Korang pernah tak tengok teknik urutan menggunakan duit syiling?
Nyatanya itu bukanlah urutan tapi lebih kepada torehan di atas badan menggunakan duit syiling.
Aku ngilu bila tengok rupa badan orang yang kena urut dengan duit syiling.
Macam mangsa dera askar Jepun masa Perang Dunia Ke-2.
Kata orang yang diurut, dia sampai rasa nak meraung sebab terlalu sakit.
Mana tak sakitnya kalau abih salur darah kat belakang dah pecah kedarah.
Ish ish...
Natijahnya orang yang diurut tu terpaksa mengambil cuti sakit selama dua hari.
Hemm macam-macamlah.
Ni yang aku rasa nak pi urut tukang urut tu pulak he he.
Friday, February 27, 2015
Monday, February 23, 2015
Resepi : Roti Putih
Roti Putih
250 gram tepung high protein
125 mL air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula castor
1 sudu teh yis kering
Kaedah :
1. Jika menggunakan breadmaker, masukkan semua bahan dan tekan menu 1.
2. Jika menguli dengan tangan, pastikan air yang digunakan adalah air suam yang dimasukkan dengan gula dan yis. Biar hingga yis berbuih baru tuangkan ke dalam tepung yang telah dicampur dengan garam dan susu tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga adunan membentuk doh baru dimasukkan olive oil. Uli lagi sehingga sebati.
4. Biarkan doh naik untuk 1 jam.
5. Tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
6. Bentukkan doh dan letakkan dalam bekas untuk membakar.
7. Biar doh naik sekali lagi untuk 45 minit - 1 jam.
8. Panaskan oven suhu 160 darjah celsius, api atas bawah selama 20 minit.
9. Masukkan doh dan bakar sehingga roti masak lebih kurang 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
10. Keluarkan roti yang telah masak, sejukkan di atas redai.
11. Potong roti bila telah benar-benar sejuk.
*Resepi ini akan menghasilkan roti putih yang lembut dan sedap seperti Roti Gardenia :)
Monday, February 16, 2015
Petua Untuk Kulit Yang Sihat Dan "Glowing"
Petua untuk kulit sihat ini menggunakan madu, minyak zaitun dan soda bikarbonat.
Campurkan satu sudu kecil madu, satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu kecil soda bikarbonat.
Jangan panik sebab bila ketiga-tiga bahan ini dicampur soda akan bertindak balas berbuih-buih macam sabun.
Sapukan di muka yang telah dibersihkan.
Biar dalam 15 minit.
Tapi tahanlah sikit naaa.
Bau campuran ni hancing macam kencing tikuih haha.
Kemudian cuci bersih muka anda.
Boleh rasa kulit sangat bersih dan lembut.
Buatlah seminggu sekali.
Hasilnya kulit akan lembut dan glowing.
Madu bertindak sebagai antibakteria, menegangkan kulit serta melembapkan.
Minyak zaitun akan melembapkan kulit.
Manakala soda bikarbonat bertindak sebagai agen pengelupasan yang lembut untuk muka.
Ianya akan menyingkirkan minyak berlebihan serta sel-sel kulit yang mati.
Cuba ya :)

Credit to Google

Saturday, February 14, 2015
Tak Mahu Ke Sekolah
Sejak masuk 5 tahun anak aku sedikit meragam nak ke sekolah.
Dia tak teruja macam last year. Dulu, apa saja yang berlaku dalam kelas pasti semua dia akan ceritakan.
Aku dan Abg risau.
Selepas diselidik rupanya anak aku tak selesa dengan seorang guru kelasnya.
Kata anakku dia selalu dimarahi tanpa sebab.
Sebab tu lah setiap kali nak dihantar ke sekolah anakku mengalir-ngalir air matanya.
Akhirnya Abg pergi berjumpa guru kelas anakku yang seorang lagi tu.
Guru J ini memang penyayang dan lembut tutur katanya.
Abg bertanya sama ada anakku ini nakal dalam kelas.
Tidak, jawab guru J.
Akhirnya Abg pun memberitahu masalah anakku yang resah gelisah setiap kali hendak ke sekolah.
Pulang dari sekolah wajah anakku masam mencuka dan moody.
Kelmarin anakku dah kembali ceria.
Pulang dari sekolah pun mula ketawa dan menyanyi-nyanyi.
Katanya Guru L dah tak marah-marah lagi.
Guru L dah cakap dengan dia elok-elok.
Alhamdulillah.
Mungkin Guru L tersilap teknik dalam mendidik.
Dipukul rata satu teknik untuk semua budak.
Baguslah Guru j dan L cepat bertindak setelah permasalahan dikemukakan.
Aku dan Abg bukan tak biasa marah anak.
Marah kami bersebab dan kami akan sentiasa terangkan pada anakku itu kenapa kami marah dan apa tujuannya.
Dan marah kami bukan dalam bentuk jerkah tengking.
Sebab itulah anakku itu jadi 'terkejut' bila dijerit tanpa sebab musabab.
Dia keliru.
Moga anakku itu akan terus ceria dan bersemangat untuk terus ke sekolah :-)

