Pages

Sunday, June 12, 2011

Lamanya Tak Update

Wow! Lamanya aku tak update blog. Niat di hati hari-hari nak update blog, nak cerita tentang itu ini malangnya tak berkesempatan.

Sabtu dan Ahad ni aku tak ke mana-mana. Keluar jalan-jalan pun sekitar kawasan berdekatan rumah saja. Itupun sebab si kecik tu bukannya boleh memerap lama-lama di dalam rumah. Mulalah dia buat perangai. Sepah barang, buat-buat baring tak nak bangunlah. Yang paling tak tahan dia akan ketuk dan cakar aku dan abg. Sabar jerlah si ketot ni.

Memanglah rumah aku kecil, sempit. Aku sendiri pun tak selesa. Ditambah dengan ketidaklaratan, maka jadilah rumah macam kapal pecah. Dah banyak kali merayu kepada abg, minta khidmat kemas rumah berbayar tapi tak diizinkan. Almaklum, zaman sekarang ni agak menakutkan manusia-manusia yang ada. Takut silap upah orang lain pulak jadinya. Tapikan....dalam rumah aku bukannya ada benda-benda berharga pun....emmm....entahlah.

Belakang aku pulak masih tak berapa kuat. Baru sibuk buat kerja di dapur, basuh baju haaa....mulalah. Sakit teramat. Terpaksa pulak berehat sebelum sambung semula kerja-kerja tadi.

Sesekali aku terfikir untuk buat 'Garage Sales'. Aku rasa macam banyak sangat benda-benda yang aku dah tak pakai di dalam rumah ni. Buat menyemak saja aku simpan. Jual dapat gak duit. Jual pun suka-suka saja, kalau bagi percuma nanti depa ambik buang.

Sampai hari ni aku masih dok tergelak-gelak teringat blog Paknjang....kisah pasal babi hutan tu. Paknjang ni dari kecik sampai tua tak abih dengan perangai nakal dia hehe.

Untuk sepupu-sepupu serta mak/pak sedara penyokong pasukan Kelantan, hari ni tidurlah puas-puas. Bagi mata merah dan bengkak tu normal kembali kui kui kui.

Aaaa tak larat. Nantilah sambung....nak kemas rumah kapal karam ni sikit-sikit.

2 comments:

insan marhaen said...

Pak Anjang memang nakal. Kalau tidak masakan tenggelong pun boleh lari dikejarnya..

bearcat said...

Hehehe....sampai ke tua tak ilang nakal dia tu...ish ish.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...