Pages

Thursday, October 31, 2013

Mesyuarat Yang Aman

Petang tadi bermesyuarat bersama-sama beberapa orang penting jabatan-jabatan yang berkaitan. Bermesyuarat untuk mendapatkan kata putus atau lebih tepat solusi tentang masalah yang sedang dihadapi.

Yang terlibat terdiri daripada dua tiga nama yang dah biasa terdengar tentang keegoan dan kekerasan kepala mereka. Khabar angin yang aku dengarlah.

Tapi alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berbincang secara berhemah dan tersenyum sehingga ke akhir majlis.

Bisik seorang TP kepada bosku : Bagus mesyuarat kita, semuanya berlapang dada.

Aku tersenyum. Jika approachnya betul dan saling hormat-menghormati segalanya akan berlangsung dalam ketenangan.

Alhamdulillah.

2 comments:

insan marhaen said...

Didalam mesyuarat kita bertengkar dan saling membalas hujah tidak mengapa. Lepas mesyuarat perlu akur kepada keputusan ramai walaupun jauh di sudut hati kita, kita tidak setuju..

Bearcat said...

Masalahnya IM ada yang bukan bertengkar tapi sudah ada tahap mau berbunuhan haha.
Nampak jer profesional....tapi kenyataannya hampeh :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...