Pernah tak korang beli kad untuk ucapkan tahniah atau takziah kepada kawan-kawan?
Perkara paling bodoh yang pernah aku buat ialah tertukar kad tahniah dengan kad takziah.
Pada waktu yang sama, seorang kawan akan berkahwin sementara seorang lagi sakit.
Prihatinlah kiranya...aku pun belikan kad untuk dihantar kepada dorang.
Masa tu aku tengah serabut dengan final exam yang memang nak buat pelajar macam aku ni mati di kepuk (harap faham...kalau tak faham tak per hehe).
Balik dari shopping mall aku bersemangat tuliskan kad dan pos kepada kawan yang akan melangsungkan perkahwinannya di minggu hadapan.
Kebetulan dengan exam clinical yang macam nak maut tu menyebabkan aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinannya.
Balik dari pejabat pos aku terus ke meja study...nak sambung baca buku untuk exam seterusnya.
Kad untuk kawan yang sakit belum aku poskan.
Aku buka kad tersebut sambil berfikir apa yang nak aku tuliskan kepada kawan ku itu.
Oh! Terkedu.
Kenapa dalam kad tu ditulis CONGRATULATIONS!
Macam aku nak hantuk kepala ke dinding.
Aku dah tersilap hantar kad kepada kawanku.
Sah mata dan otakku dah tak synchronize time aku tulis kad untuk kawan ku.
Akibatnya...aku kehilangan seorang kawan.
Aku jamin dia marah sangat bila terima kad aku.
Sudahlah dia memang spesies pemarah tahap dewa petala bumi.
Sekian. Hilang seorang kawan akibat sekeping kad.
Monday, September 15, 2014
Saturday, September 13, 2014
Kelas Roti : Lahar Kepar, Kepala Batas
Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar membuat roti, anda bolehlah berhubung dengan Ustazah Aminah. Bayaran adalah berpatutan dan kaedah pembelajaran sangat santai.
| Pembelajaran secara hands-on |
Lebih mudah kiranya anda datang secara berkumpulan 8-10 orang untuk kelas roti ini.
Anda akan diajar untuk membuat pelbagai roti yang sedap untuk jualan. InsyaAllah, Ustazah Aminah sangat tidak kedekut dengan ilmu.
| Bentuk pelbagai hasil tangan pelajar |
| Selesai kelas...tapau. |
Aku berminat belajar membuat roti dengan Ustazah Aminah selepas aku beli dan rasa roti yang beliau hasilkan. Memang sedap!
| Roti Pizza |
Ustazah Aminah juga sangat menggalakkan para pelajarnya untuk memulakan bisnes roti setelah belajar. Ini adalah untuk memenuhi tuntutan agama dalam menghasilkan makanan yang halal dan suci bagi keperluan umat Islam.
Jom...sama-sama kita menuntut ilmu :)
Ustazah Aminah
019-5456254
Friday, September 12, 2014
Matikanlah Kami Dalam Iman
Minggu ni aku agak kelam-kabut.
Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Allah pula duga aku dengan sakit mata (conjunctivitis).
Dalam keadaan mata pedih dan cekang aku terpaksa bergerak.
Bergerak mulut jer...bagi arahan dan minta tolong daripada ahli keluarga yang lain.
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan ahli keluarga yang baik; sangat membantu.
Aku merancang untuk melakukan semuanya sendirian; atau berdua dengan Abg.
Tapi Allah bagi aku rehat.
Dengan spek hitam; yang Abg hadiahkan aku sempena sakit mata.
Alhamdulillah...dapat spek hitam yang cantik.
Malam, baru aku akan keluar rumah dengan Abg.
Waktu malam kurang sikit pedihnya mata ini.
Tapi aku tetap pakai spek hitam untuk kurang kan gatal dan silau...pedih.
Dalam kereta aku diam berfikir perancangan yang dibuat.
Perlaksanaannya semua atas izin Allah.
Tiba-tiba anakku mula menyanyi.
"Ya Allah, matikanlah kami dalam iman."
Sepanjang jalan anakku melagukan ayat itu.
Aku tersenyum sendirian.
Allah sayangkan hambaNya.
Maka diturunkan kesakitan, musibah dan kesusahan.
Hanya semata untuk memastikan hambaNya makin dekat padaNya.
Terima kasih ya Allah.
Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Allah pula duga aku dengan sakit mata (conjunctivitis).
Dalam keadaan mata pedih dan cekang aku terpaksa bergerak.
Bergerak mulut jer...bagi arahan dan minta tolong daripada ahli keluarga yang lain.
