Isi kepah yang aku beli di Tanjung Dawai masih tak terusik pun. Balik dari kerja terus aku masak Spaghetti Goreng Isi Kepah.
Sekarang ni kami sekeluarga lebih suka makan spaghetti berbanding dengan mee kuning. Mee kuning kan tak elok untuk kesihatan. Sampaikan kalau buat Mee Kuah pun aku tukar guna spaghetti. Kalau ikut tekak aku, rasa spaghetti lebih sedap berbanding mee kuning.
Spaghetti yang aku masak ni tak pedas. Sesuailah untuk dimakan oleh kanak-kanak. Kalau yang rasa nak pedas, bolehlah tambahkan lada hitam atau cili padi potong.
Walaupun nampak plain, tapi rasanya sedap. Kalau tidak taklah Abg bertambah sampai dua kali hehe.
2 comments:
Sedapnya kak. Mmmm.. Boleh cuba ni. Saya pun suka makan spaghetti. Tapi tak pernah pulak masak cenggini.. Hehehe
Nurul Atiqah, boleh cuba...sangat sedap. Masukkan sos tiram dan sos cili Thai...nyum nyum hehe.
Post a Comment