Pages

Saturday, September 6, 2014

Roti Senget Benget

First time buat roti.
Tangan keras tak berseni langsung.
Walaupun roti lembut dan gebu, bentuknya out.

Korang tengok boleh.
Janganlah gelak kuat-kuat sangat.
Malu aku.



Percubaan Pertama. Senget!

Gebu

Percubaan kedua. Letak cheese dan tabur gula.

Percubaan ketiga. Bulat tak serupa bulat. 

Percubaan keempat. Sos main tuang dari botol.

Percubaan kelima. Adalah bentuk sikit.

Suka yang ni. Kecik comel berkilat. 

Banyak-banyak benda, berus dan botol sos aku lupa beli.
Maka beginilah rupanya.
Apa-apa pun alhamdulillah...menjadi.
Anak dan Abg dah suruh buat roti hari-hari.
Nampaknya biceps aku akan membesar.
Tak payah susah-susah angkat dumbell lagi.



Friday, September 5, 2014

Happy Birthday Abe Sahak!

Kek Birthday untuk Ayah!
Last week birthday Abg.
Aku tak berapa sihat...rancangan nak sediakan kek suprise untuk Abg telah terbantut.
Akhirnya anak aku yang siapkan kek daripada Playdoh untuk ayahnya.

Abg "Ni kek ka kereta kebal ni?"
Iman "Itu lilin lah ayah...apalah...tiup cepat!"




Monday, September 1, 2014

Bun

Aku la ni tengah gila buat roti bun.
Alang-alang dah pi kursus takkan nak biar ilmu berlapuk macam tu.
Maka tiap-tiap hari aku cuba praktis buat bun.
Almaklumlah aku ni bukannya pandai...yang biasa buat pun pizza ja.

Malam ni aku buat bun lagi.
Anak aku tanya "Bun ni nama apa pulak mama?"

"Bun Ki Moon."

Spontan aku jawab sebab dah terlalu mengantuk dan letih.

Anak aku terus dok menyanyi-nyanyi "Mama buat roti bun kin moon." berulang-ulang.

Hentam sajalah labu :-p

Monday, August 18, 2014

Macam Tu Nak Tangkap Rama-rama Rupanya...

Last week aku bersembang dengan seorang penyelidik senior.
Memang seronok sembang dengan 'orang lama' ni.
Pengalaman cukup banyak.

Pastu penyelidik ni tanya aku tahu dak teknik nak umpan dan tangkap rama-rama dengan mudah.
Aku manalah tahu.

Kemudian dia pun bukalah rahsia.

Korang tau apadia?

Kata dia, gunakan air kencing.
Sat ja rama-rama akan mai.

Aku spontan tergelak-gelak.

Penyelidik tu kata "Ini serius walaupun bunyinya macam lawak."

Rahsia dah terbongkar...
Cuba korang cuba, try, test tengok haha.

Tuesday, August 12, 2014

Gambar Raya Lama 1

Aku terjumpa gambar raya masa puluhan tahun yang lepas.
Gambar masa aku masih tinggal di kampung.
Aku pun dah tak tahu mana perginya kawan-kawan aku dalam gambar tu.
Indahnya saat masih kecik...

Aku, sepupu dan rakan-rakan semasa kecik.
Kami bergambar di depan rumah aku; di depan pokok ketapang yang besar.
Rindunya saat itu. Keliling kampung kami ronda kutip duit raya.



Thursday, August 7, 2014

Roti Jala Untuk Makan Malam

Petang semalam aku teringin sangat nak makan roti jala cicah dengan kari ayam dan kentang. Manalah nak cari malam-malam orang jual roti jala. Akhirnya kenalah balik kerja dan masak sendiri.

Laaa...rempah kari daging cuma ada sebungkus dalam almari. Mau tak mau aku campur sebungkus rempah kari daging dan sebungkus lagi rempah kari ikan. Sedap. Kari aku tak pakai santan. Tapi tetap pekat dan likat. Serbuk kari kena banyaklah sikit.

