Kenapa ramai orang suka jadikan orang gemuk sebagai bahan lawak mereka?
Mungkin mereka ingat orang yang mereka bahan itu seronok atau tak kisah sehingga setiap perbualan pasti mereka mahu selitkan orang gemuk sebagai bahan jenaka.
Ya, ramai orang yang berbadan besar ini tampak cool di luar dan boleh tersenyum dengan gurauan rakan-rakan walaupun kadang-kadang gurauan itu melampau bila disamakan orang itu dengan haiwan dan sebagainya. Tapi di dalam hatinya dapatkah kamu semua merasa? Yang pasti hatinya akan terhiris dan terluka.
Cukuplah. Jangan jadi orang yang ada otak tetapi tidak boleh berfikir. Pandang diri sendiri. Tak ada yang sempurna pastinya.
Dan ingatlah apa yang kamu persendakan itu adalah ciptaan Allah setiap satunya.
Tuesday, March 31, 2015
Monday, March 30, 2015
Diuji Lagi...
Credit to Google
Sejak dua minggu lalu ada perkara-perkara yang perit berlaku. Aku yang menanggungnya terasa perit dan pedih. Tapi bila dipandang hikmah atas setiap yang terjadi itu buat aku amat bersyukur. Aku dapat kenal di mana kekuatan dan kelemahan diri ini. Aku dapat kenal siapa yang benar sayangkan diri ini. Aku dapat kenal kejujuran dan kepura-puraan.
Aku sedar aku cuma hambaNya yang lemah. Allah menguji aku dan terus-terusan menguji. Yang pasti tempiasnya terkena kepada Abg dan Iman. Namun mereka tetap berdiri teguh di sampingku. Begitu juga dengan bapa dan ibu saudaraku serta bosku. Bosku? Ya...Allah mahu tunjukkan sesuatu. Sesuatu yang aku buta selama ini. Maafkan aku.
Aku bersyukur Allah masih sayangkan aku. Allah masih pandang aku dan sebab itu aku terus diuji. Aku harus sabar, terus berusaha dan berdoa.
Sampai masanya aku akan terpaksa memilih haluanku sendiri.
Benar kata sahabat baikku. Kita sedang diuji, habis-habisan, kerana Allah tahu apa yang baik untuk kita. Allah mahu kita keluar daripada semua ini kerana setiap hari kita berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Mungkin yang kelihatan ini nampak baik untuk dunia kita tapi tidak sebaliknya untuk akhirat kita. Ya...itu juga yang aku percaya.
Wednesday, March 25, 2015
Nak Berhenti Kerja Atau Tidak...
Aku dalam dilema. Hati ini hendak sangat berhenti kerja. Mahu jadi suri rumah sepenuh masa dan tak terbelenggu dengan ikatan pekerjaan.
Aku dah bekerja di jabatan ini selama 6 tahun. Banyak yang telah aku lalui. Aku suka dengan profesionku. Aku suka dengan tempat kerjaku. Cuma ada beberapa hal yang selalu buat diri ini terganggu.
1. Aku sangat tidak suka bila berbos kan seorang lelaki yang mana bila ada mesyuarat atau majlis yang aku terpaksa berkereta dengan dia. I hate it! Sah-sah itu dah melanggar hukum agama walaupun aku dah meminta izin daripada suami. Salah tetap salah. Itu tak kira bila diajak pergi makan yang mana aku selalunya heret kerani aku bersama.
2. Staf aku 90% lelaki. Aku terpaksa bekerja dengan lelaki. Ada masa terpaksa bekerja hanya berdua terutama bila melakukan prosedur. Takkan nak ajak satu jabatan bila nak buat prosedur yang hanya memerlukan dua manusia. Dan takkan tiap masa aku nak kena ajak kerani aku temankan aku untuk kerja yang dia tak sepatutnya tunggu. Sekali sekala tak apa. Dia pun perlu jaga ofis dan melayan pelanggan jabatan.
