Pages

Thursday, January 1, 2015

Petua Muka Berseri

Dulu aku pernah terbaca dalam sebuah buku petua...
Kalau nak bagi muka berseri, waktu nasi yang dimasak nak kering, pastikan wajah kita kena  wap nasi yang sedang dok naik tu.

Senang bai tu.
Hari-hari aku masak nasi.
Hari-hari masa nak kareh nasi tu aku pun tala la wajah ke wap yang tengah naik tu.
Amboi berseri-seri muka aku bila hari-hari amal petua ni.

Satu hari arwah mak nampak aku mengamalkan petua nak bagi berseri muka ni.

"Oit! Hang nak wap muka pi guna ayaq panas dalam bekas lain. Nak kena budak ni orang dok makan nasi bekas wap muka dia."

Erkkk! Lariiiii.

Bila pikir balik betui gak apa yang mak aku kata.
Haha tapi kan nak buat macam mana...
Nasibla yang makan nasi tu.

Selamat Tahun Baru 2015 hehe.

5 comments:

Zilla said...

hahaha...gagah tu tadah muka kat wap nasi tapi benar3 berkesan ke petua tu? nak tau juga..

selamat tahun baru 2015

Bearcat said...

Haha...menjadi zilla...licin kulit tanpa jerawat dan berseri2 :D

insan marhaen said...

Saya pun biasa dengar petua tu. tapi kalau saya nak wapkan muka macam tu, jenuhla...

Saya memasak guna dapur kayu... Bukan saja air muka, air mata pun mahu jatuh ke dalam nasi tu...

❤Kamsiah❤ said...

haha...seklai kena jerkah...dah tak buat dah ..:)

Bearcat said...

IM baru terbaik guna dapur arang kekeke.
Tak perlu susah2 pakai masker 😁

Kak Kam....serik....satgi tak pasal2 kena ketuk dengan sudip kekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...