Anak akan mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan.
Aku suka uli, cubit dan cium anak aku tak kira masa. Aku jadi geram bila tengok anak aku. Aku rasa anak aku sangat comel dan gebu. Semua ibu akan ada perasaan yang sebegitu terhadap anak mereka. Itu normal. Walaupun anak-anak orang lain lebih comel dan gebu.
Rupanya anak aku juga buat semula apa yang aku buat pada dia. Pantang aku berbaring, dia akan datang dan uli, cubit dan cium aku tak henti-henti. Anak aku akan kata "Geram mama comel dan gebu. Geram saya nak cubit-cubit."
Rupanya itulah anak...apa yang kita beri, dia lihat dan dengar, itu juga dia akan ulang tayang kepada kita.
Berbuat dan beri contoh yang baik, insyaAllah anak itu akan jadi anak yang baik.
Thursday, November 27, 2014
Saturday, November 8, 2014
Plasticine
Tadi sambil makan malam, sambil melayan berita di tv.
Iman : Mama, plasticine tu kenapa pulak?
Aku : Plasticine yang mana?.
Iman : Tu...plasticine kat tv tu...
Aku pandang Abg. Abg angkat bahu sebab tak faham.
Iman dah nampak nak marah.
Iman : Plasticine yang Israel bunuh tu la!
Ooo Palestine.
Tak leh tahan....aku dan Abg gelak tak berbunyi.
Iman ternampak kami gelak.
Iman : Saya kan tak boleh sebut betul. Janganlah gelak!
Terus Iman merajuk.
Hehehe budak kecik yang prihatin.
Sorry ya sayang. Tapi mama gelihati.

Wednesday, November 5, 2014
Drama Bersiri : Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ)
Masihkah korang ingat dengan novel Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang ditulis oleh Tamar Jalis? Buku ini sangat popular di tahun 80an.
Aku sangat meminati novel bersiri ini walaupun aku ni penakut. Selalunya lepas aku baca buku SBDJ ni aku akan sorokkan di bawah tilam. Satu, sebab aku tak nak tengok gambar muka depan buku nanti aku susah nak tidur. Kedua, aku tak nak mak jumpa buku ni. Kalau mak jumpa buku ni...habis kena lempar masuk dalam hutan. Penat aku kumpul duit nak beli buku misteri dan seram terbaik sepanjang abad.
Aku suka cara Tamar Jalis mengolah cerita. Terasa hidup. Aku macam dibawa bersama di dalam perjalanan kisah Datuk dan Tamar Jalis. Yang lebih buat aku tertarik, setiap tempat yang diceritakan memang benar-benar wujud dan ada kisahnya tersendiri.
Semalam kali pertama SBDJ disiarkan di saluran Mustika HD 134 dan Astro Bella 133. Drama bersiri ini akan bersiaran setiap hari Selasa pada jam 10 malam. Adik aku yang whatsapp aku sebab dia tahu aku memang peminat tegar SBDJ.
Boleh tahan juga ya...episod pertama aku dah seram-seram sejuk. Watak Datuk dipegang oleh Rahim Razali. Memang sesuai...sebijik macam yang aku bayangkan tiap kali membaca SBDJ. Cumanya Datuk lebih gagahlah kot. Rahim Razali nampak macam tak larat jer hehe.
Aku harap drama bersiri ini akan sehebat novelnya. Kalau tidak memang buang masa Yusuf Haslam tunggu sampai 23 tahun untuk hasilkan drama ini.
Apa lagi...jom berselimut dan tutup telinga setiap malam Selasa, pukul 10 malam. Hehe...tu cara aku tengok cerita-cerita seram. Aku suka tutup telinga. Sebab pada aku wajah yang hodoh tak menakutkan sangat bila tak diiringi sound effect yang menggerikan.
Sunday, October 26, 2014
DeliverEat
Aku kerap juga order makanan melalui servis DeliverEat
Mudah. Cepat. Jimat minyak kereta dan tak perlu bayar parking.
Setakat ni aku puas hati dengan servis DeliverEat.
Servis di kawasan Penang dan Seberang Perai sahaja.
Selalunya aku order bila time makan di pejabat.
Order awal pagi, dan boleh pilih penghantaran pukul berapa yang kita nak.
Pernah jugak aku balik lambat dari pejabat, tak sempat nak masak, so aku order dari pejabat, setkan masa yang aku agak akan sampai rumah.
Sesampai di rumah, sekejap tu depa pun datang hantar makanan.
Sekarang depa dah tambah servis penghantaran barang-barang keperluan harian.
Pembayaran melalui perbankan internet atau kad kredit.
Rider depa pun ok baik-baik dan sopan.
Yang penting menepati masa.
Cuma servis ni ada kos minimum.
Elok kalau nak order banyak.
Selamat mengorder :)

