Pages

Monday, November 16, 2015

Rindu Emak, Rindu Ayah

Hari ini genap 5 tahun emak pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

Emak meninggal dunia berpunca daripada "sepsis". Meninggal di dalam wad.

Aku tak nak kenang kembali tentang kisah itu. Qada' dan qadar perlu diterima.

Kalau terjadi pada orang bukan Islam rasanya dah lama pihak hospital akan disaman.

Ada masa aku akan bermimpi akan emak dan ayah. Mungkin akibat rindu yang teramat.

Yang buat aku selalu menangis dalam tidur ialah bila emak dan ayah seolah-olah memberitahu aku yang waktu aku belum tiba lagi tiap kali aku cuba untuk mengikut mereka di dalam mimpi.

Semoga roh emak dan ayah tenang di sana. Aku terlalu merindui mereka. Al Fatihah.


4 comments:

AtieYusof said...

Al Fatihah..
sedih nya sis.. banyak kan bersabar ya..doakan mereka moga tenang di alam sana..
sy plak dok teringat2 arwah bapa.. :(

Bearcat said...

Rindukan Atie?
Doanya dapatlah kita bertemu mereka semula nanti...Amin.

Anonymous said...

Kuliah di radio IKIM (Mauizati) setiap petang khamis pukul 5.15pm dapat mereleasekan minda kita. Banyak mengajar kita bagaimana kita boleh bersedia utk hari2 kita di alam lain. InsyaALlah

Bearcat said...

Terima kasih Anon. Saya rajin juga buka radio IKIM time tu. Sangat bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...