Pages

Saturday, January 28, 2012

KangkungKu


Kangkung

Bunga Kangkung

Daun Kangkung yang segar dan gemuk macam aku heee.
Alhamdulillah...kangkung yang ditanam oleh ibu mertuaku dah boleh petik hasilnya. Ini gara-gara teruja Paknjang tanam kangkung hari tu la hehe. Yeay! Boleh buat cucur udang kangkung. Selain kangkung kat rumah aku ada serai, pandan dan bunga kantan (dan rumput dan lalang...bila dekat-dekat hujung bulan haha).

Kangkung ni kangkung hasil penyelidikan kat tempat aku. Tu yang gemuk dan segar. Adalah jugak sikit-sikit ulat makan, tapi it's ok...itu bermaksud kangkung ni bebas dari pesticide...Lagipun apa salahnya aku kongsi kangkung dengan ulat, ulat pun nak makan per hehe.

Terus jadi semangat nak tanam sayur-sayuran lain pulak. Err...nak tengok kebun aku? Tak perlu kot. Nanti korang tak dapat bezakan mana sayur mana rumput haha. Chaoz.

6 comments:

klcitizen cikgunormah said...

tak pernah lagi makan cucur udang kangkung. sedap?

Red Panda said...

Sedap kak...cubalah :)

Ariff Budiman said...

Buat gado2 memang sedap. Pakjang punya favourite

Red Panda said...

Aaa betuila paknjang, gado-gado...tak pun kangkung sotong...sedapnya:)

insan_marhaen said...

cantikpula bunga kangkung. putih dan bersih.

Red Panda said...

IM, cantikkan? Macam bunga seripagi. Tapi bunga seripagi warnanya ungu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...