Saturday, August 22, 2009
Selamat Berpuasa!
Ramadhan datang lagi.
Alhamdulillah kerana kita masih sempat menjalani ibadah puasa tahun ini.
Selamat Berpuasa buat Adik Izat, Pak Njang, Kinah, Miqdad, Dik An dan Shahrom, Mc Dil, Insan Marhaen serta silent reader blog ni (kalau adalah hehe).
Syukur juga kepada Allah kerana kondisi Tok bertambah baik.
Tok semakin pulih, sudah seperti sedia kala.
Muka pun dah kembali ceria, dah boleh bangun berdiri (bikin semua orang panik hehe).
Walaupun semalam ada insiden yang berlaku.
Kata Tok "Kalau tidak matila aku hari ni."
(Tok dok ulang berkali-kali ayat ni).
Tok jeling aku, katanya aku tak datang tengok dia sakit.
Alahai, aku dok tercongok tepi Tok pun Tok tak ingat.
Kemudian Tok kata lagi "Tok minta maaf, banyak perkara Tok tak ingat."
Ramadhan datang lagi dengan sejuta rahmat.
Selamat Berpuasa Segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bulan puasa jangan tidur siang banyak sangat ye...
Jagalah Tok baik-baik. Aku dulu ada opah, macam tu juga. Bila aku jumpa, dia tanya aku... siapa ni? Aduh....
hehe kalau keadaan memaksa kenalah tidoq gak.
Insyaallah ramai org dok jaga Tok :)
Post a Comment