Pages

Tuesday, August 11, 2009

Hujan

Di luar hujan turun dengan lebatnya.
Suasana sejuk menyelubungi.
Aku masih di tingkap memerhatikan hujan.
Ada ketenangan ketika hujan turun.
Suasana sunyi, hanya bunyi hujan merintik menimpa bumi.
Kedengaran juga bunyi cicip burung yang riang mandi hujan.
Aku terkenang semasa aku masih kecil.
Aku paling suka hujan.
Aku akan duduk di atas katil di tepi tingkap.
Aku akan menyanyi sekuat-kuat hatiku.
Bagiku hanya hujan penyelamat dari suara sumbangku didengari di luar sana.
Selesai beberapa buah lagu aku bergolek riang di atas katil.
Semasa sekolah rendah ustazah ada berpesan.
Berdoalah ketika hujan turun.
Ketika rahmat Allah sedang membasahi bumi.
Ya, sewaktu hujan turun, aku menadah tangan dan berdoa.
Kebaikan dan rahmatNya aku mohon akan terus berpanjangan.
Dan tanpa ku sedari 'hujan halus' membasahi kedua-dua belah pipiku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...