Pages

Wednesday, April 15, 2015

Creme Brulee

Bila hari yang dilalui agak pahit dan kaku...
Aku cari kemanisan dalam Creme Brulee.

Lepas tu aku dah boleh tersenyum :-)

Creme Brulee

Tuesday, April 14, 2015

Mee Tarik Warisan Asli


First time cuba makan mee tarik di Bandar Baru Bangi.

Boleh tahan harganya. Tapi seronok tengok depa tarik mee.

Rasa meenya macam meggi hehe.

Yang tooth pick lamb tu pedaih aih. Tak sesuai dengan selera aku.

Yang pasti makan kat sini tak kena GST. He he.

p/s"Aku masih teringin nak makan Nasi Air Kg Baru. Yang tu lagi sedap dan murah. Hari tu tak sempat pi."

Monday, April 13, 2015

WhatsApp

Aku tak suka betul dengan applikasi WhatsApp. Sapa yang ada nombor telefon aku boleh sesuka hati WhatsApp aku. Rimaslah.

Baru ni nombor telefon aku terlepas kepada orang yang tak sepatutnya. Walaupun masa bekerja aku ada berurusan dengan orang tersebut tapi tak perlulah berwhatsapp benda-benda yang tak perlu.

Aku block orang tersebut. For sure dia bengang. Buat masa ni aku belum terserempak lagi dengan orang tu.

Aku rasa WhatsApp ni tak ada privacy. Tambah-tambah lagi bila ada kawan-kawan yang suka sangat add aku ke dalam group yang aku tak nak. Bukan nak ditanya kita dulu. Dahlah group tak boleh nak block.

Ada satu group tu dah 4 kali aku left. Dah tak paham-paham orang yang sama dok add aku lagi. Nang bo ti nang kui bo ti kui betuila. Aku pm dia bagitau tolong jangan add aku lagi. Tapi dia sebagai admin bagi alasan semua orang dalam group tu nak aku masuk. Sah jenis tak paham cakap orang.

Telefon aku telefon zaman dinasour. Bila dah banyak sangat group plus group kerja maka paham-pahamlah apa jadi huhu.

Akhirnya aku nekad delete WhatsApp daripada telefon aku. Puas hati aku. Lega.

Err! Aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan sebab komunikasi kerja aku masih memerlukan WhatsApp.

Buatlah WhatsApp yang privacy. Yang hanya boleh digunakan oleh orang yang kita approve. Maka tak daklah masalah.

Ni orang jual rumah pun tak abih-abih dok hantar WhatsApp. Macam-macamlah hehehe. Dah. Bye.

Sunday, April 12, 2015

Usah Kecewa

Jangan bersedih jika jodoh tak kesampaian.

Jangan kecewa jika apa yang dirancang tidak kesampaian.

Yakinlah kepada Allah.

Kebergantungan cuma padaNya, bukan pada makhluk yang tiada kuasa.

Aku pernah kecewa dan tertanya-tanya suatu masa dahulu.

Namun akhirnya aku tersenyum melihat  hikmah apa yang berlaku itu.

Tak guna kita kecewa kerana manusia.

Kecewalah jika kita ditolak oleh Allah.

Kita sentiasa berdoa untuk kebaikan.

Yakinlah...Allah gagalkan perancangan kita kerana Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dunia dan akhirat kita... :-)

Kita tak pernah keseorangan...Allah sentiasa bersama kita...

Saturday, April 11, 2015

Kait

Maknjang wife kepada Paknjang sekarang ni ambik tempahan mengait kasut dan topi baby. Selain kasut dan topi baby, beg untuk sejadah pun ada. 

Comelnya! 

Teringat topi aku masa baby dulu. Masa tu Mak minta sorang sedara kaitkan untuk aku.

Aku dah minta Maknjang kaitkan satu set untuk baby lelaki, anak sahabat baikku. Sahabatku ini dah  sebulan melahirkan anak kelimanya. Tak sempat ke hospital...lahir dalam kereta. Alhamdulillah sahabatku dan babynya selamat.

Ok, mari kita jamu mata dengan topi dan kasut yang Maknjang kait. Comel! Hehe.









Thursday, April 9, 2015

Aiskrim Pasu

Aku tak pernah tahu tentang Aiskrim Pasu. Rasanya fenomena Aiskrim Pasu ni dah lama pun.

Tapi hari tu masa Hari Keluarga, depa ramai-ramai pakat beli Aiskrim Pasu di tepi pantai.

Harganya satu pasu RM5.

Oh! Macam tu rupanya Askrim Pasu. Macam-macam diletakkan di dalam pasu tu.

Iman dan Aiskrim Pasunya.