3. Kerja-kerja aku yang melibatkan proses euthanasia. Aduh! Masa study dulu tak pernah terfikir untuk buat ini semua. Tapi ini adalah rutin kerja aku. Walaupun dah jadi rutin, air mata aku tetap mengalir dan aku mohon keampunan daripada Allah selepas setiap kali prosedur dijalankan.
4. Pengajaran untuk student research. Ramainya student lelaki yang terpaksa aku bagi training. Maka sama saja seperti sebab nombor 2 tu. Post graduate student biasanya akan datang secara perseorangan bukan dalam kumpulan seperti under graduate student.
4 perkara ini saja sudah buat aku tak tenang...jiwa memang tak tenang. Rasanya kerja aku memang tak berkat bila bercampur dengan unsur-unsur yang dilarang dalam agama.
Aku masih mencari-cari untuk melakukan sesuatu yang berkat dan membawa ketenangan dalam hidup aku. Aku mahu walaupun bekerjaya, aku masih mampu mendidik anak aku sebagaimana arwah mak yang mendidik aku dengan sempurna.
Kadang-kadang bila fikir kembali, aku kagum dengan arwah mak. Mak seorang suri rumahtangga. Mak ada buat kerja sampingan di rumah. Mak berjaya didik aku dengan sempurna. Dan mak juga mampu dapat pendapatan RM1-3k setiap bulan dengan buat kerja sampingan tanpa mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Aku?
Balik kerja dah masuk senja. Urus rumah sikit sebanyak lepas tu terkelepek tidur pengsan. Aku kesiankan anak aku. Sungguh-sungguh kesian...
Monday, March 23, 2015
Balik Kampung
Bila Iman balik kampung...
Halaman rumah nenek luas. Seronok Iman dan sepupu-sepupunya berlari sampai jatuh tergolek-golek hehe.
Yang lawaknya Iman kata susah nak fahamlah...dorang cakap Kelantan dan Terengganu :-)
Thursday, March 5, 2015
Tuesday, March 3, 2015
Keliru Lagi
Masa dalam kereta Iman dengan penuh keyakinan meminta aku pasangkan cd "Nabi Yusuf".
Aku dan Abg tercengang-cengang. Seingat aku kami tak pernah ada cd berkaitan kisah-kisah nabi. Cd nasyid dan zikir tu adalah.
"Nabi Yusuf yang mana ni Iman? Mama confuse."
"Itu...Nabi Yusuf yang mukanya hensem dan suara sedap tu, " balas Iman.
Lagi tercengang-cengang kami dibuatnya.
"Ish mama ni...ni Nabi Yusuf ni," sambung Iman lagi sambil menarik kotak cd di sebelah aku.
"Iman! Wahahaha."
Aku dan Abg dah gelak bagai nak rak dalam kereta. Iman pulak tercengang-cengang tengok gelagat kami.
Korang agak siapa "Nabi Yusuf" tu?
Credit to Google
Sami Yusuf la...wahahaha.
Adeih anakku. Tersimpul tali perut mama gelakkan kamu.
Friday, February 27, 2015
Urut Guna Syiling.
Korang pernah tak tengok teknik urutan menggunakan duit syiling?
Nyatanya itu bukanlah urutan tapi lebih kepada torehan di atas badan menggunakan duit syiling.
Aku ngilu bila tengok rupa badan orang yang kena urut dengan duit syiling.
Macam mangsa dera askar Jepun masa Perang Dunia Ke-2.
Kata orang yang diurut, dia sampai rasa nak meraung sebab terlalu sakit.
Mana tak sakitnya kalau abih salur darah kat belakang dah pecah kedarah.
Ish ish...
Natijahnya orang yang diurut tu terpaksa mengambil cuti sakit selama dua hari.
Hemm macam-macamlah.
Ni yang aku rasa nak pi urut tukang urut tu pulak he he.

Monday, February 23, 2015
Resepi : Roti Putih
Roti Putih
250 gram tepung high protein
125 mL air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula castor
1 sudu teh yis kering
Kaedah :
1. Jika menggunakan breadmaker, masukkan semua bahan dan tekan menu 1.
2. Jika menguli dengan tangan, pastikan air yang digunakan adalah air suam yang dimasukkan dengan gula dan yis. Biar hingga yis berbuih baru tuangkan ke dalam tepung yang telah dicampur dengan garam dan susu tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga adunan membentuk doh baru dimasukkan olive oil. Uli lagi sehingga sebati.
