Pages

Wednesday, February 8, 2012

Belut Masak Paprik

Tadi tengahari aku ke Giant. Cadangnya mahu beli ayam untuk dimasak malam ini. Selesai beli ayam, aku ambil kerang dan mundar-mandir di depan tempat ikan. Sekonyong-konyongnya (wahaha) aku ternampak si penimbang ikan sedang sibuk memotong belut, 2 ekor.

Wow! Belut! Sedapnya!

"Belut ka tu?," tanya aku untuk kepastian.

"Ya," pendeknya jawapan orang tu.

"Saya nak!," kataku penuh keyakinan.

"Tak boleh kak, ni orang punya, kak pilihlah belut lain dalam tong tu," balas orang tu sambil senyum-senyum.

Alamak! Malunya aku, nampak belut dah lupa diri. Kawanku ketawa  melihat perangai gelojoh aku.

Sekilo belut lebih kurang RM20++ Mahal kan. Aku ambil seekor saiz sederhana, RM8.66. Kalau di kampung suamiku belut ni lebih murah. Tapi tak sanggup aku nak beli bila tengok depa jual belut hidup dalam plastik yang diisi air. Eeee gelila. Tadi masa orang tu siang pun aku dah siap pesan suruh dia nyahkan kepala belut tu jauh-jauh. Macam kepala ular jer. Kawanku pulak dah terjerit kecil tengok macam mana belut dimatikan. Letak belut dalam plastik, ketuk kepalanya, keluarkan, belah perut dan buang isi perutnya, basuh. Eeee ngilu, ngilu. Sepanjang proses tu aku alihkan pandangan pada kerang.

Akhirnya malam ni, dinnerlah kami kerang rebus cicah sos cili bersama belut masak paprik. Sedapnya. Yang mengajar aku makan belut sepupu aku yang tinggal di Kelantan, isteri  si telingaterbang (telinga pun boleh terbang? aneh kui kui). Cakap banyak tak mau...tengok jerlah gambar di bawah ni :-)

Isi belut yang telah dibersihkan dengan air beras

Belut masak paprik...sedapnya (walaupun hangpa nampak tak sedap :-p)

5 comments:

klcitizen cikgunormah said...

tak pernah makan belut lagi... :)

Ariff Budiman said...

Masa remaja pakjang pernah makan belut. Tapi la ni jadi tak lalu dah. Baru2 ada orang nak bagi 2 ekor dekat pakjang bila depa korek tali air di tempat kerja.

Red Panda said...

klcitizen : sedap, cubalah....tapi sebelum dimasak rupa bentuknya agak menggerikan...eee.

Paknjang : masak paprik sedap. Lain kali kalau ada orang bagi belut, pas kat kami ya hehehe.

insan_marhaen said...

Terima kasih ajelah kalau nak belanja IM makan whatever stail masak belut.

Errrkkssss....

Red Panda said...

IM : Kalau laksa kuah belut mcm mana? Sure IM tak geli sebab tak nampak anatomi belut kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...