Pages

Saturday, September 22, 2012

Terima Kasih Anakku...

Semalam aku pening, terus nak termuntah.
 
Abg duduk di sisi aku tolong urutkan belakang sambil berjaga-jaga takut aku rebah sekali lagi.
 
"Iman, tolong ambik bekas....mama nak muntah ni!," jerit Abg kepada Iman yang asyik menonton channel 613.
 
Masa tu aku dan Abg ada di bilik sebelah.
 
Anak aku ni memang boleh harap walaupun umur baru 2 tahun setengah. Kalau aku nak muntah dialah yang akan berlari ke dapur ambik bekas muntah. Kalau aku pening, dia sibuk cari minyak angin untuk sapu ke kepalaku. Nampak sangat mamanya selalu tak sihat...emm.
 
"Nah Mama....nak muntah? Nak muntah ya? Nah."
 
Daripada pening nak muntah terus aku tergelak-gelak geli hati.
 
 
 
 Bekas yang Iman bagi pada aku


Agaknya Iman tengah concentrate tengok tv sampai terambil bekas ni untuk aku muntah. Mungkin juga Iman nak suruh tapis tengok kot-kot ada emas dalam muntah aku.

5 comments:

pB said...

sejuk perut ibu mengandung dapat anak yang prihatin

Bearcat said...

Amin. Doanya moga sampai dewasa nanti dia akan prihatin.

insan marhaen said...

itulaah namanya bebudak. but still ok kerana ada rasa ingin membantu

Izat Tarmizi said...

Rindu dekat iman,hahaha

Bearcat said...

IM, hihihi dari sakit trus bertukar kelakar.

Izat, rindu dak lagi? hihihihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...