Pages

Monday, November 16, 2015

Rindu Emak, Rindu Ayah

Hari ini genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

Emak meninggal dunia berpunca daripada "sepsis". Meninggal di dalam wad.

Aku tak nak kenang kembali tentang kisah itu. Qada' dan qadar perlu diterima.

Kalau terjadi pada orang bukan Islam rasanya dah lama pihak hospital akan disaman.

Ada masa aku akan bermimpi akan emak dan ayah. Mungkin akibat rindu yang teramat.

Yang buat aku selalu menangis dalam tidur ialah bila emak dan ayah seolah-olah memberitahu aku yang waktu aku belum tiba lagi tiap kali aku cuba untuk mengikut mereka di dalam mimpi.

Semoga roh emak dan ayah tenang di sana. Aku terlalu merindui mereka. Al Fatihah.


Friday, October 9, 2015

Komen

Aku suka blogwalking. Baca dan kadang-kadang aku komen.

Tapi aku takkan komen di blog yang tuan tanahnya  suka marah-marah pada orang yang komen.

Takut. Sebab aku baca blog untuk mendapatkan ilmu di samping bersantai.

Bukannya nak kena marah lepas tu aku pulak stress sorang-sorang kekeke.

Itu sebabnya bukan semua blog kita boleh tinggal komen :-P

Sambil melayan blog sambil makan ubi kayu rebus cicah kelapa itu adalah nikmat hehehe.

Wednesday, October 7, 2015

Sup Kuku Lembu

Kami buat ibadah qurban masa hari raya Aidiladha yang ketiga. Abg ada bawak balik kaki lembu dua pasang. Katanya semua orang di surau tak nak ambik kaki lembu tersebut. Depa malas nak proses dan masak hehe.





Nampak saja kaki dan kuku lembu tu aku dah surrender awal-awal. Oh! Tidak! Aku pun tak reti nak masak. Abg kata jangan paniklah. Paksu kan ada hehe. Nampaknya Paksulah jadi mangsa kena proses kuku lembu tu sebelum boleh dimasak.

Petang tu Paksu datang ke rumah kami. Paksu bawa sabut, bakar sabut sampai habis kami semua kelemasan dalam rumah dengan asap dari sabut. Puncanya silap tempat bakar sabut dan angin pulak membantu tolak asap ke dalam rumah huhu.

Paksu bakar kuku lembu sampai hitam. Err! Kuku tu dah memang hitam kan hehe. Lepas tu Paksu kupas kuku tu (hoof) sampai tinggal isi di dalam sahaja. 

Aku rebus kuku tu lebih kurang dua jam; masukkan halia yang diketuk, kiub daging, dan rempah-rempah semua.

Akhirnya siaplah sup kaki lembu. 

Rasanya?

Pergh! Sebijik macam rasa sup kaki ayam tapi versi lebih besar dan berjeli. Lepas makan aku rasa naik pening jadinya kekeke.

Nampaknya itu kali pertama dan terakhir kami akan makan sup kuku kambing. Tobat! Terlalu berlemak. Abg dah angkat tangan surrender awal-awal kekeke.

Sunday, October 4, 2015

Untuk Diri 1#

Dunia kita ingat untuk  diurus, bukan untuk kita rungsing. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Ingat pada Allah, hati akan sentiasa tenang.

Ingat pada Allah caranya ialah dengan melakukan perkara-perkara yang baik.

Monday, September 21, 2015

Nak Berjimat Tapi Tak Teliti

Niat di hati aku ni cukup bagus; nak berjimat.
Tapi bila tak hati-hati dan teliti inilah jadinya.

Konon nak order fresh orange.
Ambil menu, jari main tunjuk jer yang ada perkataan ORANGE.

Bila minuman sampai aku jadi tercengang-cengang.
"Air apa ni dik?"

"Air yang akak orderlah, orange milkshake."

Aku belek semula menu.
MasyaAllah, atasnya tercatat MILKSHAKE.
Orange tu salah satu daripada jenis milkshake tu...RM7.

"Saya pun terkejut jugak kak order. Kak orang pertama yang order Orange Milkshake kat sini."

Kawan aku cuma terkekeh-kekeh ketawa.

Aduh! Lain kali aku order air suam jerlah hehehe.

     

Friday, July 31, 2015

Originally Bangkok Tomyam, Penang

Sedap. Makan tengahari sempena hari raya. Bos tak nak makan juadah raya. Dia nak tomyam gak hehe. Apa-apa sajalah asalkan halal dan sedap.

Kedai ni baru dibuka masa Ramadhan hari tu. Harga mahal sikit daripada kedai tomyam lain di sekitaran yang sama. Tapi rasa masakan sangat sedap. Portion besar.

Jom try. Aku suka kerabu magga, ikan masak tiga rasa, sotong celup tepung yang rangup dan semualah aku suka haha. Aku memang recommend kedai ni. Tingkat atas sangat cantik dan selesa kalau nak buat event pun.

Set untuk 8-10 orang makan (RM179.00) 
- Ikan dua ekor, tomyam campur dua bekas dan air dua jug - tak muat meja untuk letak hehe.


