Pages

Wednesday, February 27, 2013

Gua Kelam, Perlis

Cuti Raya Cina yang lepas, kami ke Perlis. Perancangan awal nak ke Gua Kelam, ladang tebu di Chuping dan Padang Besar.

Rupanya jalan raya agak jammed jugak time tu. Jadi sempatlah kami ke Gua Kelam saja. Kat Gua Kelam pun jammed punya teruk sampai aku naik pelik. Bukannya ada apa yang menarik pun kat situ. Tak faham, tak faham. 

Dalam perjalanan ke Gua Kelam kami sempat makan tengahari di Restoren Sarang Burung yang femes tu. Kami memang selalu akan singgah di sini bila ke Perlis. Pada kami masakan dan suasana di restoren ini memang best, unik.

Hari tu perkhidmatan keretapi di Gua Kelam dihentikan atas sebab-sebab teknikal. Lagilah aku kecewa. Kalau setakat nak jalan kaki dalam Gua Kelam tu aku dah bosan. Emm...



Peralatan untuk melombong bijih pada suatu masa dahulu di Gua Kelam.

 Pintu masuk ke Gua Kelam.

 Nak balik dah...penat jer mai...tak ada apa yang menarik pun.

Iman tetap happy sebab dapat jalan-jalan.

Aku tak kenal pakcik ni...gambar ni disnap masa kami tersangkut dalam kereta akibat jammed masa nak keluar dari kawasan Gua Kelam. Jangan marah ya pakcik..he..he..

Ramai yang berkelah dan mandi-manda di sungai yang terdapat di Gua Kelam. Aku tengok air sungai tu pun rasa tak berselera dengan kelam semacam; dengan air tak berapa nak bergerak. Daun pulak bersepah-sepah.

Sebenarnya sedih aku tengok keadaan sekeliling Gua Kelam. Macam tak terjaga betul. Entahlah. Sedihlah nak ke Gua Kelam lagi....memang kelam betui ler.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...