Last week aku bersembang dengan seorang penyelidik senior.
Memang seronok sembang dengan 'orang lama' ni.
Pengalaman cukup banyak.
Pastu penyelidik ni tanya aku tahu dak teknik nak umpan dan tangkap rama-rama dengan mudah.
Aku manalah tahu.
Kemudian dia pun bukalah rahsia.
Korang tau apadia?
Kata dia, gunakan air kencing.
Sat ja rama-rama akan mai.
Aku spontan tergelak-gelak.
Penyelidik tu kata "Ini serius walaupun bunyinya macam lawak."
Rahsia dah terbongkar...
Cuba korang cuba, try, test tengok haha.
Monday, August 18, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Gambar Raya Lama 1
Aku terjumpa gambar raya masa puluhan tahun yang lepas.
Gambar masa aku masih tinggal di kampung.
Aku pun dah tak tahu mana perginya kawan-kawan aku dalam gambar tu.
Indahnya saat masih kecik...
![]() |
| Aku, sepupu dan rakan-rakan semasa kecik. |
Kami bergambar di depan rumah aku; di depan pokok ketapang yang besar.
Rindunya saat itu. Keliling kampung kami ronda kutip duit raya.
Thursday, August 7, 2014
Roti Jala Untuk Makan Malam
Petang semalam aku teringin sangat nak makan roti jala cicah dengan kari ayam dan kentang. Manalah nak cari malam-malam orang jual roti jala. Akhirnya kenalah balik kerja dan masak sendiri.
Laaa...rempah kari daging cuma ada sebungkus dalam almari. Mau tak mau aku campur sebungkus rempah kari daging dan sebungkus lagi rempah kari ikan. Sedap. Kari aku tak pakai santan. Tapi tetap pekat dan likat. Serbuk kari kena banyaklah sikit.
First time aku gunakan frying pan yang paknjang belikan untuk aku di Pasar Kemboja, Parit Buntar. Memang baguslah frying pan tu.
Mak ajar aku kalau buat roti jala, setiap kali dah habis menjala acuan tu kena terbalikkan supaya muncungnya tak tersumbat dengan tepung dan jadi "buta". Ha..ingatlah tu ya.
Frying Pan untuk roti jala.
Roti jala aku lipat fesyen lama macam mana arwah mak ajar aku dulu.
Kari ayam. Yang banyaknya kentang.
Iman di dalam wad pada pagi raya. Dia nak pakai baju raya tapi dok termenung sebab tak boleh beraya.
Iman makan roti jala sahaja tanpa kuah. Iman kata budak-budak memang makan roti jala kosong. Pandailah dia hehe.
Bila masak roti jala aku akan teringat arwah mak dan ayah. Mak selalu masak roti jala sebab ayah sangat suka makan roti jala di waktu petang. Rindunya kat depa...
Oh ya! Sekeping roti jala nilai kalorinya adalah 30kcal. Itu nilai kalori roti jala tanpa kuah kari ya hehe.
Wednesday, August 6, 2014
Ucapan Selamat Hari Raya Yang Terlewat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan moga tak terlewat.
Gambar di pagi raya. Iman yang snap. Kepala kami dah hilang! Ler...
Kami beraya di hospital.
Anak kesayangan kena serangan asthma dua hari sebelum raya.
Akhirnya kampung Abg pun kami tak sampai.
Tersangkut di hospital di pertengahan jalan balik ke kampung.
Tangan dah dicucuk pun gigih lagi nak main tab. Pastu bising sakit jarum tercucuk hehe.
Ni mesti tengah mimpi jadi Ultraman.
Rupanya terasa kesedihan di malam raya berada di wad.
Sedih lihat keadaan anak dengan nebulizernya.
Sedih dengar bunyi takbir raya.
Sedih sebab macam-macam perancangan telah dibuat untuk memeriahkan raya di rumah mertua;
Semuanya tergendala.
Kemudian aku tersedar.
Apa sangatlah kesedihan aku tu nak dibandingkan kesedihan rakyat Palestine.
Insaf terus.
Alhamdulillah Makndak dan Maklong sudi hantarkan juadah di malam dan pagi raya.
Terima kasih!
Sayang Makndak dan Maklong.
Aku tak reti nak balut ketupat stail Kelantan macam ni. Macam susah jer.
Sia aka mangkuk bertingkat yang penuh juadah untuk pagi raya esoknya.
Mak mertua dan ipar-ipar juga melawat Iman di wad.
Terima kasih!
Kek yang aku tempah daripada sepupuku...kononnya nak buat suprise kat Mak Mertua.
Menu Iman untuk Hari Raya Kedua. Kalau order sah mama dan ayah Iman yang pulun makan.