First time aku gunakan frying pan yang paknjang belikan untuk aku di Pasar Kemboja, Parit Buntar. Memang baguslah frying pan  tu. 

Mak ajar aku kalau buat roti jala, setiap kali dah habis menjala acuan tu kena terbalikkan supaya muncungnya tak tersumbat dengan tepung dan jadi "buta". Ha..ingatlah tu ya.

Frying Pan untuk roti jala.

 Roti jala aku lipat fesyen lama macam mana arwah mak ajar aku dulu.

 Kari ayam. Yang banyaknya kentang.

Iman di dalam wad pada pagi raya. Dia nak pakai baju raya tapi dok termenung sebab tak boleh beraya.

Iman makan roti jala sahaja tanpa kuah. Iman kata budak-budak memang makan roti jala kosong. Pandailah dia hehe.

Bila masak roti jala aku akan teringat arwah mak dan ayah. Mak selalu masak roti jala sebab ayah sangat suka makan roti jala di waktu petang. Rindunya kat depa...

Oh ya! Sekeping roti jala nilai kalorinya adalah 30kcal. Itu nilai kalori roti jala tanpa kuah kari ya hehe.

Wednesday, August 6, 2014

Ucapan Selamat Hari Raya Yang Terlewat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan moga tak terlewat.

Gambar di pagi raya. Iman yang snap. Kepala kami dah hilang! Ler...

Kami beraya di hospital.
Anak kesayangan kena serangan asthma dua hari sebelum raya.
Akhirnya kampung Abg pun kami tak sampai.
Tersangkut di hospital di pertengahan jalan balik ke kampung.

 Tangan dah dicucuk pun gigih lagi nak main tab. Pastu bising sakit jarum tercucuk hehe.

Ni mesti tengah mimpi jadi Ultraman.

Rupanya terasa kesedihan di malam raya berada di wad.
Sedih lihat keadaan anak dengan nebulizernya.
Sedih dengar bunyi takbir raya.
Sedih sebab macam-macam perancangan telah dibuat untuk memeriahkan raya di rumah mertua;
Semuanya tergendala.

Kemudian aku tersedar. 
Apa sangatlah kesedihan aku tu nak dibandingkan kesedihan rakyat Palestine.
Insaf terus.

Alhamdulillah Makndak dan Maklong sudi hantarkan juadah di malam dan pagi raya.
Terima kasih!
Sayang Makndak dan Maklong.



 Aku tak reti nak balut ketupat stail Kelantan macam ni. Macam susah jer.

Sia aka mangkuk bertingkat yang penuh juadah untuk pagi raya esoknya.

Mak mertua dan ipar-ipar juga melawat Iman di wad.
Terima kasih!

Kek yang aku tempah daripada sepupuku...kononnya nak buat suprise kat Mak Mertua. 

Menu Iman untuk Hari Raya Kedua. Kalau order sah mama dan ayah Iman yang pulun makan.

Setiap sejam Iman kena pakai Nebulizer. Moga cepat sembuh terus anakku.






Friday, July 25, 2014

Biskut Raya Lagi

Ini rupa biskut almond london yang aku siapkan untuk tempahan dari seorang rakan.
Tak sangka aku jadi ralit dok letakkan coklat dan badam tu satu persatu.

Kalau buat biskut almond london pasti aku teringat kat arwah mak.
Dulu sebelum raya mak akan buat sendiri almond london sebab adik-adik aku yang berdua tu suka sangat dengan biskut ni.

Sat ja abih kalau mak buat biskut almond london; tak dan nak hidang waktu raya.

 Anak aku dok pulun mintak nak tolong taburkan almond nibs tu. Aku kata no no no. Untuk biskut yang dia makan taburlah...takpa...mama tak marah. Pastu dia merajuk haha.

Bila dah buat biskut ni bab nak letak harga memang payah betui ler. Aku ni spesies tak tergamak nak letak harga kat kengkawan dan sedara.
Ada sekali tu aku buat chocolate chips cookies dan FOC jer pada kawan aku.
Tak reti ler...huhu.

