Minggu ni aku agak kelam-kabut.
Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Allah pula duga aku dengan sakit mata (conjunctivitis).
Dalam keadaan mata pedih dan cekang aku terpaksa bergerak.
Bergerak mulut jer...bagi arahan dan minta tolong daripada ahli keluarga yang lain.
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan ahli keluarga yang baik; sangat membantu.
Aku merancang untuk melakukan semuanya sendirian; atau berdua dengan Abg.
Tapi Allah bagi aku rehat.
Dengan spek hitam; yang Abg hadiahkan aku sempena sakit mata.
Alhamdulillah...dapat spek hitam yang cantik.
Malam, baru aku akan keluar rumah dengan Abg.
Waktu malam kurang sikit pedihnya mata ini.
Tapi aku tetap pakai spek hitam untuk kurang kan gatal dan silau...pedih.
Dalam kereta aku diam berfikir perancangan yang dibuat.
Perlaksanaannya semua atas izin Allah.
Tiba-tiba anakku mula menyanyi.
"Ya Allah, matikanlah kami dalam iman."
Sepanjang jalan anakku melagukan ayat itu.
Aku tersenyum sendirian.
Allah sayangkan hambaNya.
Maka diturunkan kesakitan, musibah dan kesusahan.
Hanya semata untuk memastikan hambaNya makin dekat padaNya.
Terima kasih ya Allah.
2 comments:
kata ilmuan " jangan kamu kata syurga itu milik kamu, sehingga kamu di uji.. tanda2 kasih sayang ALlah terhadap hambanya dengan dianugerahkan ujian yg setara dgn kemampuan demi meninggikan darjat.di sisi NYA.. InsyaALlah
Ya Anon...tepat sekali :)
Post a Comment