Setiap sejam Iman kena pakai Nebulizer. Moga cepat sembuh terus anakku.
Friday, July 25, 2014
Biskut Raya Lagi
Ini rupa biskut almond london yang aku siapkan untuk tempahan dari seorang rakan.
Tak sangka aku jadi ralit dok letakkan coklat dan badam tu satu persatu.
Kalau buat biskut almond london pasti aku teringat kat arwah mak.
Dulu sebelum raya mak akan buat sendiri almond london sebab adik-adik aku yang berdua tu suka sangat dengan biskut ni.
Sat ja abih kalau mak buat biskut almond london; tak dan nak hidang waktu raya.
Anak aku dok pulun mintak nak tolong taburkan almond nibs tu. Aku kata no no no. Untuk biskut yang dia makan taburlah...takpa...mama tak marah. Pastu dia merajuk haha.
Bila dah buat biskut ni bab nak letak harga memang payah betui ler. Aku ni spesies tak tergamak nak letak harga kat kengkawan dan sedara.
Ada sekali tu aku buat chocolate chips cookies dan FOC jer pada kawan aku.
Tak reti ler...huhu.
Tau dak, awalnya aku beli paper cup colourful untuk letak biskut ni. Kononnya apa kelas ler asyik dok guna warna hitam jer. Sekali hamek ko. Bila dituang coklat, biskut jadi comot tak hengat-hengat.
Lepas tu baru aku tahu sebab apa orang akan gunakan papercup warna hitam bila buat biskut almond london haha. Ngok ngek.
Ada satu tupperware besar lagi biskut yang belum disalut coklat.
Alahai! Malasnya aku huhu.
Boleh dak aku hidangkan biskut tu togel jer macam tu?
Tu baru betul biskut almond london sebab putih gebu tanpa salutan coklat.
Yang dah salut coklat elok ditukar jer kepada nama baru, biskut almond afrika haha.
Kan baru kena pada tempatnya.
Thursday, July 24, 2014
Popia Gulung Salut Nestum Yang Sedap! Jom Beli!
Aku gamble beli popia salut nestum lagi.
Hari tu beli masyaAllah tak sedapnya...dahla keras kong.
Nak buat sendiri kuih jenis macam ni memang aku pemalas.
So, untuk raya ni aku try beli popia salut nestum lain pulak untuk dibawa balik ke kampung.
Alhamdulillah...popia ni sedap. Sangat sedaplah di mulut aku.
Rangup dan bila dah masuk ke dalam mulut tu susahnya nak berhenti mengunyah hehe.
Cadangnya untuk jamuan raya di ofis, aku nak beli lagi popia ni dua tiga balang.
Harga sebalang RM12.
Jom beli.
Tangan gegar masa snap picture. Mungkin sebab terlalu sedap makan hehe.
Beli jangan tak beli.
Monday, July 21, 2014
Bengkang Sukun aka Bingka Sukun
Hari tu adik aku ada bagi dua biji sukun. Kat rumah mak mertua adik aku banyak pokok sukun. Depa sampai tak tau nak buat apa dengan buah sukun.
Aku suka makan sukun yang digoreng. Dulu, selalu mak buatkan goreng sukun lepas tu makan cicah dengan gula. Masa di rumah bujang pula, kami goreng sukun dan cicah dengan sambal kicap. Sedap.
Di bulan puasa ni kalau buat goreng sukun sah tak berapa nak laku. Sebabnya di bulan puasa semua orang makan sikit jer. Masuk nasi dan air lepas tu perut full.
Yang aku tahu sukun ni boleh dibuat cekodok selain dari digoreng. Takkan nak buat cekodok sukun sebanyak itu. Akhirnya aku terjumpa resepi bingka sukun di internet. Kalau di utara, bingka kami panggil bengkang. Maka jadilah bengkang sukun di tengahari itu.
Bengkang aku tak sempat nak berkerak, aku terpaksa bergegas nak masuk ke ofis semula hehe.
Sedap rupanya bengkang sukun. Lembut, lemak dan wangi. Ni rupa bengkang yang aku potong masa tengah panas-panas...nak bagi pada kawan ofis aku. Sepatutnya aku tunggu sejuk dulu baru potong...tak dan dah pun.
RESEPI : BENGKANG SUKUN aka BINGKA SUKUN
Oleh : am66 (My Resepi)
Bahan-bahan :
400 - 500g isi sukun yang lembut (kisar dengan sedikit air)
200g tepung gandum
180g gula
300mL santan (aku guna santan kotak)
4-5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (aku tak letak...bijan abis)
Kaedah :
1. Kisar isi sukun dengan sedikit air.
2. Kisar telur, gula, santan dan tepung.
3. Tapis adunan untuk pastikan tiada tepung bergentel.
4. Masukkan esen vanila dan pewarna kuning. Kacau rata.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak atau butter (aku lenser dengan minyak sapi...wangi)
6. Taburkan bijan dan bakar di dalam oven suhu 170 darjah celsius selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.