4. Biarkan doh naik untuk 1 jam.
5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
6. Bentukkan doh dan letakkan dalam bekas untuk membakar.
7. Biar doh naik sekali lagi untuk 45 minit - 1 jam.
8. Panaskan oven suhu 160 darjah celsius, api atas bawah selama 20 minit.
9. Masukkan doh dan bakar sehingga roti masak lebih kurang 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
10. Keluarkan roti yang telah masak, sejukkan di atas redai.
11. Potong roti bila telah benar-benar sejuk.
*Resepi ini akan menghasilkan roti putih yang lembut dan sedap seperti Roti Gardenia :)
Monday, February 16, 2015
Petua Untuk Kulit Yang Sihat Dan "Glowing"
Petua untuk kulit sihat ini menggunakan madu, minyak zaitun dan soda bikarbonat.
Campurkan satu sudu kecil madu, satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu kecil soda bikarbonat.
Jangan panik sebab bila ketiga-tiga bahan ini dicampur soda akan bertindak balas berbuih-buih macam sabun.
Sapukan di muka yang telah dibersihkan.
Biar dalam 15 minit.
Tapi tahanlah sikit naaa.
Bau campuran ni hancing macam kencing tikuih haha.
Kemudian cuci bersih muka anda.
Boleh rasa kulit sangat bersih dan lembut.
Buatlah seminggu sekali.
Hasilnya kulit akan lembut dan glowing.
Madu bertindak sebagai antibakteria, menegangkan kulit serta melembapkan.
Minyak zaitun akan melembapkan kulit.
Manakala soda bikarbonat bertindak sebagai agen pengelupasan yang lembut untuk muka.
Ianya akan menyingkirkan minyak berlebihan serta sel-sel kulit yang mati.
Cuba ya :)

Saturday, February 14, 2015
Tak Mahu Ke Sekolah
Sejak masuk 5 tahun anak aku sedikit meragam nak ke sekolah.
Dia tak teruja macam last year. Dulu, apa saja yang berlaku dalam kelas pasti semua dia akan ceritakan.
Aku dan Abg risau.
Selepas diselidik rupanya anak aku tak selesa dengan seorang guru kelasnya.
Kata anakku dia selalu dimarahi tanpa sebab.
Sebab tu lah setiap kali nak dihantar ke sekolah anakku mengalir-ngalir air matanya.
Akhirnya Abg pergi berjumpa guru kelas anakku yang seorang lagi tu.
Guru J ini memang penyayang dan lembut tutur katanya.
Abg bertanya sama ada anakku ini nakal dalam kelas.
Tidak, jawab guru J.
Akhirnya Abg pun memberitahu masalah anakku yang resah gelisah setiap kali hendak ke sekolah.
Pulang dari sekolah wajah anakku masam mencuka dan moody.
Kelmarin anakku dah kembali ceria.
Pulang dari sekolah pun mula ketawa dan menyanyi-nyanyi.
Katanya Guru L dah tak marah-marah lagi.
Guru L dah cakap dengan dia elok-elok.
Alhamdulillah.
Mungkin Guru L tersilap teknik dalam mendidik.
Dipukul rata satu teknik untuk semua budak.
Baguslah Guru j dan L cepat bertindak setelah permasalahan dikemukakan.
Aku dan Abg bukan tak biasa marah anak.
Marah kami bersebab dan kami akan sentiasa terangkan pada anakku itu kenapa kami marah dan apa tujuannya.
Dan marah kami bukan dalam bentuk jerkah tengking.
Sebab itulah anakku itu jadi 'terkejut' bila dijerit tanpa sebab musabab.
Dia keliru.
Moga anakku itu akan terus ceria dan bersemangat untuk terus ke sekolah :-)

Subscribe to:
Posts (Atom)