Hari Ibu....buat air mataku bergenang.
Jika tidak sudah pasti kami adik-beradik sibuk nak bawa mak makan di luar.
Sibuk nak belikan hadiah.
Entah, aku bagaikan terlupa mak dan ayah sudah tiada.
Pulang dari kerja, aku cepat-cepat memasak. Lepas memasak aku nak call mak, ada perkara menarik di tempat kerja yang aku nak ceritakan. Sambil tersenyum-senyum aku pegang hp.
Kemudian baru aku tersedar, mak dah tak ada. Aku rasa sangat-sangat lemah. Air mata terus mengalir. Aku renung hp. Renung nombor hp ayah yang sampai kini aku tak delete. Aku terlalu rindukan mereka. Terlalu....
Sekarang aku dah sihat. Aku mahu hadir sebagai anak yang sihat pada mak dan ayah. Aku mahu mohon maaf kiranya ada perbuatan aku selama ini yang aku sendiri tak sedar, di bawah kawalan diri.