Pages

Wednesday, November 20, 2013

He He He

Sekarang ni dah ada seorang lagi pegawai JPJ dalam kereta kami. Kesian pada Abg  yang merangkap driver tak rasmi.

Iman dah ambik alih tugas aku. Masuk kereta Iman dah bising suruh ayahnya pakai tali pinggang keledar dan 'lock' pintu.

Bawak laju skit mesti Iman bising lagi.

"Ayah ni bawaklah elok-elok....bawak laju sangat. Bahaya."

Ayahnya dah jadi pening kena tegur dengan pegawai jpj umur 3 tahun.

Aku, ketawa jerlah...

Tuesday, November 19, 2013

Tolonglah Aku!

Ini kisah semasa aku di asrama.

Tiap malam aku tak dapat tidur gara-gara seorang perempuan Cina.

Perempuan Cina ini akan datang dalam keadaan dipenuhi darah menitis-nitis.

Rayunya "Tolonglah aku...aku dirogol dan dibunuh oleh askar Jepun di bilik basuh di bangunan ini."

Korang rasa selama dua tahun aku di sana boleh tak aku tidur lena?

Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku pendamkan cerita ini.

Bila aku tengok cerita Ghost Whisperer, rasa terkasima, langsung teringat.

Buat temanku Cak Om yang aku tahu silent reader blog ini....sekarang awak faham kan kenapa saya agak weird masa zaman persekolahan dulu..... :)

Saturday, November 16, 2013

3 Tahun, 13 Tahun

Hari ini genap 3 tahun emak meninggalkan kami. Aku rindu emak...juga ayah. Al-Fatihah untuk mereka.
 
Hari ini juga genap 13 tahun usia perkahwinan aku dan Abg.
 
Semoga Allah kurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat buat kami. Semoga Allah satukan kami bersama kembali suatu hari nanti.
 
Abg mahu bawak aku makan sedap-sedap hari ini. Aku tolak dengan baik.
 
"Untuk kebaikan kita bersama, silalah bawak Bearcat ke tempat makanan yang sihat dan kalorinya rendah."
 
*senyum*
 


Friday, November 15, 2013

Bila Malu Bertanya....

Dalam dunia ramai orang malu untuk bertanya sesuatu yang mereka tak tahu atas alasan takut orang anggap dirinya itu bodoh.

Pada aku biarlah aku dianggap bodoh jangan sampai sebab aku tak nak bertanya, aku akan melakukan perkara bodoh yang akan ditertawakan orang nanti.

Suatu hari tu aku duduk-duduk dengan Iman sambil tunggu Abg selesai workout. 

Masuklah dua orang perempuan yang badan berisi berpakaian sukan agak ranggi dalam lingkungan 40an. Depa terus menuju ke threadmill. Sebelum ni aku tak pernah nampak pulak muka depa ni.

Aku terus bersembang dan usik-usik Iman sambil mata memandang ke arah cermin bertentangan. Kiranya aku nampaklah kakcik dua orang yang sedang berada di atas threadmill.

Semakin lama aku nampak kakcik yang sorang tu lari semakin laju. Hebat kata hati kecikku. Ni mesti bukan sebarang kakcik walaupun badan bulat.

Tiba-tiba aku nampak threadmill makin laju dan tangan kakcik tu dah ke kiri ke kanan menekan semua butang yang ada.

Oh tidak! Aku tak mahu melihat sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Aku dukung Iman dan bergerak ke arah threadmill.

Sayangnya aku terlambat. Kakcik tu dah rebah jatuh tertiarap macam dugong atas conveyer. Wallamak!

Aku cepat-cepat duduk kembali takut kakcik tu rasa malu. Kawan kakcik dah tolong angkat kakcik tu.

Fuh! Lelaki Cina kat threadmill di sebelah kakcik tu buat bodoh jer. Bukan nak tolong pun. Buatnya kakcik tu terhempas kepala ke besi dan kojol, baru jenuh ko yang jadi saksi.

Tapi di samping rasa kesian, aku tergelak-gelak kecik. Itulah akibatnya malu bertanya sesat jalan dah tergolek macam dugong hehehe.

Semalam pun ada dua tiga muka baru yang tak reti nak guna peralatan. Walhal suisnya tak di on, mana mahu benda tu nak jalan. Abis-abis dikatanya alatan rosak. Ngok ngek. Sekian.

Thursday, October 31, 2013

Mesyuarat Yang Aman

Petang tadi bermesyuarat bersama-sama beberapa orang penting jabatan-jabatan yang berkaitan. Bermesyuarat untuk mendapatkan kata putus atau lebih tepat solusi tentang masalah yang sedang dihadapi.

Yang terlibat terdiri daripada dua tiga nama yang dah biasa terdengar tentang keegoan dan kekerasan kepala mereka. Khabar angin yang aku dengarlah.

