baikku semasa di u dahulu.

Dia sedang serabut kepala memikirkan tentang    adiknya yang tak henti diserang sihir. Baru jer baik, kemudian tumbang semula kena serangan. Apa tidaknya, si pembuat memang berada dekat dengan si sakit. Jadi dapat dia pantau dengan mudah sebarang perkembangan diri si sakit.

Sahabatku ini beragama kristian. Aku cuma dapat berikan nasihat secara termampu. Semoga hatinya tenang semula. Pesanku, dekatkanlah diri dengan Tuhan dan sabar.

Aku faham sangat apa yang dirasakan oleh depa sekeluarga.

Nak suggest untuk depa berubat dengan Perubatan Islam dah tentu depa tak nak. Sebab kawan aku ni pengikut kristian yang taat.

Teringat cerita seorang perawat, ada satu keluarga beragama Hindu yang datang untuk dirawat. Depa dah terkena sihir bertahun dan dah merata tempat pergi berubat namun penyakit tetap tak sembuh.

Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah penyakit depa sembuh dengan perawat Islam ni. Sampai satu tahap depa dah tak kisah pasang cd Al Quran di dalam rumah. Si pesakit pula dah menghafal ayat-ayat suci Al Quran atas sebab mahu sembuh.

Moga Allah berikan hidayah buat depa sekeluarga.

Sunday, January 26, 2014

Selamat Pengantin Baru

 
Selamat Pengantin Baru buat sepupuku Nirrah dan pasangannya Mizi. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Cantik berseri-seri :)
 
Semalam baru berlangsung majlis perkahwinan sepupuku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan meriah. Yang lebih menyeronokkan time ni jerlah semua sanak-saudara yang tinggal jauh dan dekat dapat berkumpul dan bermesra.

Dalam kegembiraan ada terselit kesedihan.

Aku terkenangkan arwah Maknjang Aisyah, ibu kepada Nirrah yang tidak sempat melihat majlis perkahwinan anak sulungnya berlangsung.

Aku juga terkenangkan perancangan terhadap adik aku yang tidak berjalan seperti yang diinginkan. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Monday, January 20, 2014

Exercise Atas Tongkang

Gambar ni aku snap jarak jauh...kira macam PJJ jugak ni hehe. Masa tu aku tengah lepak dengan Abg dan Iman di tepi pantai. Pastu nampaklah ada dua tongkang besar tengah berlabuh. Pastu aku tengok dari jauh ada dua orang tengah berlari-lari.
 
Aku dengan keypohnya keluarkan kamera dan zoom. Yelah...mana tahu dorang tengah main kejar-kejar bawak pistol ke kan. Aku kan prihatin haha. Rerupanya...
 
Wah! Kagum aku dengan dua orang pakcik yang aku yakin pekerja di atas tongkang ni. Dorang tengah jogging korang....jangan tak percaya. Yang bestnya sorang pakai kasut kulit dan sorang lagi pakai selipar haha.
 
Itu tak penting. Aku respek dengan dua orang pakcik ni. Yang malas-malas exercise tu memang saja jer. Tengok! Pakcik ni atas tongkang pun boleh jogging! Korang kalau malas nak keluar rumah untuk exercise, kat dalam rumah pun boleh buat. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Cayalah pakcik hehehe. Dan saya mintak mahap sebab siar gambar pakcik tanpa izin ngeeee.
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...