Pages

Thursday, April 9, 2009

Panas ke Keras??

Balik kerja aku sibuk bercerita pada abg. Kisah aku, Z dan N yang terjumpa satu kucing tidur di tengah jalan di atas bukit. Kucing tu kelihatan daif sangat.

Aku berhentikan kereta dan mahu ambil kucing itu tapi Z dan N jerit-jerit dalam kereta suruh aku teruskan perjalanan.

 Aik! Si Z pun takut....cett... nama saja lelaki. Mungkinlah....sekeliling hutan; bila kami berpatah balik pun kucing tu masih statik di tempat yang sama.

Aku bercerita penuh semangat pada abg yang matanya tertancap pada Buletin Utama; kisah pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Betui ler tu....jangan ambik kucing tu....tu kawasan panas tu," abg bersuara. "Kawasan panas ka kawasan keras bang??" "Err...kawasan keras...hehe silap pulak." Menyampahnya. Uh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...