Pages

Monday, February 23, 2015

Resepi : Roti Putih

Roti Putih

250 gram tepung high protein
125 mL air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula castor
1 sudu teh yis kering

Kaedah :
1. Jika menggunakan breadmaker, masukkan semua bahan dan tekan menu 1.
2. Jika menguli dengan tangan, pastikan air yang digunakan adalah air suam yang dimasukkan dengan gula dan yis. Biar hingga yis berbuih baru tuangkan ke dalam tepung yang telah dicampur dengan garam dan susu tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga adunan membentuk doh baru dimasukkan olive oil. Uli lagi sehingga sebati.
4. Biarkan doh naik untuk 1 jam.
5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
6. Bentukkan doh dan letakkan dalam bekas untuk membakar.
7. Biar doh naik sekali lagi untuk 45 minit - 1 jam.
8. Panaskan oven suhu 160 darjah celsius, api atas bawah selama 20 minit.
9. Masukkan doh dan bakar sehingga roti masak lebih kurang 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
10. Keluarkan roti yang telah masak, sejukkan di atas redai.
11. Potong roti bila telah benar-benar sejuk.



*Resepi ini akan menghasilkan roti putih yang lembut dan sedap seperti Roti Gardenia :)

2 comments:

insan marhaen said...

saya selalunya beli roti wheat grain dengan sapuan jenama natural.

roti putih dikatakan bukan makanan bernutrisi...

Bearcat said...

Roti wheat grain lebih baik daripada roti putih. Tapi roti buat sendiri ni guna olive oil dan tiada pengawet...consider sihat jugaklah he he.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...