Pages

Wednesday, May 16, 2012

Buku

Anakku merenung ke arah Pulau Jerejak (gambar ini ada kaitan dengan entri; baru sampai dari KL terus berehat di QB)
2 minggu lepas aku ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ramainya manusia. Berhimpit-himpit, tergesel-gesel. Ish, rimas pulak jadinya. Berada di satu-satu booth tak boleh lama sebab manusia bertolak-tolak. Aduh, potong stim aku yang membuak-buak perasaan tengok buku-buku yang banyak. Kalaulah semua buku tu aku yang punya. Hahaha....aku kaya, aku kaya! Opps!

Sejak kecik aku memang hantu buku. Makan pun sambil baca buku. Mak kata aku mengikut pak sedara aku yang satu tu.... Mak selalu ingatkan aku "Baik-baik! Satgi tercekik tulang!"

Mana taknya, mata ke buku, tangan kanan saja yang suap ke mulut. Serius, aku main rasa jer dengan hujung jari nasi, lauk dan sayur dalam pinggan pastu terus suap masuk mulut. Nasi paling sedap bila dimakan dengan buku. Tak percaya cubalah hehe.

Selain dari buku yang banyak di rumah sebab ayahku suka membaca, kat rumah tok dulu banyak sangat buku-buku Tokwan, mak dan pak sedara. Aku kecik lagi time tu tapi aku dah belasah baca buku "Badai Semalam", "Salina", "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", "Pribadi", "Hikayat Hang Tuah", "Ranjau Sepanjang Jalan" dan banyak lagi. Buku-buku Pakngah yang baru balik belajar dari Mesir pun aku baca hehehe. Buku-buku perubatan. Tapi terus-terang aku katakan ada jugak aku tak faham buku yang aku masa baca tu especially Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan tu. Haha. Sekarang kalau tak faham lagi tak tahulah.

Sambung citer di PWTC. Niat nak beli buku anak, ayah dan mama. Yang dapat cuma buku anak dan mama. Ayah dapat penat dukung anak dan poket rabak dipau oleh mama. Nasib ler, sapa suruh janji, kan. Dah janji kenalah menunaikannya. Kalau tidak, ayah pun sama macam ahli politik sebelum menang pilihanraya hehe. Lepas pilihanraya, habuk pun takdak. Lagipun ayah jarang baca buku, asyik dengan komputer jer. Biarlah mama saja yang memanfaatkan peluang yang ada :p

Dalam 13 buah buku jer termampu beli. Nak kata murah sebab ada diskaun tak lah jugak. Setakat 10% tu apalah sangat berbanding kos datang jauh-jauhkan. Tapi keseronokan melihat buku melimpah-ruah tu yang best. Perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Salah satu buku yang dibeli.
Buku Ustaz Hasrizal tu dah aku khatam pun. Bagus isinya. Banyak teladan dan pengajaran yang dapat diambil dari buku ini biarpun Ustaz Hasrizal pun tua dua-tiga tahun saja dari aku. Nasihat-nasihat serta pandangan yang matang dan praktikal dalam menguruskan rumahtangga menurut Islam yang disampaikan secara selamba. Tak membebankan otak tapi banyak yang menyerap ke dalam fikiran. Aku cintakan buku ini.

Novel-novel cinta pun banyak tapi aku tak berminat nak beli. Entah kenapa, sejak dari remaja aku lebih tertarik dengan buku-buku kemanusiaan, motivasi, keagamaan dan komik. Novel cinta ada jugak baca tapi kurang. Macam membosankan.

Buku-buku lain malas pulak aku nak ambik gambar. Aku dah jadi pemalas nak upload gambar. Ok itu saja citer untuk kali ini. Daaa.

Tuesday, April 24, 2012

Suka Berebut

Tak faham. Kenapa cayanunalif suka berebut? Suka potong queue dan buat muka berlagak. Agaknya orang Melayu macam aku ni baik hati atau tak suka cari pasal atau pengecut untuk mempertahankan hak sendiri dengan alasan tak nak kecoh-kecoh.

Insiden suka berebut terbaru tahun 2012 ialah semasa aku nak check-out dari hotel di Langkawi dan semasa nak bayar roti di Giant.

