Pages

Saturday, June 11, 2016

Memberi Dengan Hati

Ini kisah arwah ayahku. 

Ayah berpendapatan sederhana. Kiranya cukup-cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga. 

Keluarga kami kecil sahaja. Aku, mak, tok dan paksu ketika itu. Adik-adik cuma wujud sebelas dan tiga belas tahun selepas itu.

Ayah pun bekerja biasa-biasa sahaja. Setiap bulan ayah akan ambil barang di sebuah kedai runcit. 

Paksu kerjanya sebagai nelayan. Kiranya ikan-ikan kami dapat secara percuma. Jimat.

Selepas ayah meninggal baru ku tahu satu kisah. Mak juga tak tahu sebelum ini.

Ayah setiap bulan rupanya belikan barang-barang keperluan dapur untuk seorang tua miskin di hujung kampung. Tak pernah miss.

Mak pun dapat tahu cerita tersebut daripada orang lain. Betapa ayah cuba merahsiakan kebajikan yang dilakukannya.

Aku kagum dengan ayah. Ayah bukanlah orang senang. Tapi ayah masih mampu membantu orang lain.

Aku masih ingat pesan ayah. Hiduplah dalam ketenangan. Ingat Allah selalu. Bantu orang sedaya yang mungkin. Bantu haiwan sedaya mungkin.

Pesan ayah selalunya pendek-pendek sahaja. Tapi meninggalkan bekas di hati. Insaf.

Ayah selalu berpesan-pesan bila aku sendirian dengannya. Ada kalanya kata-kata ayah menyebabkan aku spontan mengalir air mata mendengarnya. Kata-kata yang ikhlas dari hati amat menyentuh hati.

Aku mahu jadi seperti ayah, insyaAllah.
Memberilah dengan hati...


2 comments:

insan marhaen said...

selalunya, kita akan teringat dan kagum dengan emak dan abah bila telah pergi.

saya juga, bila abah tiada baru saya perasan, saya tidak ambil serius untuk bersama abah saya seselalu mungkin...

Bearcat said...

Terlalu rindu kepada mereka. Mereka menunjukkan semua contoh yg baik buat saya. Saya bersyukur dikurniakan ibu bapa seperti mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...