Pages

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha buat sedara-mara dan teman-teman.

Nampaknya kali ni tak dapat balik Ganu. Kalau beraya di sana memang meriah. Penat dok merencah daging buat satey. Aduh sedapnya....Abg dan adik ipar lelaki pulak berpeluh-peluh membakar satey.

Yang paling best boleh hirup singgang daging bila beraya di rumah sedara-mara sebelah Abg. Kalau kat Penang tak merasalah singgang daging ni.

Raya kali ni kami tak ke mana-mana disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan. Kami duduk di rumah saja; rumah Tok pun tak akan pergi. Rumah Kak Ina pun tak boleh pergi.

A'a dunia aku sejak beberapa bulan lepas ialah bilik tidur yang panas tu lah. Tapi tak apa....berkorban :)

Monday, November 23, 2009

Cobaan

Kali ni tak ada hadiah untuk 'anniversary'.
Sebab aku dah dapat hadiah berehat secara 'total' di dalam wad.
Dan abg beri 101% perhatian untuk jaga aku.

Terima kasih buat Mak dan juga Mak Mertua aku yang menjaga aku dengan baik.
Mak Mertua aku yang tersengguk-sengguk menunggu aku di wad.
Setia picitkan kaki, tuam air panas sampai berjam-jam bila aku mengerang kesakitan.
(Alhamdulillah, aku bertuah mendapat ibu mertua yang cukup baik).

Kaki aku dah macam sayur layu.
Sakitnya Allah saja yang tahu.
Aku cuba gagahkan diri untuk berjalan tapi tak mampu.
Habuannya tulang belakang dan kaki aku direntap macam terkena kejutan elektrik.

Nasib baik ada 'wheelchair' arwah tokwan. Dapatlah aku ronda-ronda dalam rumah.
Tapi itu pun haru jugak dengan Mone dan Miki yang jadi pengiring tak rasmi aku.
Padahnya seekor kena tindih kaki, seekor lagi kena tindih perut. Ish kesiannya...
Aku bukan nampak depa kat bawah....sori.

Cobaan....

Monday, November 16, 2009

Just For You





Just For You "Sahak".



From Your Love "Ketam".


Thank you for being my lovely patner for 9 years.
Till now, I still crazy for you my dear.

Sunday, November 15, 2009

Sendiri

Dalam hidup ini sebenarnya kita bersendirian.
Menanggung kesakitan, kesedihan, kegembiraan dan keperitan.

Mati nanti juga kita akan bersendirian.

Bersendirian....

Maka belajarlah hidup sendiri. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain.
Jangan terlalu bermanja-manja.

Monday, November 9, 2009

Monday, November 2, 2009

Badan Ada Bau Juga!



KUALA TERENGGANU: Body odour, humdrum sex and boring pyjamas have been blamed for the high divorce rate in Terengganu and the state government is coming up with innovative ways to improve sexual relations, especially among newly-weds.


Top on its list is to invite cosmetic firms to introduce exotic and sensuous fragrances that can arouse sexual desire.

And husbands and wives are being encouraged to bathe together.

State Religious and Information Committee deputy chairman Muhammad Ramli Nuh believes that these moves can curb the divorce rates among young couples.

He told The Star yesterday that at least three in every 10 marriages in the state end in divorce, adding that separation was now the prevalent trend among couples aged between 25 and 30 years.

Muhammad Ramli said couples who had been married for less than five years and were on the verge of separation had told counsellors that routine sex and body odour were the main reasons for them to want to break up.

He said he was bewildered that some of these couples said their spouses’ old-fashioned pyjamas – sarong and t-shirt – and bad smell during intimate moments made their sex life monotonous or turned them off completely.

“I know of one case where a separation was triggered just because the spouse smelled of fish crackers,” he said.

As such, he said the state government – through state Family Development Board – was asking cosmetic firms to introduce special perfumes for the couples so they could “sustain their relationships, hopefully for eternity.”

Muhammad Ramli said married couples should bathe together to make their relationship more exciting.

“I met this elderly couple in Kelantan, they bathe together although they are grandparents; they enjoy a blissful marriage, this is when I mooted the idea where this method could be introduced as part of the pre-marital courses conducted in the state,” he said.

Muhammad Ramli said the state government was also sourcing for consultants to provide grooming workshops.

“This workshop is not only meant for the wives but also to provide men with tips on how to be attractive to their spouse at all times,” he said.

He said these consultants could also suggest the right lingerie to be worn.

Muhammad Ramli added that the state government had engaged marriage consultants to mediate between feuding couples.

credit : The Star


Emm kalau kat Penang pulak bercerai sebab tak tahan bau kari kot...hari-hari kari....
Macam-macamlah bila hati dah tak suka.

Tapi perkara remeh-temeh dalam rumahtangga kalau dibiarkan memang akan jadi punca perselisihan yang besar.

Kena wangi-wangilah lepas ni :)

Thursday, October 29, 2009

Kerjaya Silih Berganti 3


Pekerjaan ketiga aku ini mengajar aku erti sebenar perkataan "kuli Batak". Daripada mulanya hatiku ikhlas terus jadi hampas.

Itu bukan masalah. Ini semua pengalaman. Bukan senang mahu dapat pengalaman jadi "kuli Batak". Sampai masa, aku tahu, aku perlu mengundur diri.

Aku perlukan ketenangan.

