Ada satu malam tu kami makan kat luar.
Kat satu tempat yang famous di sini malam-malam tu lah.
Masa sedang tunggu makanan yang diorder sampai, ada seorang lelaki tua yang tak terurus datang dekat kami.
Dia hulur tangan minta duit.
Aku memang jenis penakut dengan orang yang macam tu.
Aku tunduk jer tak nak pandang dia.
Aku takut bila aku hulur duit nanti akan ada lagi orang macam dia yang datang.
Aku bagi signal kat Abg supaya Abg ignore jer orang tua tu.
Abg buat tak tak nampak signal aku.
Yang si Iman dah terperosok kat perut aku sebab dia takut macam mama dia jugak.
Abg panggil pelayan kedai.
Kemudian Abg cakap kat pelayan kedai yang apa saja yang orang tua tu nak makan, dia akan bayarkan.
Orang tua yang minta duit tadi berubah air muka.
Nampak dia happy sangat.
Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Abg.
Orang tua tu pun berlalu dan duduk di meja lain sambil pelayan kedai ambik order darinya.
Aku rasa malu pada Abg dengan tiba-tiba.
Aku bersyukur punya suami macam Abg.
Giler malulah aku kat suami aku. Serius!
Malu sebab aku rasa perangai aku macam tak sepatutnya huhu.
Siap bagi-bagi signal lagi.
2 comments:
kalau boleh, saya pun mahu jadi macam suami kamu...hik!
Ahh! Apa sangatlah nak dibandingkan dgn apa yg IM telah lakukan setiap hari :)
Post a Comment