Insiden pertama. Aku sedang menanti di lobby hotel untuk check-out. Masa tu receptionist sedang sibuk melayan guest yang nak check-in. Bila selesai urusan check-in tu tak sempat aku buka mulut, datang 3 orang cayanunalif perempuan muda potong queue kata nak check-out. Agaknya mata depa tu rabun, tak nampak aku dok tercongok tunggu giliran. Ataupun depa tu kurang akal dan didikan tak reti nak queue waktu nak berurusan di kaunter. Aku rasa kepala aku panas.

Insiden kedua. Aku beli roti. Masa pilih-pilih roti ada seorang cayanunalif perempuan tua dan cucunya lingkungan umur 4-5 tahun. Selesai pilih roti aku ke kaunter untuk bayar. Tiba-tiba perempuan tua ni datang dan potong queue aku terus ke depan dah sama dengan cashier. Kurang akal betul. Dah ler muka masam mencuka macam aku pulak potong queue dia. Amboi banyak cengkadak.

Tapi itulah. Aku ni memang senyap jer. Bukan apa, malas cari gaduh. Aku tahu angin aku, selagi aku boleh bersabar, aku sabar untuk perkara-perkara kecil macam tu. Kalau rakan aku A....eemmm mati kena jerkahlah cayanunalif tu. Masalahnya aku ni jerkah-jerkah taklah kot. Kang aku bagi buah tangan sebijik kat pipi depa. Tak pasal-pasal masuk balai. Yolah angin manusia ni mana sama. Ada cakap mulut kencang aksi tak berapa. Aku pulak terbalik keadaannya. Tak baik sungguh kan?

Sunday, April 1, 2012

Hari-hari yang panjang

Salam semua. Hari-hari mendung sudah berlalu. Getir betul fikiran dengan pelbagai keresahan datang sekaligus dalam diri. Alhamdulillah, kini saat menenangkan fikiran. Redha dan terima apa saja jalan yang telah ditetapkanNya.

Alhamdulillah, Iman juga telah pulih dari demam dan ulcer yang panjang; seminggu...lama tu. Aku dan Abg turut keletihan di kala anak sakit. Tidur tak menentu, kerja pun tak menentu. Dengan ragam Iman yang sungguh mencabar kesabaran. Ya, dia sakit dan tidak pandai menyatakan kesakitan itu lalu diterjemahkan dalam bentuk tangisan dan lentingan badan yang boleh buatkan aku pun terduduk semasa mendukung Iman. Bayangkan kalau ada dua ulcer tumbuh dalam mulut, itu dah buat aku tak boleh senyum. Dalam mulut Iman penuh dengan ulcer, di lidah langit-langit, tekak, bibir dan pipi. Aku boleh bayangkan kesakitan yang Iman rasa. 3 hari Iman tak mahu makan dan minum. Aku menangis. Sangat pilu bila lihat kanak-kanak sekecil itu sakit. Dengan demam yang tak mahu kebah.

Seminggu sebelum itu berita diterima bos yang amat aku hormati akan berpindah ke tempat lain. Itu juga buatkan hatiku sedih. Mahu dapat bos yang sebaik itu sangat sukar. Seorang yang sangat memahami, bertanggungjawab dan sentiasa memberikan motivasi kepada staf-stafnya. Bos ada beberapa kali mengajak aku bekerja di tempat barunya. Tentu saja aku suka. Tapi bila memikirkan keluarga, itu yang utama. Biarlah aku di tempat lama; menanti ketua yang bagaimana pula akan tiba. Doanya bos baru terbaik seperti bos aku ini, insyaAllah.

Rumah. Mulanya kata sepakat telah dicapai antara aku, abg dan adik-adik....aku mahu pindah rumah. Jual rumah sedia ada dan beli rumah baru. Hati masih sayangkan rumah ini, rumah atas tanah yang pasti sukar diperolehi lagi kalau dah di jual di Pulau Mutiara ini. Tak ada sejuta dalam tangan, bermimpi sajalah. Lagipun rumah ini sajalah kenangan dan peninggalan dari arwah mak yang aku ada. Setelah berbincang panjang bersama beberapa mak dan bapak sedara, aku mengambil keputusan untuk terus menetap di sini. Sekarang urusan merancang untuk buat pengubahsuaian pada rumah sedia ada. Kalau ikutkan rumah ni dah cukup selesa untuk kami bertiga, malangnya pelan dalaman rumah ni macam tak sesuai. Menjadikan rumah sempit dan Imanlah yang selalu resah, nak ajak main di luar. Yang lebih sulit kalau ada tetamu nak datang. Aduh, tak selesanya rasa.

