Baru-baru ini aku menghadiri konferens di Kuala Lumpur. Aku memilih untuk menaiki ETS untuk ke sana. Selalunya aku akan menaiki kapal terbang atau kereta sahaja untuk urusan rasmi kerja.
Sudah terlalu lama aku tidak menjejakkan kaki ke dalam perut keretapi. Semasa belajar dulu, keretapi merupakan kenderaan utama aku untuk berulang-alik ke universiti.
Sudah berubah rupanya setelah hampir 20 tahun. Aku seperti rusa masuk kampung bila tiba di KL Sentral. Ambil masa juga untuk aku nak memahami kawasan tersebut disebabkan terlalu ramai manusia. Aku nampak kiri kanan, depan belakang seolah-olah sama hihi.
Nampaknya aku seperti dulu, masih senang dengan keretapi berbanding dengan kapal terbang dan bas. Rasa selesa dan tidak terkejar-kejar.
Seronok tengok perangai orang sekeliling. Tambahan bila aku di koc C berdepan dengan kafe yang menjual makanan dan minuman. Macam-macam gelagat orang yang ada hihi.
Cumanya kali ini aku tersilap beli tiket di mana seat aku mengadap dengan seat orang lain. Agak kurang selesa bila nak melunjurkan kaki pun tak boleh.
Tapi aku tetap gembira sebab bila tiba di KL Sentral aku dapat borong buku-buku terpakai. Yipee!
1 comment:
saya lagi lama tak naik keretapi. cuma hantar anak sahaja bila balik KL.
tapi rasanya, keretapi zaman kita kecil dulu lebih menarik berbanding sekarang yang laju dan tidak ada pemandangan sekeliling...
Post a Comment