Pages

Tuesday, May 12, 2015

Resepi Sosej Roll

Bahan-bahan:

10 keping roti Gardenia
10 batang sosej - direbus sekejap, sejat biar air kering
2 putih telur
Breadcrumbs

Kaedah:

1. Gelekkan roti sehingga nipis menggunakan kayu penggelek atau tekan-tekan dengan tangan pun boleh.
2. Masukkan sosej dan gulung roti.
3. Sapu sedikit putih telur di hujung roti untuk lekatkannya.
4. Celupkan roti ke dalam putih telur yang telah dipukul.
5. Golekkan roti di dalam breadcrumbs.
6. Goreng di dalam minyak sederhana panas.
7. Angkat dan hidangkan.






Ini semua anak aku yang pulun mintak aku buatkan pagi-pagi sebelum ke sekolah. Katanya kemarin kawan-kawan di sekolah dia kelaparan dan bergaduh berebut sosej roll yang dia bawa. Haha budak-budaklah kan.

Maka hari ni dia mintak aku buat banyak so tak payah kawan dia gaduh-gaduh hehe. Dapatlah dalam dua puluh ketul. Jangan tak cukup lagi sudahlah...kang mama buka gerai kat sekolah pulak haha.

3 comments:

insan marhaen said...

anak-anak sekarang... ya.

dulu, habis mewah mak bekalkan saya dengan kuih lempeng je balut dengab kertas surat khabar.

bila bukak masa nak makan, huruf huruf kat surat khabar kekadang melekat kat kuih lempeng...

aTieYusof Family said...

wah..rajin tu..mesti anak suka.nampak sedap sgt...
salam kenal sis, follow sni #16. Jemput ke blog sy ya..:)

Bearcat said...

IM ~ Dulu lain, sekarang lain...manakan sama hehe.

Atie ~ W'sallam. Ada hari rajin dan ada hari tak berapa rajin hehe. Selamat berkenalan ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...