Aku yang bukan penggemar aiskrim rasa nak termuntah makan aiskrim yang dah dicampur macam-macam he he.

Iman pun tak dapat nak habiskan aiskrim yang dibeli oleh adikku kepadanya.

Dah. Aku takkan beli dah Aiskrim Pasu ni.


Wednesday, April 8, 2015

Bila Suami Memasak...

Abg tak pandai memasak. Abg kalau boleh memang nak avoid dapur. Mungkin dia tak selesa atau kekok. Abg cuma mahu tolong-tolong aku tapi Abg memang tak nak memasak sendiri.

Minggu lepas kami ke rumah Maksu. Teruja kami lihat Paksu gigih untuk memasak char kueh teow yang dia belajar dari Youtube. 

Paksu bagi semangat pada Abg untuk memasak.

Kebetulan aku tak berapa sihat. Dapur tak berasap berminggu.

Abg masuk dapur dan masak makan malam untuk dua hari. Dan inilah hasilnya...

Malam 1: Bihun goreng letak telur dan sosej ayam


Malam 2: Kueh teow letak ayam goreng beli di kedai tomyam

Alhamduillah! Sedapnya Abg masak!

Nampak Abg happy sangat dengan hasil pertama masakannya.

Lepas ni bolehlah aku ajar Abg masak masakan lain pulak. Air tangan Abg macam air tangan arwah Ayah...sedap sangat bila masak.

Tuesday, March 31, 2015

Kobitos

Credit to www.kobito-dukan.com

Bila tengah macam-macam ni aku tetiba teringin nak bela Kobitos.

Korang tahu apa itu kobitos?

Kobitos ni sangat pelik. Anak aku paling marah kalau aku usik dia macam Kobitos. Apatah lagi bila aku panggil dia Peach Bottom. Lagilah dia mengamuk.

Ah! Pandai Toshitaka Nabata yang reka watak Kobitos ni sampai aku pun tertipu ingat ada betul ke makhluk ni.

Tapi sangat comel dan hodoh pun ada Kobitos ni.

p/s"Iman marah aku panggil dia Peach Bottom sebab katanya punggungnya tak besar dan warna merah macam Peach Bottom haha."

Orang Gemuk Bahan Lawak?

Kenapa ramai orang suka jadikan orang gemuk sebagai bahan lawak mereka?

Mungkin mereka ingat orang yang mereka bahan itu seronok atau tak kisah sehingga setiap perbualan pasti mereka mahu selitkan orang gemuk sebagai bahan jenaka.

Ya, ramai orang yang berbadan besar ini tampak cool di luar dan boleh tersenyum dengan gurauan rakan-rakan walaupun kadang-kadang gurauan itu melampau bila disamakan orang itu dengan haiwan dan sebagainya. Tapi di dalam hatinya dapatkah kamu semua merasa? Yang pasti hatinya akan terhiris dan terluka.

Cukuplah. Jangan jadi orang yang ada otak tetapi tidak boleh berfikir. Pandang diri sendiri. Tak ada yang sempurna pastinya

Dan ingatlah apa yang kamu persendakan itu adalah ciptaan Allah setiap satunya.

Monday, March 30, 2015

Diuji Lagi...

Credit to Google

Sejak dua minggu lalu ada perkara-perkara yang perit berlaku. Aku yang menanggungnya terasa perit dan pedih. Tapi bila dipandang hikmah atas setiap yang terjadi itu buat aku amat bersyukur. Aku dapat kenal di mana kekuatan dan kelemahan diri ini. Aku dapat kenal siapa yang benar sayangkan diri ini. Aku dapat kenal kejujuran dan kepura-puraan.

Aku sedar aku cuma hambaNya yang lemah. Allah menguji aku dan terus-terusan menguji. Yang pasti tempiasnya terkena kepada Abg dan Iman. Namun mereka tetap berdiri teguh di sampingku. Begitu juga dengan bapa dan ibu saudaraku serta bosku. Bosku? Ya...Allah mahu tunjukkan sesuatu. Sesuatu yang aku buta selama ini. Maafkan aku.

Aku bersyukur Allah masih sayangkan aku. Allah masih pandang aku dan sebab itu aku terus diuji. Aku harus sabar, terus berusaha dan berdoa.

Sampai masanya aku akan terpaksa memilih haluanku sendiri.

Benar kata sahabat baikku. Kita sedang diuji, habis-habisan, kerana Allah tahu apa yang baik untuk kita. Allah mahu kita keluar daripada semua ini kerana setiap hari kita berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Mungkin yang kelihatan ini nampak baik untuk dunia kita tapi tidak sebaliknya untuk akhirat kita. Ya...itu juga yang aku percaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...