ORIGINALLY BANGKOK TOMYAM
85, Persiaran Mahsuri 1/3 Sunway Tunas,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

014-7425070

Waktu Perniagaan: 12 tengahari - 1 pagi
(Cari guna waze jer kalau tak pernah sampai)

Tuesday, July 7, 2015

Tak Penting

Hari ini Pulau Pinang cuti sempena Tapak Warisan Dunia. Aku dan Iman jer yang cuti, Abg kerja. Muka sedih jer nak pergi kerja hehe.

Cadangnya aku nak ajak Iman buat biskut. Harap-harapnya jadilah. 

Sahur tadi aku dah left satu lagi whatsapp group ;-p Aduh...usahlah lagi add aku dalam group. Aku tak gemar. Bersembang ramai-ramai sampai tak tahu hujung pangkal haha. Aku dah mohon kebenaran dengan admin group untuk left group tapi tak diizinnya. Tapikan masa dia add aku dalam group pun dia tak pernah mohon kebenaran aku pun kann...

Esok aku dah mula bekerja. Malasnya...macam nak suruh Abg tarik pergi kerja saja hehe. Aku rasa Abg pun dah lebar telinga dengar aku merengek-rengek tak nak ke tempat kerja. Tapi pergi jugak kerja...buat juga kerja. Agaknya sampai pencenlah kot hehe. Merepek betul.

Oklah nak pergi buat biskut. Jangan aku dan Iman tertidur depan oven dah lah. 

p/s" Tengah fikir benda-benda yang menyeronokkan yang nak buat ke ofis esok ;-)"

Monday, July 6, 2015

Dugaan Ramadhan

Pejam celik rupanya kita dah tinggal beberapa hari saja lagi nak sambut raya. Sayu rasa hati nak tinggalkan bulan Ramadhan ini.

Antara dugaan aku di bulan puasa ini ialah aku terkena sakit mata. Tiba-tiba teringat apa yang pernah Prof. Muhaya katakan dalam program Motivasi Pagi di radio IKIM huhu. Cepat-cepatlah beristighfarkan...

Asalnya aku ok-ok sahaja. Tetapi selepas aku pergi melawat ke sebuah fasiliti yang dalam fasa renovation terus mata, kerongkong dan hidung aku terkena infection. Aku ini memang manusia yang allergic pada certain benda. Kebetulan bangunan tersebut sistem air-condnya rosak, ventilator juga rosak. So, faham-fahamla bagaimana keadaan dalam bangunan tersebut. Kerosakan pulak dah memakan masa selama lebih setahun. Uhuk, uhuk.

Bila dah sakit mata, nak solat yang teruji betul...saat sujud seperti nak terkeluar kedua belah biji mata. Apa lagi solat terawih. Aduh, aduh. Tapi sabar...itu semua dugaan Allah. Doanya dua insan dalam rumahku itu tak berjangkit sama. Amin.

Puasa kali ni memang rare. Asyik membeli makanan saja. Tak sempat nak masak. Tapi belinya cuma di gerai bukan di Pasar Ramadhan. Alhamdulillah Iman tak banyak songel. Dapat nasi Upin Ipin dia dah OK! Nasi Upin Ipin ialah nasi putih bersama ayam goreng jer hehe.

Satu lagi, puasa ni orang dok asyik merungut panas, dahaga. Alhamdulillah aku rasa macam biasa. Maybe aku dah ubah tabiat meminum air. Masa sahur aku minum air masak secukup-cukupnya. Jadi sepanjang hari badan aku kurang terhidrat.

Raya kali ni balik Terengganu lagi, insyaAllah. Doanya segala perancangan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah. Ingat lagi last year kami beraya di Hospital KPJ Kota Bharu, huhu memang sayu abis.

Sabtu ni ada jamuan berbuka puasa di surau. Ada makanan diorder, ada potluck. Emm...aku dok pikir-pikir apalah juadah yang sesuai untuk dibawa. Ada idea tak? :-)

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kita semua.

Anakku dah mula berpuasa. Alhamdulillah. Tahan sampai pukul 4 petang untuk permulaan. Kami tak minta dia berpuasa. Dia yang dengan rela hati mahu belajar berpuasa. Sampai pucat muka dia masa aku ambil di tadika. Terkejut aku bila cikgu cakap Iman langsung tak nak makan sebab nak berpuasa.

Hihi...wahai anakku :-)


Wednesday, June 10, 2015

Esen Vanilla

Tak lama lagi dah nak berpuasa...seronoknya.
Tak sabar.

Antara perangai aku sebelum start bulan Ramadhan ialah...
Pi pasaraya dan kaut sebanyak mana esen vanilla yang ada.

Aku dah belajar dari tahun-tahun sebelumnya.
Masa Ramadhan, memang susah nak dapatkan esen vanilla.

Kawan aku selalu pelik kenapa aku ambil banyak sangat esen vanilla.

Bila dah start puasa, dia pulak garu kepala bila nak beli esen vanilla tapi langsung tak ada di pasaraya hihihi.

Strategi kena ada kan... :-P




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...