Sekejap saja rasanya kita dah bakal menyambut Hari Raya Korban pulak minggu hadapan. InsyaAllah, tahun ini kami akan buat korban di Terengganu. Ya, balik beraya di Terengganu lagi. Doanya segala urusan perjalanan dipermudahkan Allah.
Urusan adik-adik juga telah aku selesaikan, alhamdulillah. Sudah lepas janjiku kepada arwah mak dan ayah. Lepas ini pandai-pandailah mereka nak menjalani hidup yang penuh dengan cabaran ini. Aku sudah letih. Aku mahu berehat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluargaku.
Semalam, walaupun agak letih, aku buatkan roti untuk Iman dan Abg. Kesian aku tengok Iman yang nak sangat makan roti yang aku buat. Untuk Abg pula aku buatkan Roti Sarang Lebah.
Hari tu Makngah ada berikan kami Roti Sarang Lebah. Bila dah makan dan rasa sedap, mulalah aku cuba untuk membuatnya. Sebelum ni aku tak terliur langsung melihat Roti Sarang Lebah di dalam FB dan blog-blog masakan. Aku bayangkan roti ni besar. Rupanya, comel dan taklah terlalu manis.
Resepi doh aku gunakan resepi roti yang aku ada. Manakala resepi Sos Butterscotchnya aku ambil daripada blog Secubit Garam
Abg suka sangat makan Roti Sarang Lebah ni. Kalau nak beli kena order, so baiklah aku buat sendiri. Kata Abg rasa roti yang aku buat sama dengan rasa roti yang Makngah bagi. Alhamdulillah :)
Sekejap lagi nak ajak Abg keluar bawa Iman jalan-jalan. Satu hari terperap di dalam rumah yang comel ni. Kesian Iman. Esok dah sekolah. Mesti Iman rasa bosan.
p/s"Maaflah...aku malas menyalin semula resepi hehe. Boleh jer ke blog Secubit Garam yang popular tu untuk resepi lengkap."
No comments:
Post a Comment