Pages

Sunday, February 28, 2016

Happy Birthday!

Tengahari semalam kami 3 beradik berkumpul makan-makan sempena menyambut hari kelahiran masing-masing. Pandai arwah mak dan ayah...birthday kami bertiga semua dekat-dekat tarikhnya hehehe. Kebetulan anak aku juga lahir dalam bulan yang sama.

Bila ahli keluarga semua makin bertambah memang seronok sesekali berkumpul. Makan tu hanya sampingan. Yang seronoknya bercerita dan mengeratkan silaturrahim.

Doaku semoga Allah panjangkan hubungan baik kami 3 beradik ini hingga ke syurga, amiin.




Wednesday, February 10, 2016

Barang Antik


Ada orang minat mengumpul koleksi barang-barang antik seperti basikal di dalam gambar di atas ni. Tapi aku tak pasti depa nak buat apa dengan basikal-basikal ni.
Sarang labah-labah penuh haha.

Monday, January 18, 2016

Banyaknya benda aku nak coretkan di sini tapi tak sempat huhuhu.

Kesibukan melanda.

Tuesday, December 22, 2015

Cuti Panjang :-)

Hari ni genap seminggu aku bercuti.
Bercuti lapang dan tenangkan fikiran dari memikirkan tentang kerja.

Tapi betul ke tu?

Di sebelahku dah tersusun LPP untuk dinilai.
Emm...

Rasa tenang bila tak perlu masuk ke ofis.
Hati ceria. Banyak perkara boleh dibuat kat rumah.

Yang paling penting bila bercuti ni aliran wang yang keluar sangat minima.

Kata Abg "Ayg berhenti kerja teruslah. Seronok bila balik kerja semua dah tersedia. Wang pun jimat."

Haha...nampak sangatla aku ni kaki beli jajan tiap kali pulang dari kerja.

Bila dihitung semula, lebih kurang sehari RM50 aku habiskan tanpa aku sedar. MasyaAllah.

So...hehehe.

 Pancake letak choc chips

 Choc chips dah hangit bila diterbalikkan pancake! Kikiki.

Pancake lobang-lobang...aku sendiri geli tengok. Tapi anak kata sedap dan dia habiskan semuanya!

Monday, December 21, 2015

BinBakarFriedChicken

Semalam adik aku belikan ayam goreng BBFC (Bin Bakar Fried Chicken).

Adik aku asyik dok cerita ayam BBFC di Guar Perahu sedap sangat sampai dia dah tak makan KFC kalau sekadar nak makan ayam goreng.

Okayyyy...meh belikan aku 3 ketul. 3 ketul sebab ada tiga insan dalam rumah aku kan hehe.

Oh! Memang sedap rupanya BBFC ni. Adik aku hantar ayam goreng tu waktu petang (BBFC start berniaga jam 5 petang) dan kami hanya sempat makan waktu malam lepas balik dari rumah sepupuku.

Ayam goreng BBFC masih rangup dan sedap.

Sebijik rupa ayam goreng KFC :)

Okay...aku akui baik beli BBFC yang seketul RM2 kalau nak bandingkan dengan ayam goreng KFC. Berbaloi. Lagipun kalau beli set ayam goreng KFC, biasanya yang dimakan cumalah ayam goreng dan roti bun. Side dishes yang lain tu masuk tong sampah huhu. Pembaziran.

Sunday, December 6, 2015

Pemimpin Transformational

Apa itu pemimpin transformational?

Perkataan 'transform' bermakna 'mengubah sifat'. Sebagai contoh, kita dapat mengubah sifat seekor 'keldai' sampai bertukar menjadi seekor 'kuda'.

Pemimpin transformational adalah pemimpin yang dapat mengubah sifat-sifat mereka yang di bawah kepimpinannya, sehingga mereka menjadi individu-individu yang 'baru', bukan lagi individu macam sebelumnya.

~Ainon Mohd~

Sunday, November 29, 2015

Mini Cupcake


Mini cupcakes ni bukan sahaja cantik tetapi sedap! Nama-nama yang digunakan pun menarik dan senang nak ingat.

Bila makan mini cupcake taklah rasa bersalah sangat hehe. 

Boleh dapatkan mini cupcakes sedap ini di Aeon Ipoh. Cer try tengok. 

Saturday, November 28, 2015

Alemy Meggi Ketam - Kelantan





Makan megi ketam di Kelantan. Sepupu aku belanja. Terima kasih!

Rasa meginya biasa-biasa sahaja. Ketam memang besar. Tapi lecehnya nak makan.

Nak makan megi lagi, nak kopek ketam lagi. Huhu.
Cukuplah sekali aku dah try.

Sapa yang rajin makan berlemoih-lemoih silakanlah hehe.

Saturday, November 21, 2015

Nasi Arab atau Nasi Kandar?

Sekarang ni banyak sungguh kedai/gerai yang menjual Nasi Arab.

Tapi aku keliru bila ada sesetengah tu yang Nasi Arabnya sama serupa macam Nasi Kandar.

Lauk-pauk confirm lauk Nasi Kandar cuma nasinya saja yang ala-ala Nasi Bukhari atau Nasi Beriyani.

Aku keliru betui ler...

Nasi Arab di Sg Dua...Nasi Arab ke ni? hehe

Monday, November 16, 2015

Rindu Emak, Rindu Ayah

Hari ini genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

Emak meninggal dunia berpunca daripada "sepsis". Meninggal di dalam wad.

Aku tak nak kenang kembali tentang kisah itu. Qada' dan qadar perlu diterima.

Kalau terjadi pada orang bukan Islam rasanya dah lama pihak hospital akan disaman.

Ada masa aku akan bermimpi akan emak dan ayah. Mungkin akibat rindu yang teramat.

Yang buat aku selalu menangis dalam tidur ialah bila emak dan ayah seolah-olah memberitahu aku yang waktu aku belum tiba lagi tiap kali aku cuba untuk mengikut mereka di dalam mimpi.

Semoga roh emak dan ayah tenang di sana. Aku terlalu merindui mereka. Al Fatihah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...