InsyaAllah harap semuanya berjalan lancar. Esok aku akan mula bekerja. Doa ku ada cahaya buat kami sekeluarga :)

Wednesday, February 8, 2012

Belut Masak Paprik

Tadi tengahari aku ke Giant. Cadangnya mahu beli ayam untuk dimasak malam ini. Selesai beli ayam, aku ambil kerang dan mundar-mandir di depan tempat ikan. Sekonyong-konyongnya (wahaha) aku ternampak si penimbang ikan sedang sibuk memotong belut, 2 ekor.

Wow! Belut! Sedapnya!

"Belut ka tu?," tanya aku untuk kepastian.

"Ya," pendeknya jawapan orang tu.

"Saya nak!," kataku penuh keyakinan.

"Tak boleh kak, ni orang punya, kak pilihlah belut lain dalam tong tu," balas orang tu sambil senyum-senyum.

Alamak! Malunya aku, nampak belut dah lupa diri. Kawanku ketawa  melihat perangai gelojoh aku.

Sekilo belut lebih kurang RM20++ Mahal kan. Aku ambil seekor saiz sederhana, RM8.66. Kalau di kampung suamiku belut ni lebih murah. Tapi tak sanggup aku nak beli bila tengok depa jual belut hidup dalam plastik yang diisi air. Eeee gelila. Tadi masa orang tu siang pun aku dah siap pesan suruh dia nyahkan kepala belut tu jauh-jauh. Macam kepala ular jer. Kawanku pulak dah terjerit kecil tengok macam mana belut dimatikan. Letak belut dalam plastik, ketuk kepalanya, keluarkan, belah perut dan buang isi perutnya, basuh. Eeee ngilu, ngilu. Sepanjang proses tu aku alihkan pandangan pada kerang.

Akhirnya malam ni, dinnerlah kami kerang rebus cicah sos cili bersama belut masak paprik. Sedapnya. Yang mengajar aku makan belut sepupu aku yang tinggal di Kelantan, isteri  si telingaterbang (telinga pun boleh terbang? aneh kui kui). Cakap banyak tak mau...tengok jerlah gambar di bawah ni :-)

Isi belut yang telah dibersihkan dengan air beras

Belut masak paprik...sedapnya (walaupun hangpa nampak tak sedap :-p)

Saturday, January 28, 2012

KangkungKu


Kangkung

Bunga Kangkung

Daun Kangkung yang segar dan gemuk macam aku heee.
Alhamdulillah...kangkung yang ditanam oleh ibu mertuaku dah boleh petik hasilnya. Ini gara-gara teruja Paknjang tanam kangkung hari tu la hehe. Yeay! Boleh buat cucur udang kangkung. Selain kangkung kat rumah aku ada serai, pandan dan bunga kantan (dan rumput dan lalang...bila dekat-dekat hujung bulan haha).

Kangkung ni kangkung hasil penyelidikan kat tempat aku. Tu yang gemuk dan segar. Adalah jugak sikit-sikit ulat makan, tapi it's ok...itu bermaksud kangkung ni bebas dari pesticide...Lagipun apa salahnya aku kongsi kangkung dengan ulat, ulat pun nak makan per hehe.

Terus jadi semangat nak tanam sayur-sayuran lain pulak. Err...nak tengok kebun aku? Tak perlu kot. Nanti korang tak dapat bezakan mana sayur mana rumput haha. Chaoz.

Friday, January 27, 2012

Astaghfirullahalazim! Tudung Muslimah Ada Gambar Sx

Tentu anda semua ingat ini gambar pada t-shirt. Tak...ini gambar yang terdapat pada tudung muslimah. Terkejut? Ya, aku lebih terkejut. Tatkala dok belek-belek nak beli tudung, ini yang aku jumpa. Sempat aku snap gambar.