Tau dak, awalnya aku beli paper cup colourful untuk letak biskut ni. Kononnya apa kelas ler asyik dok guna warna hitam jer. Sekali hamek ko. Bila dituang coklat, biskut jadi comot tak hengat-hengat.

Lepas tu baru aku tahu sebab apa orang akan gunakan papercup warna hitam bila buat biskut almond london haha. Ngok ngek.

Ada satu tupperware besar lagi biskut yang belum disalut coklat.
Alahai! Malasnya aku huhu.

Boleh dak aku hidangkan biskut tu togel jer macam tu?
Tu baru betul biskut almond london sebab putih gebu tanpa salutan coklat.

Yang dah salut coklat elok ditukar jer kepada nama baru, biskut almond afrika haha.
Kan baru kena pada tempatnya.

Thursday, July 24, 2014

Popia Gulung Salut Nestum Yang Sedap! Jom Beli!

Aku gamble beli popia salut nestum lagi.
Hari tu beli masyaAllah tak sedapnya...dahla keras kong.
Nak buat sendiri kuih jenis macam ni memang aku pemalas.

So, untuk raya ni aku try beli popia salut nestum lain pulak untuk dibawa balik ke kampung.
Alhamdulillah...popia ni sedap. Sangat sedaplah di mulut aku.
Rangup dan bila dah masuk ke dalam mulut tu susahnya nak berhenti mengunyah hehe.

Cadangnya untuk jamuan raya di ofis, aku nak beli lagi popia ni dua tiga balang.
Harga sebalang RM12.

Jom beli.

Tangan gegar masa snap picture. Mungkin sebab terlalu sedap makan hehe.

Beli jangan tak beli.

Monday, July 21, 2014

Bengkang Sukun aka Bingka Sukun

Hari tu adik aku ada bagi dua biji sukun. Kat rumah mak mertua adik aku banyak pokok sukun. Depa sampai tak tau nak buat apa dengan buah sukun.

Aku suka makan sukun yang digoreng. Dulu, selalu mak buatkan goreng sukun lepas tu makan cicah dengan gula. Masa di rumah bujang pula, kami goreng sukun dan cicah dengan sambal kicap. Sedap.

Di bulan puasa ni kalau buat goreng sukun sah tak berapa nak laku. Sebabnya di bulan puasa semua orang makan sikit jer. Masuk nasi dan air lepas tu perut full.

Yang aku tahu sukun ni boleh dibuat cekodok selain dari digoreng. Takkan nak buat cekodok sukun sebanyak itu. Akhirnya aku terjumpa resepi bingka sukun di internet. Kalau di utara, bingka kami panggil bengkang. Maka jadilah bengkang sukun di tengahari itu.

 Bengkang aku tak sempat nak berkerak, aku terpaksa bergegas nak masuk ke ofis semula hehe.
Sedap rupanya bengkang sukun. Lembut, lemak dan wangi. Ni rupa bengkang yang aku potong masa tengah panas-panas...nak bagi pada kawan ofis aku. Sepatutnya aku tunggu sejuk dulu baru potong...tak dan dah pun.


RESEPI : BENGKANG SUKUN aka BINGKA SUKUN
Oleh : am66 (My Resepi)

Bahan-bahan :
400 - 500g isi sukun yang lembut (kisar dengan sedikit air)
200g tepung gandum
180g gula
300mL santan (aku guna santan kotak)
4-5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (aku tak letak...bijan abis)

Kaedah :
1. Kisar isi sukun dengan sedikit air.

2. Kisar telur, gula, santan dan tepung.
3. Tapis adunan untuk pastikan tiada tepung bergentel.
4. Masukkan esen vanila dan pewarna kuning. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak atau butter (aku lenser dengan minyak sapi...wangi)
6. Taburkan bijan dan bakar di dalam oven suhu 170 darjah celsius selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.
7. Biar sejuk baru dipotong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...