Malas pula aku nak cerita kerjaya ketiga ini.
Takut-takut aku hilang pertimbangan dan siapkan patung vodoo.
Yang mungkin aku akan rendamkan patung vodoo itu ke dalam lubang tandas.
Biar orang tersebut berbau busuk selamanya.
Kejam pulak aku.

Wednesday, October 28, 2009

Kerjaya Silih Berganti 2



Aku berhenti saja kerja di selatan tanahair terus aku dapat kerja di Penang. Atas pertolongan kawan akulah aku dapat kerja tersebut. Walaupun kerja kontrak, aku tak kisah. Asalkan aku terus dapat bekerja.

Kerja kali ni memang aku idam-idamkan. Banyak 'field work'. Maksudnya tidaklah aku terperap di pejabat setiap masa. Macam kerja pertama aku jugak. Ada masa aku terpaksa berpanas, bersengkang mata.

Tiap-tiap bulan mesti 'outstation' untuk buat 'sampling'. Walaupun aku masa tu tak dapat 'claim' satu habuk pun. Memang aku kerja ikhlas betullah. Tak kira Sabtu atau Ahad.

Gaji aku memang sikit sangat-sangat. Aku dibayar ikut gaji budak lepasan SPM. Jangan tak percaya. Tapi tak ada pula aku nak memilih. Yang penting pengalaman yang aku dapat.

Janji bos baruku dia mahu serapkan aku terus ke jawatan tetap. Tapi katanya aku harus bersabar.

Aku sebenarnya dah merangkap jadi macam 'Personal Assistant' pada bosku. Rakan-rakan yang bekerja sekali denganku ada juga lafazkan simpati atas nasib aku. Sudahla gajinya ciput, kerja boleh tahan. Bila aku beritahu pada kawan yang 'recommend' kan pekerjaan ini pada aku, dia pun terkejut. Banyak kali juga dia 'sound' bos aku suruh bayar aku lebih. Tapi alasan bosku, tak cukup duit. (kawanku itu setaraf dengan bosku, bolehla main 'sound-sound' saja).

Aku 'enjoy' bekerja bila dapat buat 'sampling' di kawasan-kawasan terpencil. Lupa pasal gaji dan penat. Satu saja yang buat aku cuak. Bila mahu buat 'sampling', biasanya kami akan menaiki bot. Semua orang berlenggeng tak pakai 'life jacket'. Aku yang tak pandai berenang ni hanya mampu berdoa banyak-banyak. Aku tahu yang lain-lain tu memang hebat berenang. Tu yang dorang selamba jer.

Sampai satu masa, rakan yang bekerja kontrak denganku mula mengorak langkah mencari kerja tetap yang lebih menjamin. Aku turut serta. Dalam hati niatnya saja suka-suka. Aku masih berpegang pada janji bosku. Yang seorang lagi pulak nekad mahu terus sambung kontrak sampai terus diserap ke jawatan tetap.

Aku dipanggil temuduga di Putrajaya untuk jawatan dalam kerajaan. Aku hadir juga walaupun aku hatiku berat mahu terima kerja tersebut. Dengan alasan takut kena 'blacklist', aku dan Abg 'terbang' malamnya dan balik selesai temuduga. Berat bagiku untuk menerima jawatan tersebut kerana setiap 5 tahun aku akan dipindahkan di mana-mana negeri di Malaysia ini. (Syukur, kawan yang terima jawatan tersebut dah 3 kali pindah dalam tempoh 6 tahun). Aku perlu fikirkan tentang suamiku. Berjauhan bukanlah sesuatu yang baik untuk perhubungan jangka masa panjang. Banyak perkara mungkin terjadi.

Dalam jangka masa aku bekerja kontak ini juga, Mak selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, tak sia-sia aku berhenti kerja dulu. Aku dapat menjaga Mak di rumahku.

Kali ini permohonan kerja yang aku kata suka-suka saja itu berjaya. Aku mula serba-salah. Mahu terima atau tidak. Jika aku terima jawatan tersebut, aku akan bekerja tetap dalam perkhidmatan kerajaan dan dapat terus menetap di Penang. Masalahnya aku tidak suka akan kerja tersebut (ya, memang betul...aku gatal tangan memohon masa tu). Abg dan keluargaku memang marahkan aku sebab memohon kerja yang menyimpang betul daripada kelulusanku.

Rakan yang memohon bersama-sama denganku turut berjaya mendapatkan kerja tersebut. Rakanku berkata ini kali keempat dia memohon baru dapat. Tak puas hati betul dia pada aku kerana sekali memohon terus diterima. (nak buat macam mana...dah rezeki kan).

Akhirnya aku buat solat isthiqarah. Tiga kali aku mendapat jawapan yang sama. Aku harus berhenti kerja kontrak dan terima jawatan baru itu. Aku ikut saja petunjuk yang Allah dah beri. Moga ada rahmat buatku.

Bosku terus memujukku. Aku cuma mampu tersenyum. Aku terpaksa. Aku perlu teruskan perjuangan untuk hidup dan membantu keluargaku sedikit-sebanyak.

Akhirnya sekali lagi aku berhenti kerja dan terus bekerja di tempat baru. Setelah 3 tahun bekerja, rakanku yang tekad untuk menyambung kontrak dengan harapan diserap ke jawatan tetap itu ada menelefonku. Dia juga telah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain. Memang dorang tidak menunaikan apa yang dorang janji. Dan pada masa itu, aku rasa teramat lega. Tidak silap keputusan yang aku telah buat.
Bersambung....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...