Sunday, January 18, 2015
Crossline
Petang semalam maklang call aku.
Tengah syok berborak tiba-tiba aku dengar suara bergelak ketawa. Aku tanyalah maklang, sepupu aku ada ke kat belakang tu?
Maklang kata tak ada sesiapa pun kat rumah. Dia pulak dengar orang bergelak juga. Maklang ingat itu suara Abg kat belakang aku.
Sah crossline.
Pengalaman pertama aku kena crossline masa di rumah sewa. Masa tu aku baru angkat gagang telefon nak call mak di kampung.
Crossline 1 :
"Assalamualaikum mok. Abe ni. Mok sihak?"
"Alhamdulillah...sihak. Abe sihak?"
"Alhamdulillah sihak. Mok...abe tokleh kecek lamo ni...nok pitih skit buleh? Tak dok duit nok make."
"Ok."
Aku letak gagang. Angkat gagang.
Crossline 2 :
Seorang lelaki tengah mengayat seorang perempuan di ofis yang sama. Aku letih nak taip sebab panjang sangat depa sembang.
Rasa nak bagi penampar pun ada gak dengar suara lelaki tu macam gatal jer dok mengayat pompuan yang tak nak ke dia haha.
Aku letak gagang. Angkat gagang.
Crossline 3 :
"Abang sihat dah? Makan ubat dah?."
"Dah yang. Tadi abang beli ketam dan nenas. Abang nak masak gulai lemak."
"Ok, mesti sedap tu. Abang rehat ya. Nanti saya balik kita makan sama-sama."
"Ok. Yang...yang...nanti budak-budak tido kita main ya."
"Eh abang kan tak sihat....lain kalilah."
"Alah bolehla...bolehla...bolehla yang."
"Ok. Tengoklah nanti kalau saya larat."
"Terima kasih yang."
Aku letak gagang. Main apa eh?
Masa tu nerd lagi.
Lepas tu baru terpikir.
Astaghfirullahalazim. Pi solat taubat terus aku haha.
Serik dah nak dengar crossline orang.
So korang hati-hati bila bercakap dalam telefon haha. Sekian.

Thursday, January 1, 2015
Petua Muka Berseri
Dulu aku pernah terbaca dalam sebuah buku petua...
Kalau nak bagi muka berseri, waktu nasi yang dimasak nak kering, pastikan wajah kita kena wap nasi yang sedang dok naik tu.
Senang bai tu.
Hari-hari aku masak nasi.
Hari-hari masa nak kareh nasi tu aku pun tala la wajah ke wap yang tengah naik tu.
Amboi berseri-seri muka aku bila hari-hari amal petua ni.
Satu hari arwah mak nampak aku mengamalkan petua nak bagi berseri muka ni.
"Oit! Hang nak wap muka pi guna ayaq panas dalam bekas lain. Nak kena budak ni orang dok makan nasi bekas wap muka dia."
Erkkk! Lariiiii.
Bila pikir balik betui gak apa yang mak aku kata.
Haha tapi kan nak buat macam mana...
Nasibla yang makan nasi tu.
Selamat Tahun Baru 2015 hehe.

Friday, December 26, 2014
Banjir Cepatlah Surut
Doanya moga banjir di negeri-negeri yang terlibat cepatlah surut.
Cuaca panas dah 4 hari dah tapi air masih naik dan naik (di KB).
Cukup-cukuplah cakap pasal politik dalam keadaan macam ni.
Rasa macam otak dah penuh ulat bila sampai dah dilanda bencana pun masih bercakap pasal parti WXY.
Aku pening.
Allah turunkan musibah pasti ada sebabnya untuk kita sama-sama muhasabah diri.
Sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Sama-sama berfikir macam mana kita boleh tolong saudara-saudara yang sedang diuji itu.
Sumbanglah apa yang boleh....
Kalau dah tak ada apa sangat nak sumbang, tolonglah berdoa dan solat hajat.
Tapi tak perlulah sumbangkan dosa kering dengan mengata macam-macam yang merapu meraban.
Adakalanya korang cakap macam koranglah orang yang paling dekat dengan Tuhan.
Adakalanya korang cakap macam korang tak dak Tuhan.
Aku cukup kesian dengan anggota keselamatan kita.
Saat ini dorang bertungkus-lumus dalam proses menyelamat dan menyalurkan bantuan.
Sampai tidur 2-3 jam.
Berpanas berhujan berjam-jam dalam bot, arus deras.
Ingatlah...dorang pun manusia biasa, bukannya terminator.
Ada di antara dorang keluarga sendiri pun menjadi mangsa banjir jugak.
Tutup mulut busuk korang kalau dah takder benda sangat korang nak bercakap.
Baik duduk diam-diam dan berdoa.
Tuesday, December 23, 2014
Sardin King Cup
Kalau nak masak laksa Penang, untuk bagi lebih sedap kenalah letak sardin dalam tin sebagai salah satu bahan kuah laksanya.
Sardin yang sedap untuk buat laksa adalah sardin King Cup.
Ni Maknjang yang ajar aku.
Mulanya aku ingat sardin King Cup ni produk bukan Islam.
Rupanya produk orang kita, alhamdulillah.
So sejak itulah aku dah mula guna sardin King Cup.
Hujan-hujan rasa terliur nak makan laksa pulak...adeih.

credit to : mukminbrand.com
Wednesday, December 10, 2014
Perancangan Kewangan
Emmm...ada sesuatu yang aku boleh ambil daripada penulisan blog ini tentang Perancangan Kewangan.
Terkadang aku rasakan aku terlalu banyak membazir wang kepada benda-benda yang tak perlu sebenarnya. Opps! Bukan shopping ya...itu agenda terakhir dalam senarai list aku hehe.
Jom sama-sama baca dan cuba implement kan apa yang disampaikan dalam penulisan tersebut.
Tuesday, December 9, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)