Pages

Tuesday, July 7, 2015

Tak Penting

Hari ini Pulau Pinang cuti sempena Tapak Warisan Dunia. Aku dan Iman jer yang cuti, Abg kerja. Muka sedih jer nak pergi kerja hehe.

Cadangnya aku nak ajak Iman buat biskut. Harap-harapnya jadilah. 

Sahur tadi aku dah left satu lagi whatsapp group ;-p Aduh...usahlah lagi add aku dalam group. Aku tak gemar. Bersembang ramai-ramai sampai tak tahu hujung pangkal haha. Aku dah mohon kebenaran dengan admin group untuk left group tapi tak diizinnya. Tapikan masa dia add aku dalam group pun dia tak pernah mohon kebenaran aku pun kann...

Esok aku dah mula bekerja. Malasnya...macam nak suruh Abg tarik pergi kerja saja hehe. Aku rasa Abg pun dah lebar telinga dengar aku merengek-rengek tak nak ke tempat kerja. Tapi pergi jugak kerja...buat juga kerja. Agaknya sampai pencenlah kot hehe. Merepek betul.

Oklah nak pergi buat biskut. Jangan aku dan Iman tertidur depan oven dah lah. 

p/s" Tengah fikir benda-benda yang menyeronokkan yang nak buat ke ofis esok ;-)"

3 comments:

insan marhaen said...

masa saya masih kerja dulu, sebelum balik jam 5.30, saya akan senaraikan kerjabuat untuk esok.

so, pagi-pagi... walaupun amat liat nak pergi kerja, saya cuba anggap kerja itu sesuatu yang 'fun'.

untungnya, bilik kerja itu saya sorang yang jaga.

masuk saja, saya akan ambil kain dan lap meja serta kabinet. kemudian, pasang zikir atau bacaan quran di komputer sebagai pemula suasana kerja (muga-muga ada keberkatan).

pewangi memang selalu ada di belakang monitor supaya wanginya menceriakan pelanggan yang datang.

tapi kalau nasib tak baik, pagi-pagi bos dah datang komen itu ini... satu hari nanti mood jadi down...

AtieYusof said...

Rajin buat biskut... saya ni dok tunjuk je.. setakat buat popia nestum shj thn ni..yg lain beli..hehe..
Salam Aidil Fitri sis..:)

Bearcat said...

Bagus IM hehe.

Atie...Selamat Hari Raya...maaf lama tak buka blog :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...