Pages

Friday, November 4, 2011

Apa Khabar?

Salam. Apa khabar? Terlalu lama betul tak update blog ni...sampai berhabuk, bersawang...nasib baik harimau tak bertapa hehe.

Biasalah, kesibukan duniawi, atau buat-buat sibuk sebenarnya ditambah laptop aku yang 'sakit' buatkan aku sukar untuk bercerita di sini. Rindu nak tulis itu ini, biarpun aku tahu tak ada siapa yang jenguk blog ni hehe.

Laptop aku mula buat hal bila ianya terhempas di lantai semasa aku menghadiri bengkel di Kuala Lumpur. Berderau darah aku bila lihat laptop + anak aku terhempas ke lantai pada masa tu. Tentulah concern aku pada masa itu pada anak aku yang menangis sampai selop. Alhamdulillah, segalanya dipelihara oleh Allah.

Selepas itu baru perhatian beralih kepada laptop yang tercedera di lantai. Termenung aku. Begitu susah untuk aku beli sebuah laptop, bersabar bertahun. Sekarang laptop aku dah nyawa-nyawa ikan. Sudah 5 tahun aku guna laptop ini. Laptop yang tak pernah buat hal. Aku guna dengan berhati-hati. Entah bila dapat aku beli laptop baru pula selepas ini.

Hari Raya Korban dalam 2,3 hari lagi. Semalam, aku terlalu terkenangkan arwah mak dan ayah. Arwah mak meninggal sehari sebelum Aidiladha. Cukup setahun pemergiannya. Semoga roh mak dan ayah berada dalam kebahagiaan dan ketenangan di sana. Cuma aku masih menanti, bila aku akan bertemu mereka. Aku terlalu rindu, kekosongan yang ditinggalkan sepemergian mereka tidak pernah terisi.

Untuk rakan blog, IM, Selamat Hari Raya Aidiladha. Buat korban ke tahun ni? (Ya, aku cuma ada seorang rakan blog hehe). Sampai ketemu lagi.

2 comments:

insan marhaen said...

he.. he.. IM singgah lagi ziarah BC. Maklum le.. IM tak sibuk pi kursus. tak sibuk jaga anak.

Dulu ada laptop tapi orang lain pulak yang sapu.

Raya ni IM terpaksa berkorban Raya di sini atas kemahuan ibu_suri walaupun hati IM menggamit ke kampung untuk Raya bersama mak yang pastinya rindukan anak-anak!

Bearcat said...

Itulah, saya ni buat2 sibuk ja@menyibuk hehe.
IM ni bagus betul. Tabik springlah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...