Rosak....rosak.
Apa motif pembuat tudung ini? Label tudung ini kira bukan kecil-kecilan punya pengeluar. Kata si penjual, kalau mahu beli kain tudung jenis macam ni yang original...inilah pengeluar aslinya. Aku juga terfikir, apa tujuan penjual yang sudah semestinya beragama Islam menjual tudung sebegini. Terlepas pandang? Mustahil.

Jadi untuk anda semua, semasa membeli tudung...beleklah betul-betul corak di kain tudung tu. Dalam dunia yang cacamarba ini, tidak mustahil Islam cuba diperlekehkan dalam pelbagai cara.

Wednesday, January 25, 2012

Mann

Aku bukan peminat citer Hindustan. Tapi kalau citer Mann ni dah berapa kali aku tengok sejak zaman aku study di u dulu. Meleleh gak air mata setiap kali citer abih. Bagi aku citer ni lain dari citer Hindustan yang biasa-biasa tu. Lagunya pun sedap di dengar. Cuma part seksi meksi tu tak payah ler tengokkan hehe.

Alahai, TV2 tengah tayangkan citer Mann....mengimbau zaman aku masih kurus kering dan lone ranger dulu hehe.

Tuesday, January 17, 2012

Pameran Karakter Animasi Jepun...best best


Wah aku teruja ni! Anda minat Doraemon, Ultraman, Hello Kitty atau Sailormoon dan watak-watak yang seangkatan dengannya? Apa tunggu lagi. Jom ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM Pulau Pinang.

 Ada pameran karakter animasi Jepun bermula 16 Januari 2012 sehingga 4 Februari 2012. Eee.... aku  yang lebih-lebih terexcited memandangkan aku minat kartun walaupun dah tua tahap elok tengok Tanah Kubur di Astro Oasis jer kui kui kui.

Jom ramai-ramai! Maklumat lanjut sila klik di sini : Doraemon dan kawan-kawan

Monday, January 16, 2012

Bee Sting

Alhamdulillah...kena lagi. Kali keempat dah ni. Mula-mula aku macam macho...rileks...tepis-tepis chewah. Sekali...ambik hang. Bengkak muka macam alien uwaaaaa. Baru nangih macam budak kecik. Rupanya bisa lebah ni ambik masa lama untuk tersebar.

Petua-petua yang aku dapat dari internet nampaknya sudah terlambat untuk diamalkan. Tapi takperlah untuk manfaat semua, aku catatkan di sini semua petua-petua yang dapat aku kumpulkan :

  1. Letak tahi hidung (adik dan kawan aku punya petua) - ambik tahi hidung dan sapu tempat kena sengat. Tahi hidung sendiri. Tapi aku tak sampai hati nak buat....geliiiiii.
  2. Letak tahi lembu (bapa dan mak sedara punya petua) - haiya...mana nak cari tahi lembu panas-panas.
  3. Tenyeh bunga melati pada tempat kena sengat.
  4. Asah pisau pada pengasah dan ambik air asahan sapu pada tempat sengatan.
  5. Baca Al-Fatihah 7x, Al-Ikhlas 3x dan ludah pada tempat kena sengat dengan niat semoga Allah hilangkan bisa sengatan.
Itu sajalah petua sengatan lebah untuk hari ini :( Ingat! Jangan lupa cabut sengat lebah tu dulu.

Saturday, January 14, 2012

Servis Mangkuk Tingkat di Penang




Wah! Aku baru tahu dah ada servis penghantaran makanan halal di Penang ni. Selama ni servis begini cuma ada di KL : mangkuk tingkat. Selama ni aku tengok masyarakat cina jer yang biasa guna servis macam ni.

Aku bukannya apa...memang aku pemalas nak keluar makan tengahari. Sejam tu biasanya aku keluar tapau makanan dan balik makan di ofis. Kedudukan ofis aku memang jauh dari cafe dan kedai makan. Alangkah baiknya bila dah ada servis penghantaran makanan macam ni. Tak payah susah-susah terperangkap dalam jem dan berpanas-panas hehe. Alasan aku yang memang tak suka makan beramai-ramai di kedai ;p (kata kawanku aku ni anti sosial dan tak tahu nak bergumbira hehe).

Ok, aku nak try Mangkuk tingkat Penang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...