Pages

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Salam. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun ini diri kita lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah.

Nampaknya cuti tahun baru ni, cuti paling panjang buat aku. Apa tidaknya, si Iman tu taskanya tutup agak lama. Abg pulak tak boleh bercuti, terpaksalah aku yang bercuti. Seronok bila dapat bersama dengan Iman di rumah. Kalau tak kerana keperluan, dah lama aku berhenti kerja dan menjaga Iman di rumah.

Semalam boleh dikatakan sejarah, aku kononnya naklah tengok pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2012. Tak ke mana pun...di QB saja bersama adik-adik. Tu pun dalam kereta jer pusing tiga empat round sampai pukul 12 tengah malam. Orang punyalah ramai. Macam-macam spesies yang ada. Yang baru keluar dari gua pun ada hehehe; geli tengok.

Iman pulak excited, menjerit-jerit tengok belon, layang-layang dan lampu. Tapi minta maaflah...tengok jer lah...nak turun ramai sangat manusia dan polis trafik.

Tepat 12 tengah malam bunga api pun dilepaskan. Haiyaaaa!!! Macam hampeh haha. Bunga api meletup mau tak mau. Macam dah masuk angin. Memang lawak ler. Dah la 5 bunga api jer kot yang digunakan. Kami dalam kereta tak larat nak gelak. Lagi kesian pada jurugambar yang siap setting tripod dan kamera macam nak apa jer. Mesti depa dok ingat bunga api super canggih yang nak keluar.  Cukuplah...sekali ni saja aku tunggu pertunjukan bunga api di malam tahun baru.

2 comments:

insan_marhaen said...

IM pun tak pernah pi tengok bunga api tahun baru, tup..tup.. ibu_suri beriamau tengok. IM pun pi kat penang port dan dapat tengok bunga api yang meletup di padang kota lama agaknya...

entah berapa juta pula duit rakyat yang terbakar..

bearcat said...

Saya pun sama, malam tu first timelah kiranya. Kalau diikutkan, taklah rugi duit rakyat juta-juta, bunga api macam masuk angin saja hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...