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan ahli keluarga yang baik; sangat membantu.
Aku merancang untuk melakukan semuanya sendirian; atau berdua dengan Abg.
Tapi Allah bagi aku rehat.
Dengan spek hitam; yang Abg hadiahkan aku sempena sakit mata.
Alhamdulillah...dapat spek hitam yang cantik.
Malam, baru aku akan keluar rumah dengan Abg.
Waktu malam kurang sikit pedihnya mata ini.
Tapi aku tetap pakai spek hitam untuk kurang kan gatal dan silau...pedih.
Dalam kereta aku diam berfikir perancangan yang dibuat.
Perlaksanaannya semua atas izin Allah.
Tiba-tiba anakku mula menyanyi.
"Ya Allah, matikanlah kami dalam iman."
Sepanjang jalan anakku melagukan ayat itu.
Aku tersenyum sendirian.
Allah sayangkan hambaNya.
Maka diturunkan kesakitan, musibah dan kesusahan.
Hanya semata untuk memastikan hambaNya makin dekat padaNya.
Terima kasih ya Allah.
Saturday, September 6, 2014
Roti Senget Benget
First time buat roti.
Tangan keras tak berseni langsung.
Walaupun roti lembut dan gebu, bentuknya out.
Korang tengok boleh.
Janganlah gelak kuat-kuat sangat.
Malu aku.
![]() |
| Percubaan Pertama. Senget! |
![]() |
| Gebu |
![]() |
| Percubaan kedua. Letak cheese dan tabur gula. |
![]() |
| Percubaan ketiga. Bulat tak serupa bulat. |
![]() |
| Percubaan keempat. Sos main tuang dari botol. |
![]() |
| Percubaan kelima. Adalah bentuk sikit. |
![]() |
| Suka yang ni. Kecik comel berkilat. |
Banyak-banyak benda, berus dan botol sos aku lupa beli.
Maka beginilah rupanya.
Apa-apa pun alhamdulillah...menjadi.
Anak dan Abg dah suruh buat roti hari-hari.
Nampaknya biceps aku akan membesar.
Tak payah susah-susah angkat dumbell lagi.
Friday, September 5, 2014
Happy Birthday Abe Sahak!
Monday, September 1, 2014
Bun
Aku la ni tengah gila buat roti bun.
Alang-alang dah pi kursus takkan nak biar ilmu berlapuk macam tu.
Maka tiap-tiap hari aku cuba praktis buat bun.
Almaklumlah aku ni bukannya pandai...yang biasa buat pun pizza ja.
Malam ni aku buat bun lagi.
Anak aku tanya "Bun ni nama apa pulak mama?"
"Bun Ki Moon."
Spontan aku jawab sebab dah terlalu mengantuk dan letih.
Anak aku terus dok menyanyi-nyanyi "Mama buat roti bun kin moon." berulang-ulang.
Hentam sajalah labu :-p
Alang-alang dah pi kursus takkan nak biar ilmu berlapuk macam tu.
Maka tiap-tiap hari aku cuba praktis buat bun.
Almaklumlah aku ni bukannya pandai...yang biasa buat pun pizza ja.
Malam ni aku buat bun lagi.
Anak aku tanya "Bun ni nama apa pulak mama?"
"Bun Ki Moon."
Spontan aku jawab sebab dah terlalu mengantuk dan letih.
Anak aku terus dok menyanyi-nyanyi "Mama buat roti bun kin moon." berulang-ulang.
Hentam sajalah labu :-p
Monday, August 18, 2014
Macam Tu Nak Tangkap Rama-rama Rupanya...
Last week aku bersembang dengan seorang penyelidik senior.
Memang seronok sembang dengan 'orang lama' ni.
Pengalaman cukup banyak.
Pastu penyelidik ni tanya aku tahu dak teknik nak umpan dan tangkap rama-rama dengan mudah.
Aku manalah tahu.
Kemudian dia pun bukalah rahsia.
Korang tau apadia?
Kata dia, gunakan air kencing.
Sat ja rama-rama akan mai.
Aku spontan tergelak-gelak.
Penyelidik tu kata "Ini serius walaupun bunyinya macam lawak."
Rahsia dah terbongkar...
Cuba korang cuba, try, test tengok haha.
Memang seronok sembang dengan 'orang lama' ni.
Pengalaman cukup banyak.
Pastu penyelidik ni tanya aku tahu dak teknik nak umpan dan tangkap rama-rama dengan mudah.
Aku manalah tahu.
Kemudian dia pun bukalah rahsia.