7. Biar sejuk baru dipotong.
Thursday, July 17, 2014
Dah habis!
Biskut badam yang aku buat dah abis. Nampaknya aku kena ulang buat lagi biskut ni hehehe.
Sebab tu biskut almond london aku dah siap tapi saja aku togelkan. Nak celup coklat lambat-lambat sikit. Kalau tidak...abislah jawabnya sebelum raya. Dah ada pengalaman sebelum ni pun. Abg dan Iman dok jenguk jer biskut togel tu dalam bekasnya haha.
Biskut chocolate chips adalah biskut yang terakhir aku akan buat. Ini lagi haru...asal keluar dari oven abis. Ayoyo!
Biskut Y yang beli pun dah abis.
Haha...alhamdulillah.
Raya ni kita jamu orang makan biskut 4 segi aka biskut kering.
P/s: Adeih jemu betui nak bakar biskut berlambak-lambak tapi oven cenonit jer uhuk uhuk.
Monday, July 14, 2014
Biskut Raya
Tahun ni aku buat biskut raya sendiri. Aku ni memang...bukan tak reti buat biskut sendiri tapi kekadang tu seronok mengorder daripada kawan-kawan (lepas tu menyesal sendiri sebab biskut yang dibeli selalunya tak sedap huhu).
Kali ni Iman request nak biskut raya mama buat. Yeay! Nampaknya mama kenalah buat biskut raya biarpun malasnya nak angkat tangan ni kui kui kui. Yang bagusnya si Iman memang pembantu yang bagus. Iman budak kecik lagi tapi pandai pulak dia membantu aku.
Taraaa! Inilah biskut Y super sedap. Yang ni aku beli daripada maksu...hahaha...First pic dah propa lebih. Sesapa yang nak beli biskut Y sedap ni boleh dapatkan di Kg Padang bertentangan dengan Nasi Bersila Lahar Kepar. Kat kedai kecik warna ijau hehe.
Biskut Arab. Yang ni aku buat. Iman tolong tabur colourful ball tu. Sedap, gebu, lemak berkrim. Sendiri buat sendiri puji haha. Aku buat biskut Arab klasik. Takdak golek-golek gula atau warna-warni. Aku kan taste orang tua-tua sikit ohok ohok.
Ni pulak biskut Arab yang sama tapi versi tabur coklat rice. Abg dok complain pasai apa biskut aku ada nipis ada tebal. Aku sengih jer. Tak larat nak jawab. Aku posa. Letih :-P
Ni pulak brownies yang aku buat untuk iftar semalam. Antara brownies kukus dan bakar, aku suka brownies bakar. Kalau kukus-kukus ni aku selalu failed huhu.
Ada dua tiga jenis biskut lagi aku nak buat. Ada yang dah aku bagi pun pada mak sedara dan adik ipar aku. Biasanya aku tak derlah ikut resepi bulat-bulat. Aku akan tambah bahan ikut sedap hati aku. Yang tak best buat biskut raya ialah...bila dah masak aku yang ngap ngap makan biskut tu sebab tak tahan godaan baunya yang sedapnyaa...hehehe.
Iftar Keluarga Kami
Malam semalam kami berbuka beramai-ramai di rumah seorang sepupu. Kiranya ni iftar keluarga untuk tahun inilah. Kebetulan keluarga sepupu dari Kelantan juga balik ke Penang, dapatlah kami berkumpul.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun sederhana. Tuan rumah menjamu kami semua dengan menu Nasi Daging yang aku bagi 6 bintang. Haa...melampau dak punya sedap hehe. Thank you Najib dan sakinah :) Yang lain-lain bawakan makanan serba sedikit bagi memeriahkan lagi majlis.
Tapi serius aku terketa-ketar kaki bila nak ke rumah sepupu yang sorang ni. Rumahnya nun jauh di tingkat 18. Mak ai...aku ni gayat tahap 3. Sesampai kat atas tu terus pening tak hingat. Adoilah haha.
Tuan rumah yang sporting. Thanks!
Paklang dengan pinggan yang penuh hehe.
Paknjang dan Maknjang bawak pasembur dan sardine puff homemade. Sedap!
Solat berjemaah.
Aktiviti mentapau makanan untuk bawak balik. Terima kasih sekali lagi! :)
Si cantik manis yang bukan orang Korea hehehe.
Alaaa....aku tak dak gambar pun. Merajuklah...Takder sapa nak ambik gambar aku. Depa semua sibuk makan isk isk :(
Subscribe to:
Posts (Atom)
