Tak ada kena-mengena dengan H1N1 pun tapi lagaknya aku dikuarantin lebih teruk daripada itu. Sekejap-sekejap tidur kat wad. Bosannya hidup aku Tuhan saja yang tahu. Tapi mahu tak mahu redha sajalah. Bila ada tenaga lebih baru boleh jengah internet. Itupun mulalah rasa dunia tunggang-terbalik.
Rasanya aku lebih tenang di wad. Aku banyak habiskan masa di atas katil. Tidur dan selebihnya memerhatikan gelagat doktor, jururawat, pesakit, pelawat, pak guard dan makcik cleaner. Kalau jiran katil sebelah terlebih peramah, lebih banyaklah aktiviti aku memejamkan mata. Bukan apa, aku memang malas bercakap banyak-banyak. Aku perlukan tenaga. Jika jiran katil sebelah pun macam aku, maka tercetuslah perbualan. Yang patut-patut saja. Selebihnya aku banyak tersenyum.
Mahu membaca mata rasa kabur. Mungkin kesan ubat yang diberi aku lebih selesa baring lalu terlena. Cuma bila doktor datang membawa jarum dan butterfly catheter aku mula telan air liur. Entah bahagian mana lagi mahu dicucuknya. Nasib badanlah bila urat-urat darah semulajadi halus. Masuk saja drip, sehari, block. Terpaksa cari laluan lain lagi.
Berlubang-lubang sudah tangan ini. Dah tak lawa....kesian abg pegang tangan aku yang dah tak lawa (sebenarnya tangan sebelah kiri sedia tak lawa sebab ada alien yang hinggap). Bilalah kuarantin ini akan berakhir? Aku rasa bosan...tersangat bosan. Mengenangkan kerja aku yang tertangguh sekian lama, aku mulai bimbang. Apa-apa pun aku berserah pada Allah. Jika masih ada rezeki ku di situ, aku akan terus bekerja seperti biasa bila aku sudah sihat nanti. Jika sebaliknya, aku tetap redha.
No comments:
Post a Comment