Korang tau apadia?
Kata dia, gunakan air kencing.
Sat ja rama-rama akan mai.
Aku spontan tergelak-gelak.
Penyelidik tu kata "Ini serius walaupun bunyinya macam lawak."
Rahsia dah terbongkar...
Cuba korang cuba, try, test tengok haha.
Tuesday, August 12, 2014
Gambar Raya Lama 1
Aku terjumpa gambar raya masa puluhan tahun yang lepas.
Gambar masa aku masih tinggal di kampung.
Aku pun dah tak tahu mana perginya kawan-kawan aku dalam gambar tu.
Indahnya saat masih kecik...
![]() |
| Aku, sepupu dan rakan-rakan semasa kecik. |
Kami bergambar di depan rumah aku; di depan pokok ketapang yang besar.
Rindunya saat itu. Keliling kampung kami ronda kutip duit raya.
Thursday, August 7, 2014
Roti Jala Untuk Makan Malam
Petang semalam aku teringin sangat nak makan roti jala cicah dengan kari ayam dan kentang. Manalah nak cari malam-malam orang jual roti jala. Akhirnya kenalah balik kerja dan masak sendiri.
Laaa...rempah kari daging cuma ada sebungkus dalam almari. Mau tak mau aku campur sebungkus rempah kari daging dan sebungkus lagi rempah kari ikan. Sedap. Kari aku tak pakai santan. Tapi tetap pekat dan likat. Serbuk kari kena banyaklah sikit.
First time aku gunakan frying pan yang paknjang belikan untuk aku di Pasar Kemboja, Parit Buntar. Memang baguslah frying pan tu.
Mak ajar aku kalau buat roti jala, setiap kali dah habis menjala acuan tu kena terbalikkan supaya muncungnya tak tersumbat dengan tepung dan jadi "buta". Ha..ingatlah tu ya.
Frying Pan untuk roti jala.
Roti jala aku lipat fesyen lama macam mana arwah mak ajar aku dulu.
Kari ayam. Yang banyaknya kentang.
Iman di dalam wad pada pagi raya. Dia nak pakai baju raya tapi dok termenung sebab tak boleh beraya.
Iman makan roti jala sahaja tanpa kuah. Iman kata budak-budak memang makan roti jala kosong. Pandailah dia hehe.
Bila masak roti jala aku akan teringat arwah mak dan ayah. Mak selalu masak roti jala sebab ayah sangat suka makan roti jala di waktu petang. Rindunya kat depa...
Oh ya! Sekeping roti jala nilai kalorinya adalah 30kcal. Itu nilai kalori roti jala tanpa kuah kari ya hehe.
Wednesday, August 6, 2014
Ucapan Selamat Hari Raya Yang Terlewat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan moga tak terlewat.
Gambar di pagi raya. Iman yang snap. Kepala kami dah hilang! Ler...
Kami beraya di hospital.
Anak kesayangan kena serangan asthma dua hari sebelum raya.
Akhirnya kampung Abg pun kami tak sampai.
Tersangkut di hospital di pertengahan jalan balik ke kampung.
Tangan dah dicucuk pun gigih lagi nak main tab. Pastu bising sakit jarum tercucuk hehe.
Ni mesti tengah mimpi jadi Ultraman.
Rupanya terasa kesedihan di malam raya berada di wad.
Sedih lihat keadaan anak dengan nebulizernya.
Sedih dengar bunyi takbir raya.
Sedih sebab macam-macam perancangan telah dibuat untuk memeriahkan raya di rumah mertua;
Semuanya tergendala.
Kemudian aku tersedar.
Apa sangatlah kesedihan aku tu nak dibandingkan kesedihan rakyat Palestine.
Insaf terus.
Alhamdulillah Makndak dan Maklong sudi hantarkan juadah di malam dan pagi raya.
Terima kasih!
Sayang Makndak dan Maklong.
Aku tak reti nak balut ketupat stail Kelantan macam ni. Macam susah jer.
Sia aka mangkuk bertingkat yang penuh juadah untuk pagi raya esoknya.
Mak mertua dan ipar-ipar juga melawat Iman di wad.
Terima kasih!
Kek yang aku tempah daripada sepupuku...kononnya nak buat suprise kat Mak Mertua.
Menu Iman untuk Hari Raya Kedua. Kalau order sah mama dan ayah Iman yang pulun makan.
Setiap sejam Iman kena pakai Nebulizer. Moga cepat sembuh terus anakku.
Subscribe to:
Posts (Atom)








