Pages

Friday, May 8, 2015

Nasi Sila Lahar Kepar

Minggu lepas aku ajak adikku keluar makan. Dah lama kami tak makan-makan bersama. Lagipun kami dah rindu sangat dengan si comel Aqil.

Sebab nak makan malam, kami sepakat menuju ke Nasi Sila Lahar Kepar di Kg Padang, Kepala Batas.

Kami orang pertama yang sampai. Operasi baru nak bermula. Restoren ni buka dari jam 6.30 petang hingga 11.30 malam. Tutup setiap hari Sabtu.

Ini kira first timelah kami nak makan di sini. Selalu asyik dok tengok orang jer makan, beratur panjang.

Konsep makan kat sini ialah sila pi beratur, pesan lauk apa yang nak, ambik talam/dulang, pi la hidang sendiri di meja.

Lauk-pauknya jenis yang tradisional. Tak daklah lauk-lauk moden. Kiranya kedai ni memang khas untuk orang yang nak makan nasi berlauk di malam hari. So adalah pilihan lain selain mamak's.

Kat depan restoren ni ada dijual satey. Pada aku satey tu sedap dan murah. 


 Lauk-pauk yang kami makan petang tu...


Anak sedara aku yang comel si Aqil. Mulut comel Aqil dah kena tutup dengan puting hehe.

Kesimpulannya makan di Nasi Sila Lahar Kepar ni oklah. Aku tak rasa ada apa yang istimewa. Biasa-biasa saja. Macam masak kat rumah hehe. Cuma satey memang sedap. Nyum nyum.

Tapi yang seronoknya dapat berkumpul bersama ahli keluarga.


2 comments:

insan marhaen said...

selalu dengar kedai makan ni. ushar juga bila lau di sana tapi tak jumpa...

Bearcat said...

Senang ja IM...tapi kedai ni bukan betul2 tepi jalan sgt. Kena perati betul2. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...