Pages

Sunday, October 26, 2014

DeliverEat

Aku kerap juga order makanan melalui servis DeliverEat
Mudah. Cepat. Jimat minyak kereta dan tak perlu bayar parking.

Setakat ni aku puas hati dengan servis DeliverEat.
Servis di kawasan Penang dan Seberang Perai sahaja.
Selalunya aku order bila time makan di pejabat.
Order awal pagi, dan boleh pilih penghantaran pukul berapa yang kita nak.

Pernah jugak aku balik lambat dari pejabat, tak sempat nak masak, so aku order dari pejabat, setkan masa yang aku agak akan sampai rumah.
Sesampai di rumah, sekejap tu depa pun datang hantar makanan.

Order dari Restoren Pelita melalui DeliverEat

Sekarang depa dah tambah servis penghantaran barang-barang keperluan harian.
Pembayaran melalui perbankan internet atau kad kredit.

Rider depa pun ok baik-baik dan sopan.
Yang penting menepati masa.

Cuma servis ni ada kos minimum.
Elok kalau nak order banyak.

Selamat mengorder :)

6 comments:

insan marhaen said...

Sekarang ini, apa yang IM lihat Cina buat masa 20~30 tahun dulu, orang Melayu dah mula amalkan.

Contohnya dulu, Cina dalam satu rumah boleh ada 2-3 biji kereta. Anak-anak mereka pi sekolah naik motor. Kos kenduri mencecah RM20ribu.

Dulu, IM cuma selalu tengok Cina jer yang beli stail maam ni. Depa hantaq dalam mangkuk tingkat.

Rupanya sekarang ni orang Melayu pun ada...he..he..

Bearcat said...

IM, order ni biasanya hanya di ofis especially time nak jamu makan staf hehe.

Dah lama org kita ada servis mangkuk tingkat mcm org cina...IM jer ketinggalan hehe. Di bulan puasa saya tengok kawan2 kebanyakannya ambik servis mangkuk tingkat. Lebih jimat kata depa.

nini said...

bgusnya....jimat masa tenaga dan minyak

Amie said...

Memang bagus ada servis begini... yang sentiasa sibuk tidaklah terkejar2 nak masak... dahlah penatkan.

❤Kamsiah❤ said...

ada kawan minta akak buat bisness ni...sbb area Kulim hanya ada satuja services mcm ni..

Bearcat said...

Nini ~ ya betul...especially kalau nak makan tengahari di ofis. Just key-in time yang kit nak dorang deliverkan makanan. Selesai. Setakat ni memang dorang datang tepat pada masanya :)

Amie ~ A'a kalau dah balik malam sampai rumah...tapi sekali-sekala oklah kot hehe. Masak sendiri lagi puas.

Kak Kam ~ Apalagi...buatlah kak bisnes mangkuk tingkat ni. Di bulan puasa lagi tinggi permintaan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...