Pages

Sunday, November 29, 2015

Mini Cupcake


Mini cupcakes ni bukan sahaja cantik tetapi sedap! Nama-nama yang digunakan pun menarik dan senang nak ingat.

Bila makan mini cupcake taklah rasa bersalah sangat hehe. 

Boleh dapatkan mini cupcakes sedap ini di Aeon Ipoh. Cer try tengok. 

Saturday, November 28, 2015

Alemy Meggi Ketam - Kelantan





Makan megi ketam di Kelantan. Sepupu aku belanja. Terima kasih!

Rasa meginya biasa-biasa sahaja. Ketam memang besar. Tapi lecehnya nak makan.

Nak makan megi lagi, nak kopek ketam lagi. Huhu.
Cukuplah sekali aku dah try.

Sapa yang rajin makan berlemoih-lemoih silakanlah hehe.

Saturday, November 21, 2015

Nasi Arab atau Nasi Kandar?

Sekarang ni banyak sungguh kedai/gerai yang menjual Nasi Arab.

Tapi aku keliru bila ada sesetengah tu yang Nasi Arabnya sama serupa macam Nasi Kandar.

Lauk-pauk confirm lauk Nasi Kandar cuma nasinya saja yang ala-ala Nasi Bukhari atau Nasi Beriyani.

Aku keliru betui ler...

Nasi Arab di Sg Dua...Nasi Arab ke ni? hehe

Monday, November 16, 2015

Rindu Emak, Rindu Ayah

Hari ini genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

Emak meninggal dunia berpunca daripada "sepsis". Meninggal di dalam wad.

Aku tak nak kenang kembali tentang kisah itu. Qada' dan qadar perlu diterima.

Kalau terjadi pada orang bukan Islam rasanya dah lama pihak hospital akan disaman.

Ada masa aku akan bermimpi akan emak dan ayah. Mungkin akibat rindu yang teramat.

Yang buat aku selalu menangis dalam tidur ialah bila emak dan ayah seolah-olah memberitahu aku yang waktu aku belum tiba lagi tiap kali aku cuba untuk mengikut mereka di dalam mimpi.

Semoga roh emak dan ayah tenang di sana. Aku terlalu merindui mereka. Al Fatihah.


Friday, October 9, 2015

Komen

Aku suka blogwalking. Baca dan kadang-kadang aku komen.

Tapi aku takkan komen di blog yang tuan tanahnya  suka marah-marah pada orang yang komen.

Takut. Sebab aku baca blog untuk mendapatkan ilmu di samping bersantai.

Bukannya nak kena marah lepas tu aku pulak stress sorang-sorang kekeke.

Itu sebabnya bukan semua blog kita boleh tinggal komen :-P

Sambil melayan blog sambil makan ubi kayu rebus cicah kelapa itu adalah nikmat hehehe.

Wednesday, October 7, 2015

Sup Kuku Lembu

Kami buat ibadah qurban masa hari raya Aidiladha yang ketiga. Abg ada bawak balik kaki lembu dua pasang. Katanya semua orang di surau tak nak ambik kaki lembu tersebut. Depa malas nak proses dan masak hehe.





Nampak saja kaki dan kuku lembu tu aku dah surrender awal-awal. Oh! Tidak! Aku pun tak reti nak masak. Abg kata jangan paniklah. Paksu kan ada hehe. Nampaknya Paksulah jadi mangsa kena proses kuku lembu tu sebelum boleh dimasak.

Petang tu Paksu datang ke rumah kami. Paksu bawa sabut, bakar sabut sampai habis kami semua kelemasan dalam rumah dengan asap dari sabut. Puncanya silap tempat bakar sabut dan angin pulak membantu tolak asap ke dalam rumah huhu.

Paksu bakar kuku lembu sampai hitam. Err! Kuku tu dah memang hitam kan hehe. Lepas tu Paksu kupas kuku tu (hoof) sampai tinggal isi di dalam sahaja. 

Aku rebus kuku tu lebih kurang dua jam; masukkan halia yang diketuk, kiub daging, dan rempah-rempah semua.

