Pages

Tuesday, June 7, 2016

RESEPI : AGAR-AGAR KOSONG

Biasanya di bulan puasa aku suka buatkan agar-agar kosong. Agar-agar yang warnanya merah, plain itu.




Resepi simple ini semua orang pandai buat hihi. Cumanya kat sini aku berikan sukatan untuk dapatkan agar-agar kosong yang sedang elok tekstur dan kemanisannya.



Jika ikut aturan pada bungkusan agar-agar kita akan dapat agar-agar yang lembut dan tidak boleh dipotong kecuali diceduk menggunakan sudu. Dalam erti kata lain ianya menjadi jelly.

So, inilah resepinya.

AGAR-AGAR KOSONG

Bahan-bahannya :

1 bungkus agar-agar serbuk (10 gram)
150 gram gula
800 mL air
Sedikit sirap ros
Daun pandan - disimpul

Kaedah membuatnya : 

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2. Panaskan sehingga mendidih. Tutup api. Buangkan daun pandan. 

3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan (untuk memudahkan mengeluarkan agar-agar semasa sejuk).

4. Sejukkan sebentar, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Ini resepi asas agar-agar. Boleh ditukar untuk buatkan pelbagai jenis agar-agar. Cuma pastikan jumlah cecair seperti yang telah dicatatkan.

Selamat mencuba resepi mudah ini :-p

2 comments:

insan marhaen said...

ibu_suri selalu minta saya buatkan agar-agar kosong. saya mengelak dengan mengatakan susah nak buat.

rupanya bukan susah buat tapi susah nak bangun untuk buat...

teringat mak saya yang suka buat agar-agar ni sebab kos yang murah...

Bearcat said...

IM, buatkanlah utk ibu suri. Tak susah pun. Boleh makan banyak2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...