Pages

Saturday, April 18, 2009

Tips Orang Berjaya

Sifat Pertama : Mendirikan sembahyang dengan khusyuk. Teknik perlaksanaan: - Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat. - Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat. - Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat. - Memintas gangguan fikiran dengan mengucap isti¡azah (membaca a¡uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kita sebanyak tiga kali. - Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat. - Melakukan perbuatan solat dengan tenteram. - Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan. - Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua : Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan: - Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut. - Mengawal diri untuk berbicara. - Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib. - Berdiam ketika perlu. - Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai. - Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil. - Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut. - Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita. - Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (televisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain). - Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga : Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan: - Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus. - Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah. - Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan. - Membantu secara sukarela tanpa diminta. - Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya. - Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi. - Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat. - Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak. - Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yangwajib. - Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat : Menjaga kemaluan (kehormatan).
Teknik perlaksanaan: - Menundukkan pandangan daripada melihat aurat yang diharamkan. - Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah. - Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita. - Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya. - Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau. - Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks. - Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian. - Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima : Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan: - Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia. - Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya. - Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah. - Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi. - Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus. - Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Perkara-perkara tuntutan amanah: - Perkara fardhu dalam agama. - Penempatan orang-orang Islam. - Anggota badan. - Waktu. - Ilmu. - Harta .- Barang titipan. - Rahsia orang lain. - Tugas dan jawatan. - Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam : Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan: - Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan. - Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya. - Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji. - Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi. - Menzahirkan nilai kesetiaan melalui perlaksanaan yang telus. - Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh : Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan: - Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting. - Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir. - Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu. - Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat. - Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...