Pages

Saturday, April 18, 2009

Say no to JaJaN

Masa aku kecil aku tak kenal jajan (junk food). Mak dan ayah tak benarkan aku makan keropok atau coklat. Mula-mula aku rasa teringin tapi akhirnya selera aku pada jajan terus berkubur.

Kalau adapun aku beli Ding Dang, sebab aku nak permainan dalam tu (heh! permainan yang ntah hapa-hapa).

Mak dan ayah selalu kata kalau selalu makan jajan, nanti jadi tak pandai. Oh! Itu sudah cukup buat aku tak mahu sentuh jajan walau di mana aku berada (err tapi aku taklah pandai sangat, kalau makan jajan mesti lagi tak pandai aku nih).

Setiap hari jajan aku ialah dua biji tomato. Masa tu bila datang pakcik jual ikan, kawan-kawanku mesti dapat habuan jajan daripada mak-mak dorang yang beli ikan dan sayur. Tapi aku pulak, mak wajib belikan aku dua biji tomato. Sampaikan kalau tak dapat tomato, aku dah nak menangis. Aku rasa tomato tu sedap macam coklat Cadbury.

Terima kasih mak dan ayah. Khasiat tomato tu memang bagus. Kesannya dapat dilihat sampai sekarang. Jadi, say no to JaJaN and Jozan (stupid comedians).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...