Petang tadi bermesyuarat bersama-sama beberapa orang penting jabatan-jabatan yang berkaitan. Bermesyuarat untuk mendapatkan kata putus atau lebih tepat solusi tentang masalah yang sedang dihadapi.
Yang terlibat terdiri daripada dua tiga nama yang dah biasa terdengar tentang keegoan dan kekerasan kepala mereka. Khabar angin yang aku dengarlah.
Tapi alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berbincang secara berhemah dan tersenyum sehingga ke akhir majlis.
Bisik seorang TP kepada bosku : Bagus mesyuarat kita, semuanya berlapang dada.
Aku tersenyum. Jika approachnya betul dan saling hormat-menghormati segalanya akan berlangsung dalam ketenangan.
Alhamdulillah.