Tapi alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berbincang secara berhemah dan tersenyum sehingga ke akhir majlis.

Bisik seorang TP kepada bosku : Bagus mesyuarat kita, semuanya berlapang dada.

Aku tersenyum. Jika approachnya betul dan saling hormat-menghormati segalanya akan berlangsung dalam ketenangan.

Alhamdulillah.

Monday, October 28, 2013

Chicken Pox

Last week Iman kena chicken pox atau demam campak. Berjangkit dengan kawan-kawan di taska. 

Aku : Iman kena demam campak ni...
Iman : Mama nak campak Iman kat mana?

Giler jujur Iman tanya aku. Aku tergelak-gelak jadinya.

Alhamdulillah, chicken pox Iman tak seteruk mana. Aku ke klinik untuk ambik ubat demam, ubat gatal dan losyen calamine.

Setahap mana teruk atau tidak chicken pox Iman, nampaknya aku dan Abg terpaksa bergilir-gilir lagi ambik cuti. Aduh...nampaknya untuk tahun ni dah tak ada cuti untuk makan angin hehe. Takperlah, tahun depan jer pi jalan-jalan :p

Posing Iman nak tunjuk chicken poxnya...tak berapa banyak.

Thursday, September 5, 2013

Patin Masak Tempoyak di Temerloh, Terbaik!

Aku ke Temerloh baru-baru ni. Tak sah kalau ke sana jika tak mencuba ikan patin masak tempoyak. Kami singgah di Go'Bang Patin Tempoyak.
 
Fuh! Sedapnya! Pedas, pekat, terangkat patin masak tempoyaknya. Isi ikan manis. Akhirnya lepas makan kami tapau lagi 5 bekas patin masak tempoyak untuk bawak balik ke Penang. Ikan patin masak tempoyak kat situ memang TERBAIK! Memang aku suggest kepada mereka yang ke Temerloh untuk singgah makan di sini. Taukeh kedai dan para pekerjanya juga mesra pelanggan.
 
 Sirap bandung yang menarik.
 
 Seketul RM10
 
Set sorang makan; RM12
 
 Paknjang yang asalnya tak makan tempoyak...berakhir dengan hirup 2 mangkuk kuah patin tempoyak kekeke.
 
 Jangan ragu-ragu...memang TERBAIK!
 
Terdapat juga menu lain selain patin masak tempoyak.

Monday, August 26, 2013

Korek-Mengorek

Aku memang tak bolehlah dengan spesies manusia yang bila duduk saja-saja tangannya akan mengorek telinga, mata, mulut atau hidung. Maksud aku perlakuan korek-mengorek ni dilakukan di depan public.
 
Kemudian dengan rasa tidak bersalahnya dia akan pergi bersalam dan tepuk-tepuk belakang orang yang dia kenali semasa aktiviti korek-mengorek itu sedang berlangsung.
 
Pergilah basuh tangan tu dulu...huhuhu. Geli ler. Atau haruskah aku yang suruh orang tu pegi basuh tangan atau?
 

Sumber : Google


Sunday, August 25, 2013

Helikopter Tak Nak Haramkan Ke?


Seorang menteri menyatakan kalau diikutkan hatinya beliau ingin menghentikan perkhidmatan bas ke Genting Highland ekoran kemalangan bas yang meragut 37 nyawa baru-baru ini.
 
Beliau takder pulak menyebut nak menghentikan penggunaan helicopter berikutan insiden yang hampir-hampir menyebabkan beliau mendapat kecelakaan semasa pilihanraya yang lepas.
 
Sebagai seorang menteri silalah berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan. Nampak tak berapa cerdik pulak.

Wednesday, August 21, 2013

Kerupuk Kulit Kerbau

Sorang staf aku baru balik dari Acheh. Antara ole-ole yang dibawa balik dari sana ialah Kerupuk Kulit Kerbau. Aku jadi excited nak cuba kerupuk ni. Rupa luaran macam keropok ikan yang telah digoreng. Tapi ianya dihasilkan daripada kulit kerbau yang telah dikeringkan.
 
Dengan lafaz Bismillah aku suapkan kerupuk ini ke dalam mulut sambil tersenyum. Selepas mengunyah beberapa kali senyuman aku pudar, dahi mula berkerut-kerut.
 
Sumpah! Bau lembu! Aku rasa sedang mengekah belakang lembu hidup di padang pastura.
 
Uwahahahahuhuhu.
 
Mungkin tak biasa sebab tu aku jadi mereng seketika lepas abis sekeping kerupuk kulit kerbau tu. Terus kena migraine haha.
 
Rupanya kerupuk ini dimakan dengan nasi, mee goreng dan jenis makanan yang sewaktu dengannya.


 
 
p/s"Kata adik aku pulak dia seolah-olah menjilat badan lembu masa mengunyah kerupuk ini."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...