Order dari Restoren Pelita melalui DeliverEat
Sekarang depa dah tambah servis penghantaran barang-barang keperluan harian.
Pembayaran melalui perbankan internet atau kad kredit.
Rider depa pun ok baik-baik dan sopan.
Yang penting menepati masa.
Cuma servis ni ada kos minimum.
Elok kalau nak order banyak.
Selamat mengorder :)
Saturday, October 25, 2014
Salam Maal Hijrah 1436
Salam Maal Hijrah 1436 untuk semua.
Moga tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Moga kita jadi seorang Islam yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Moga tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Moga kita jadi seorang Islam yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Tuesday, October 21, 2014
Kalaulah Semua Bos Baik Hati Macam Ni :)
Pagi tadi aku terbaca tentang kisah seorang majikan di India yang menghadiahkan kereta, apartment dan barang kemas kepada pekerja-pekerjanya sempena Deepavali.
Amboi! Kayonya pakcik!
I pun nak kalau macam tu...hehe
Untung isteri-isteri pekerja ni yang dapat hadiah barang kemas. Berbaloilah depa bekerja keras untuk syarikat ni kan...
Credit to NST
AHMEDABAD, India : A generous boss in western India has given 1,200 of his workers new cars, deposits for flats and thousands of dollars worth of diamond jewellery as rewards for loyalty.
The diamond merchant from the city of Surat presented the lavish gifts to the employees in a ceremony on Sunday before the major Hindu festival of Diwali.
The presents, including those for worker’s wives, were part of Savjibhai Dholakia’s company loyalty programme worth a total of 50 billion rupees ($815 million).
“We have rewarded those employees who have contributed to the development of the company over the years,” Dholakia, chairman of Hari Krishna Exports, told AFP on Monday.
“The have sacrificed their family lives for the progress of the firm and hence they deserve the reward,” Dholakia said from Surat, a diamond polishing and export hub.
Most employees receive presents of some kind from their bosses during Diwali, the festival of lights, but they are usually just boxes of Indian sweets.
Dholakia’s complex loyalty programme, in which employees earn points in 25 criteria, has been in place for five years – but this year the rewards have reached new heights.
“We gave apartments to 207 employees, cars to 491 and jewellery to 500 employees,” Dholakia said.
“The (deposits on) apartments were given to those who did not own one,” he said, while cars were given to those workers who already have their own home.
Jewellery, worth a maximum $5,860 apiece, was given to some employees as presents for their wives because spouses “have also contributed indirectly to the progress of the firm“, he said.
Employee Gaurav Duggal said his two-odd years of working for the company had been “indescribable”
“The jewellery which they have given me is not only priceless, it shows the sentiment that the company has towards me and other employees,” he told the NDTV network.
Dholakia’s firm exports polished diamonds to 75 countries. -AFP
Sunday, October 19, 2014
Resepi Sihat : Sup Lobak Putih
Credit to Google
Orang Cina sangat gemar makan lobak putih. Lobak putih banyak khasiatnya. Antara khasiatnya ialah dapat menambahkan air susu untuk ibu yang menyusu, baik untuk penghadaman, baik untuk sistem urinari yang sihat.
Arwah ayah sangat suka makan lobak putih. Jadinya aku pun suka makan lobak putih sebab arwah mak selalu masak sup lobak putih masa aku kecik-kecik dulu.
Sup Lobak Putih
Bahan-bahan :
Lobak putih - buang kulit dan dipotong nipis membulat
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Halia muda - hiris
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Garam
Gula - sekadar untuk naikkan rasa manis
Minyak zaitun
Cara-cara :
1. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia muda sehingga layu.
3. Masukkan air.
4. Masukkan lobak putih.
5. Perasakan dengan garam, gula, lada sulah dan serbuk lada hitam.
6. Masak sehingga mendidih dan lobak putih bertukar menjadi translucent.
*Jika suka boleh tambahkan daun bawang yang dipotong-potong pendek.
Untuk perisa boleh ditambah kiub ikan bilis atau stok ikan bilis.
Saturday, October 18, 2014
Lengkuas vs Halia
Hari ini aku masak laksa.
Pagi-pagi lagi aku dah senaraikan bahan-bahan dan minta tolong Abg ke pasar.
Aku memang tak gemar ke pasar.
Orang ramai, kadang-kadang tergesel-gesel.
Sudahlah barang yang dijinjing berat. Aduh.
Aku lebih suka ke Giant, Mydin atau Tesco.
Lebih mudah tolak barang-barang yang dibeli menggunakan troli.
Untuk buat laksa perlukan lengkuas.
Tapi ini kali kedua Abg kena kecoh dengan peniaga di pasar.
Abg minta lengkuas tapi dibaginya halia.
Yang lebih malang Abg ni tak kenal-kenal yang mana halia, yang mana lengkuas hehe.
Penat dah aku buat suai kenal antara lengkuas dan halia kepada Abg tapi asyik tak betul-betul beli lengkuas.
Rasanya sekali lagi aku akan snap gambar dan whatsapp gambar lengkuas bila Abg ke pasar lagi hehehe.

Tuesday, October 14, 2014
Monday, October 13, 2014
Sabah Menggamit Lagi
Hatiku bagai digamit untuk ke Sabah lagi. Masih terasa keseronokannya masa kami ke Sabah sedikit masa dulu.
Tapi bulan November dan Disember bukanlah masa yang sesuai untuk kami ke sana. Nampaknya kenalah tunggu tahun hadapan, insyaAllah.
Layan gambar-gambar yang aku snap masa trip ke Sabah hari tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)