Akhirnya siaplah sup kaki lembu. 

Rasanya?

Pergh! Sebijik macam rasa sup kaki ayam tapi versi lebih besar dan berjeli. Lepas makan aku rasa naik pening jadinya kekeke.

Nampaknya itu kali pertama dan terakhir kami akan makan sup kuku kambing. Tobat! Terlalu berlemak. Abg dah angkat tangan surrender awal-awal kekeke.

Sunday, October 4, 2015

Untuk Diri 1#

Dunia kita ingat untuk  diurus, bukan untuk kita rungsing. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Ingat pada Allah, hati akan sentiasa tenang.

Ingat pada Allah caranya ialah dengan melakukan perkara-perkara yang baik.

Monday, September 21, 2015

Nak Berjimat Tapi Tak Teliti

Niat di hati aku ni cukup bagus; nak berjimat.
Tapi bila tak hati-hati dan teliti inilah jadinya.

Konon nak order fresh orange.
Ambil menu, jari main tunjuk jer yang ada perkataan ORANGE.

Bila minuman sampai aku jadi tercengang-cengang.
"Air apa ni dik?"

"Air yang akak orderlah, orange milkshake."

Aku belek semula menu.
MasyaAllah, atasnya tercatat MILKSHAKE.
Orange tu salah satu daripada jenis milkshake tu...RM7.

"Saya pun terkejut jugak kak order. Kak orang pertama yang order Orange Milkshake kat sini."

Kawan aku cuma terkekeh-kekeh ketawa.

Aduh! Lain kali aku order air suam jerlah hehehe.

     

Friday, July 31, 2015

Originally Bangkok Tomyam, Penang

Sedap. Makan tengahari sempena hari raya. Bos tak nak makan juadah raya. Dia nak tomyam gak hehe. Apa-apa sajalah asalkan halal dan sedap.

Kedai ni baru dibuka masa Ramadhan hari tu. Harga mahal sikit daripada kedai tomyam lain di sekitaran yang sama. Tapi rasa masakan sangat sedap. Portion besar.

Jom try. Aku suka kerabu magga, ikan masak tiga rasa, sotong celup tepung yang rangup dan semualah aku suka haha. Aku memang recommend kedai ni. Tingkat atas sangat cantik dan selesa kalau nak buat event pun.

Set untuk 8-10 orang makan (RM179.00) 
- Ikan dua ekor, tomyam campur dua bekas dan air dua jug - tak muat meja untuk letak hehe.


ORIGINALLY BANGKOK TOMYAM
85, Persiaran Mahsuri 1/3 Sunway Tunas,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

014-7425070

Waktu Perniagaan: 12 tengahari - 1 pagi
(Cari guna waze jer kalau tak pernah sampai)

Tuesday, July 7, 2015

Tak Penting

Hari ini Pulau Pinang cuti sempena Tapak Warisan Dunia. Aku dan Iman jer yang cuti, Abg kerja. Muka sedih jer nak pergi kerja hehe.

Cadangnya aku nak ajak Iman buat biskut. Harap-harapnya jadilah. 

Sahur tadi aku dah left satu lagi whatsapp group ;-p Aduh...usahlah lagi add aku dalam group. Aku tak gemar. Bersembang ramai-ramai sampai tak tahu hujung pangkal haha. Aku dah mohon kebenaran dengan admin group untuk left group tapi tak diizinnya. Tapikan masa dia add aku dalam group pun dia tak pernah mohon kebenaran aku pun kann...

Esok aku dah mula bekerja. Malasnya...macam nak suruh Abg tarik pergi kerja saja hehe. Aku rasa Abg pun dah lebar telinga dengar aku merengek-rengek tak nak ke tempat kerja. Tapi pergi jugak kerja...buat juga kerja. Agaknya sampai pencenlah kot hehe. Merepek betul.

Oklah nak pergi buat biskut. Jangan aku dan Iman tertidur depan oven dah lah. 

p/s" Tengah fikir benda-benda yang menyeronokkan yang nak buat ke ofis esok ;-)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...