Pages

Friday, July 1, 2011

Selamat Makan Angin



Ramai orang sekarang suka pergi bercuti. Tak kiralah di dalam atau di luar negara. Ikut kemampuan masing-masing. Bercuti bersama keluarga itu bagus untuk eratkan perhubungan. Almaklumlah orang zaman sekarang sentiasa sibuk @ buat-buat sibuk dengan hal-hal duniawi.

Cuma yang aku nak higlightkan di sini ialah sikap sesetengah manusia yang suka sangat nak announce percutiannya sampai kalau boleh seluruh dunia patut tahu. Emmm...apa yang depa dapat daripada announcement tu aku tak tahulah. Rasanya dapat kemenyampahan daripada kawan-kawan atau sedara-mara yang lain adalah :-p Itu pun kalau depa sedar.

Kalau sekadar pemberitahuan untuk mengingatkan tu no hal. Boleh diterima. Tapi bila dah cakap pun macam riak dia sorang jer boleh pergi bercuti makan angin, mulalah aku rasa nak termuntah.

Tolonglah....lain kali beritahu orang lain....tak payah beritahu aku. Aku tak excited langsung nak tahu. Jakun betul spesies manusia macam ni.

2 comments:

insan marhaen said...

Agaknya kalau kita dapat peluang bercuti ke London ke, ke Amsterdam ke, tentu kita pun macam mereka. Teruja untuk cerita. Nak kongsi pengalaman.

bearcat said...

Betul tu...kongsi pengalaman, cerita elok-elok takpa...
Janganlah buat eksyen-eksyen...aksi menunjuk-nunjuk...huhu...orang lain dengar pun menyampah tau hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...